Hudud ertinya hukuman yang ditetapkan ALLAH SWT sebagaimana dalam al-Quran dan hadis serta kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya.Di Kelantan, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud dan Qisas) telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada November 25, 1993. Manakala Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 pula diwartakan pada 25 September, 2003,Bagaimanapun, sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hampir dua dekad, tetapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mahu memasukkan enakmen hudud dalam hukuman syariah negeri Kelantan untuk diguna pakai Mahkamah Syariah.Tindakan...