Friday, 2 December 2011

Perkahwinan propa ~ Siapa Artis Yang Dimaksudkan?!

~ Gambar Sekadar Hiasan ~SOSEH SOSEH: Perkahwinan propa?BUKAN main hebat lagi SS dengar perkahwinan seorang selebriti ini, sampaikan SS hampir tertelan biji kedondong. Bukannya apa sebab terkejut dengan nilai hantaran dan konsep perkahwinannya.Masakan tidak, nilai perkahwinannya ibarat boleh beli 10 biji rumah mewah di Mutiara Damansara. Sebenarnya SS tak kisah pun berapa juta atau berapa bilion pun wang yang ingin dilaburkan untuk majlis perkahwinan selagi mereka mampu. Terpulanglah duit masing-masing. Sumpah! SS sedikitpun tidak terdetik perasaan cemburu. Tapi SS teringat perihal keluarga teman lama SS dan keluarga SS sendiri pernah merancang adakan majlis perkahwinan yang ‘grand’, tapi SS minta cukuplah sekadar majlis pernikahan yang sederhana...

Tuesday, 29 November 2011

Ogy Nekad Saman Johan

KUALA LUMPUR – Diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), baru-baru ini. Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior. Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu. “Dia...

Monday, 28 November 2011

Gambar Bogel Nicole Scherzinger

MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang. Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya. Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema etnik. Gambar ala bidadari bogel itu...

Malaysia Tewas 2-3 Kepada Bahrain

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua. Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan. Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna,...

Sunday, 27 November 2011

Gambar Apek Khairul Fahmi & Shida Harmi?

Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini. Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi. Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri. Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip. Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kami percaya...

Wednesday, 23 November 2011

Wanita dapat muka baharu dipuji cantik

Pembedahan plastik - Plastic surgery - Muka baru - Kemalangan - Wanita dapat muka baru dipuji cantik - Muka rosak Wanita Dapat Muka Baharu Dipuji CantikGAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur...

Thursday, 17 November 2011

Kes video seks: Polis ambil keterangan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan atas dakwaan memberi maklumat palsu dalam laporan polis berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan beliau Mac lalu. Anwar tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.Pemimpin parti pembangkang itu berkata beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu."Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terbabit dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons