Saturday, 8 October 2011

Bajet 2012 | Ibarat Bunuh Diri Jika Kerajaan Tak Dapat Laksanakan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam. "Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam. "Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini. Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012. "Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan...

Ceramah Mat Sabu Diganggu Samseng Bermotor

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ianya mendapat permit. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah. (Gambar:...

Belanjawan 2012 | Yuran sekolah Dimansuhkan Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran yuran persekolahan untuk sesi 2012 bagi sekolah rendah dan menengah melibatkan jumlah RM150 juta, dimansuhkan. Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini berkata, dengan pemansuhan itu bermakna buat pertama kali dalam sejarah negara kemudahan pendidikan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah disediakan secara percuma. Beliau berkata, sebelum ini pelajar masih dikenakan bayaran yuran sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. "Bayaran itu digunakan untuk yuran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan insurans takaful," katanya. Menurutnya, keputusan kerajaan...

Belanjawan 2012 | 1.2 Juta Penjawat Awam Naik Gaji

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini. Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991. Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons