Thursday 17 November 2011

Kes video seks: Polis ambil keterangan Anwar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan atas dakwaan memberi maklumat palsu dalam laporan polis berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan beliau Mac lalu.

Anwar tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

Pemimpin parti pembangkang itu berkata beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terbabit dalam video seks) terdahulu.

Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita.

Mac lalu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara dan dalam laporan itu, Anwar menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut. - BERNAMA

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons