KOTA RAJA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bersetuju dengan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri supaya menangguhkan dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Bagaimanapun berbeza dengan alasan bekas Perdana Menteri itu yang mahu pilihan raya ditangguhkan untuk memberi masa cukup bagi Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti dan mengenal pasti calon terbaik bagi mewakili Barisan Nasional (BN), Mat Sabu sebaliknya menyatakan, persetujuannya bersyarat.
“Syaratnya ialah supaya daftar pemilih dibersihkan dahulu, baru buat pilihan raya. Itu yang kita mahu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah di sini malam semalam.
Menurutnya, daftar pemilih diguna pakai sekarang diragui kerana dikaitkan dengan banyak...