Friday, 2 December 2011

Perkahwinan propa ~ Siapa Artis Yang Dimaksudkan?!

~ Gambar Sekadar Hiasan ~


SOSEH SOSEH: Perkahwinan propa?

BUKAN main hebat lagi SS dengar perkahwinan seorang selebriti ini, sampaikan SS hampir tertelan biji kedondong. Bukannya apa sebab terkejut dengan nilai hantaran dan konsep perkahwinannya.

Masakan tidak, nilai perkahwinannya ibarat boleh beli 10 biji rumah mewah di Mutiara Damansara.

Sebenarnya SS tak kisah pun berapa juta atau berapa bilion pun wang yang ingin dilaburkan untuk majlis perkahwinan selagi mereka mampu. Terpulanglah duit masing-masing.

Sumpah! SS sedikitpun tidak terdetik perasaan cemburu. Tapi SS teringat perihal keluarga teman lama SS dan keluarga SS sendiri pernah merancang adakan majlis perkahwinan yang ‘grand’, tapi SS minta cukuplah sekadar majlis pernikahan yang sederhana tetapi meriah.

Mujurlah tidak jadi kahwin, kalau tidak pasti sudah merana kerana teman lama itu poyo saja lebih padahal habuk pun tarak. Nampak mewah tapi hutang keliling pinggang.

Berbalik pada cerita selebriti tadi, seorang sumber yang hadir ke majlis perkahwinannya memaklumkan nilai perkahwinan yang dicanang propa semata-mata.

Kata sumber itu lagi, kalau ikutkan, memanglah menelan tujuh angka selepas mengambil kira hadiah hantaran yang mewah tetapi kosnya tidaklah semeriah yang diuar-uarkan.

Hadiah hantaran yang dimaklumkan juga menurut sumber, ada sedikit tidak benar. SS bagi contoh, kata ada jet peribadi rupanya setakat helikopter saja. Khabarnya, saudara-mara dan kawan-kawan terdekat tahu kisah propanya.

Jelas sumber SS itu lagi, suaminya bukan 10 individu terkaya di Malaysia sebaliknya pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Suaminya itu berjawatan besar dan berpangkat besar tetapi secara logiknya, kalau kerja setakat makan gaji masakan ada aset berjuta.

Entahlah, tidak hanya mampu berharap selebriti itu jujur dengan kata-katanya kerana pada SS, apa guna menipu. Tapi mungkin juga dia bercakap benar tetapi ada yang dengki dan iri hati sehingga menyampaikan berita begini.

Pun begitu, bagi SS, tidak kiralah semewah mana pun harga perkahwinan atau aset yang dimiliki tidak perlulah menunjuk-nunjuk walaupun sekadar berniat jujur.


Sumber : Metro Online

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons