Friday, 16 September 2011

Mansuh ISA: PAS tunggu akta baru sebelum respons

KUALA LUMPUR, 16 Sept: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respons lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru. "PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri. "Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan...

Keputusan Mansuhkan ISA: Zaid Mohon Maaf Pada PM

Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Mohd Zaid berkata, ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam. "Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini. "Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita...

Teks Penuh Ucapan Najib Sempena Hari Malaysia 2011

ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Hari Malaysia. Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulang tahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur. Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripadasebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons