Monday, 3 October 2011

PM BENTANG USUL MANSUH DUA AKTA HARI INI


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 akan dibentang untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata, pemansuhan dua akta itu menunjukkan kerajaan serius melakukan transformasi demi kemajuan negara.

“Esok, saya sendiri akan bawa di Dewan Rakyat usul bacaan kali pertama untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 dan bacaan kali kedua, pada Rabu minggu akan datang.

“Jadi dengan ini, minggu pertama persidangan kita akan beri gambaran kita serius mengenai pembaharuan politik yang telah kita janjikan untuk negara,” katanya.

“Prinsip kerajaan pegang mesti ada perimbangan yang betul, perimbangan antara hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketenteraman awam, harmoni atau keselamatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mereka yang mengacau keharmonian dan ketenteraman awam berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia 15 September, Najib mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. - Bernama.

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons