Wednesday, 5 October 2011

Video Youtube 'Mahathir vs Yahudi'

Sebuah video yang bertajuk 'Mahathir vs Yahudi' telah dimuat naikkan ke Youtube yang memaparkan Tun Mahathir sedang ditemuramah oleh seorang pengacara yang mengajukan beberapa soalan. Kebanyakkan soalan yang ditujukan kepada Tun lebih kelihatan seperti cuba memprovok Tun. Namun Mantan Perdana Menteri yang memang terkenal di dunia barat sebagai pemimpin yang lantang bersuara kelihatan tenang mematahkan setiap soalan-soalan tersebut. Video di bawah ini berdurasi 7 minit 33 saat...

Joseph Kalang Tie Gantikan Safiq Rahim

Peluang kini terbentang luas buat Joseph Kalang Tie menonjolkan bakat sebenar menggalas tanggungjawab besar mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya menggantikan tempat Safiq Rahim menjelang pertemuan menentang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini. Pemain kelahiran Miri, Sarawak berusia 24 tahun itu bakal mengambil alih posisi Safiq yang disisihkan Datuk K Rajagobal kali ini - sekali gus diharap mampu memberi impak dalam kemunculan sulung ketika berdepan lawan yang berada pada ranking ke-19 dunia dan nombor dua Asia. “Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan...

Bibir Kilafairy Tak Guna Botox

BERKALI-kali Kilafairy menafikan dia menyuntik botox untuk mencantikkan bibirnya. Namun kata-kata provokasi masih bertebaran mengaitkan kecantikan bibir pelakon filem Karak itu sebagai bukan asli. Bagi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, dia hanya memekakkan telinga dengan segala provokasi itu dan terus melangkah sebagai anak seni. Biarpun kehadiran Kilafairy dalam industri hiburan masih hijau, namun jika hatinya tidak nekad sudah pasti anak gadis kepada penyanyi popular dengan lagu Rayuanku, Rohana Jalil sudah berundur. “Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini. “Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata...

Pakatan Janji Potong Gaji PM

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2012 Pakatan Rakyat (PR) akan memperuntukkan RM220 bilion berdasarkan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah ini membabitkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari yang dibelanjakan oleh parti pemerintah. “Kita yakin dengan pengurusan wang dengan berhemah, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat. “Keseluruhan bajet ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan untuk membaiki ekonomi negara dan membela nasib rakyat,” katanya kepada media selepas taklimat bajet alternatif PR di bangunan Parlimen. Anwar berkata, antara perkara...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons