Wednesday 26 October 2011

Hubungan Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin kini berakhir

Ini kisah yang disampaikan sendiri oleh selebriti Abby Abadi melalui blog peribadinya dalam tajuk ~ Zulkifli Ariffin ~ 25 Oktober 2011. Semoga Abby tabah menghadapi semua ujian ini.


Sy sgt mghargai khadiran Zul dlm hidup sy. Sgt berterima kasih pdnya kerana sedikit sebyk dia mjadi 'penenang' pd Sy waktu2 Sy sgt2 memerlukan 'seseorg' 3 tahun dulu. Berani Sy katakan, hubungan ni berlaku mmg tanpa dirancang & tak disengajakan. Sy layan jer hati & perasaan Sy 3 tahun tu, smpai mmg nama 'X' Sy out teruslah, kira xde dlm senarai dah, hehe.. smpai tetibe, tak disangka2, jd seriusss giler hubungan yg tak dirancang ni :) Ikutkan sebenarnya dr awal mgenali Zul, hati Sy selalu je berkata2.... Betulkah? ye ke ni? Bia betik? Bole ke gi jauh ni? huurrmmm... huhu.. tp, Sy jalan terus je sbb Sy mmg dah jatuh hati pd dia:P ooppss! hehe... kira Sy 'gamble' jelah pd hubungan ni :) Takut2, trauma2 pun, Sy redah jugak. Ada jugak peristiwa2 ngeri yg berlaku antara Sy & Zul, tp Sy abaikannn sbb..... SAYANGGG! ZZzzzZzzzzZz.. :) dlm pd 'gamble tak gamble' tu, tup tup dah 3 tahun berlalu :D


Kiteorg share byk benda sama2, gitu gini sesama, gedebuk gedebakpun sesameeerrr, terbabooo sesamerrr, huhu.. Tp, dugaan2 itulah yg makin mematangkan Sy & menguatkan hubungan Sy dgn dia.



Sehabis baik Sy nk dia dpt apa yg dia nk dlm hidup dia dlm 3 tahun tu. Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis.... kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama 'Zul Abby' :) Suka tak sukapun, dia kena jugak lalui proses2 awal tu, & sekurang kurangnya, skrg dia dah buleh dibanggakan. Ikhlas dr hati, sememangnya Zul berbakat besar, sgt 'cepat belajar' & lakonannya, Sy sendiripun 'rasa' & 'suka'. Byk dah drama2 lakonan dia yg mendapat perhatian. Ye kan? Sy peminat setia 'Zul Ariffin' skrg. huhu...


Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu... Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah.... nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, .... tp, takpelah..... Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(


Sy......... mmmm, di duga lagi...... Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA..... Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya......... Sy pun mengharap 'sesuatu yg terbaik' sebenarnya... tp INILAH TAKDIR SAYA :)

Tuesday 25 October 2011

AIR MATA MAT REMPIT

Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google

KLANG: Seorang Mat Rempit menangis teresak-esak ketika keterangannya direkodkan polis selepas dipercayai merempuh seorang pegawai trafik yang mengetuai ‘Ops Rempit’ di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, remaja berumur 17 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis, selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosli Abd Rahman berkata, remaja itu yang menuntut di sekolah di sini, ditahan kerana dipercayai menunggang kenderaan secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian air kencing bagi menentukan sama ada remaja terbabit di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Menurutnya, hasil keterangan remaja itu mengaku pernah ditahan sebelum ini kerana menyaksikan lumba haram.

"Ibu bapa remaja berkenaan dari Sabak Bernam, turut dipanggil untuk diberikan kaunseling,” katanya.

Berita Harian Online

Saturday 15 October 2011

PAS Tetap Akan Laksana Hudud

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat bantahan keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, sekutu mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tetapi ia tidak menyekat niat PAS untuk melaksanakan hudud.

"Setiap parti mempunyai pandangan berbeza tetapi kami masih bekerjasama menerusi pelbagai pendekatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis ramah-mesra PAS di Pantai Pandak di sini, Sabtu.

Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan.

"Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten. Malah amat memeranjatkan apabila ada segelintir pihak masih terkejut dengan niat tersebut," katanya.

Kerajaan PAS Kelantan sentiasa mengadakan seminar berhubung undang-undang Islam termasuk hudud setiap tahun tetapi media arus perdana memilih untuk menghangatkan isu tersebut menjelang pilihan raya umum.

"Ia adalah permainan politik kerana misi kami untuk melaksanakan hudud tidak pernah terhenti.

"Hudud adalah undang-undang yang tertulis dalam Al-Quran...bukannya ditulis oleh PAS atau para ulama," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw bahawa sekarang bukan tiba masanya hudud dilaksanakan, Abdul Hadi berkata, Hu bukan salah seorang penggubal polisi parti itu.

-Mstar

Sultan Brunei Mahu Laksana Hukum Islam

BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut

"Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".

Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. Tambah Baginda:

"Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah"

Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis"

Sultan Brunei, bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Hukum Islam di negaranya. Tetapi pemimpin negara kita bersungguh-sungguh mencari alasan untuk tidak melaksanakan Hukum Islam.

Bukan itu sahaja, malah pemimpin kita memberi jaminan tidak akan melaksanakan Hukum Islam (Hudud) walaupun percaya ia Undang-undang Allah SWT dengan alasan tidak berpaksi kepada realiti.

- Milo Suam

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

-- BERNAMA

Keputusan Piala Malaysia 14 Oktober 2011

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Juara Piala FA tahun ini, Terengganu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas mengikat Kelantan 2-2 di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, menjadikan agregat 5-3, manakala Selangor turut mara selepas menang 1-0 ke atas Perak (agregat 4-1).

Turut mara ke separuh akhir sebuah lagi pasukan dari Terengganu, T-Team yang mengenepikan Sabah 2-1 (agregat 4-2), diikuti juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan yang menang 3-0 (agregat 3-1) ke atas Felda United.

KEPUTUSAN

Kelantan 2 (3) Terengganu 2 (5)

Perak 0 (1) Selangor 1 (4)

T-Team 2 (4) Sabah 1 (2)

N. Sembilan 3 (3) Felda United 0 (1)

Friday 14 October 2011

Pencen dibayar awal sempena Deepavali

KUALA LUMPUR - Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 19 hingga 31 Okt boleh menunaikan waran mereka pada 18 Oktober.

Pembayaran awal pencen itu diputuskan kerajaan sempena perayaan Deepavali pada 26 Oktober. Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pesara yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran itu di bank berkenaan mulai 18 Oktober.

- Bernama

Bob Lokman Lebih Rela Ke Penjara

SHAH ALAM - Penulis lirik, pelawak dan pengacara terkenal, Bob Lokman berkeras tidak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selasa lalu.

Sebaliknya, Bob atau nama sebenarnya, Muhammad Ha­kim Lokman, 47, lebih rela mendapat waran tangkap oleh mahkamah dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau itu dilihat satu kesalahan besar.

Bob berkata, pendirian tegas itu dibuat memandangkan arahan Jais itu dilihat cubaan untuk jabatan agama itu ‘me-nunjukkan’ kuasa mereka dan tidak boleh diterima.

“Kalau hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan menyerah kalah kerana apa yang saya lakukan ini adalah jihad ke jalan ALLAH, jalan yang diredai-Nya.

“Kenapa mesti mereka mahu buat macam itu (waran tangkap) sedangkan apa yang saya buat ini adalah satu perkara yang baik. Ini adalah perjuangan saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Penulis lirik lagu ‘Isabella’ itu turut mempertikaikan tindakan Jais menahannya sebagai ’tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan tetapi lebih kepada dasar pemerintahan Umno-Barisan Nasional’.

Menurut Bob, perjuangan agama yang dipegang sebelum ini akan musnah sekiranya beliau hadir memberikan ketera-ngan kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.

Katanya, adalah tidak adil penahanan itu dibuat selepas beliau menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam kepada jemaah masjid tersebut.

“Malam itu, saya bersama-sama seorang ustaz yang mempunyai tauliah untuk memberikan ceramah dan ceramah malam itu mengenai hidayah.

“Saya dijemput ustaz tersebut untuk berkongsi pengalaman bagaimana saya mendapat hidayah ALLAH kepada jemaah yang hadir.

“Sekiranya Jais adil dalam hal ini, mereka tentu memberitahu saya supaya tidak menyampaikan ceramah itu kerana saya tidak mempunyai tauliah. Tetapi sebaliknya, mereka (Jais) ada di luar mendengar ceramah sehingga saya selesai dan barulah menahan saya,” katanya.

Bob sekali lagi mendakwa bahawa penguatkuasa Jais yang menahannya malam itu adalah wakil Umno yang berusaha untuk menghalang usaha dakwahnya demi kepentingan politik.

“Saya yakin dengan agama, al-Quran dan sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidak-adilan dalam pentadbiran mereka.

“Saya yakin dengan kepercayaan saya tetapi mungkin ada pihak kurang senang dengan kehadiran saya di sana yang hanya bercerita soal akidah dan berdakwah ke jalan ALLAH,” katanya.

Usaha mendapatkan penjelasan Pengarah Jais, Marzuki Hussin bagaimanapun tidak berhasil.

-Sinar Harian

SPR Pamerkan 40,000 Nama Pemilih Meragukan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamer senarai 40,000 nama pemilih tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan me-ngunjungi pejabat SPR.

“Ada maklumat tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

“Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun mati,” katanya selepas merasmikan Taklimat Perse-diaan Menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Aziz menyifatkan jumlah 40,000 pemilih yang tidak pasti tersebut sebagai satu bilangan yang kecil dan pihaknya dalam proses memperbaiki.

“Dalam proses memperbaiki, kita pecahkan mengikut negeri, Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita akan pamerkan supaya orang ramai dapat lihat dan beritahu SPR jika ada maklumat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, taklimat dianjurkan itu adalah sebagai persediaan dalam menghadapi PRU13.

“Ini adalah proses taklimat biasa, bukanlah signal bahawa PRU13 akan dilakukan dalam masa terdekat.

“SPR perlu bersedia lebih awal agar perjalanan pilihanraya licin dan kita tidak mahu terperangkap dengan pengumuman tidak rasmi oleh pihak tertentu,” katanya.

Abdul Aziz berkata, SPR memerlukan 160, 000 petugas pada PRU nanti.

Nama-nama 10 Artis Yang sertai Umno

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".

Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.

- Malaysiakini 

Monday 10 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Pusingan Kedua Bermula

KEMPEN Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.

Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.

Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.


Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.

-Kosmo

Sedutan Video Seks Terbaru Anwar Di Thailand?

Video ini adalah rakaman tulen dan sahih 100% ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya. Pohon tonton rakaman video Paman Anwar From Bangkok dibawah ini.


Video diatas ini merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am.

Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm.

Pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang


Dengan bukti nyata ini jelas memberikan kita rakyat Malaysia satu lagi bukti nyata bahawa beliau Anwar Ibrahim cukup sinonim dengan aktiviti maksiat melanggan pelacur ini. Video terdahulu yang menyaksikan rakaman beliau Anwar Ibrahim terbukti sahih dan benar dan sehingga ke hari ini juga beliau Anwar Ibrahim masih lagi enggan menjawap 5 soalan dari Dato Eskay yang berhubungkait dengan video diatas iaitu:



1) sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?


2) siapa yang menyambut Anwar di Thailand?


3) di hotel mana Anwar menginap?


4) apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?


5) siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?


Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita.

Anwar Ibrahim bercita cita menjadi seorang Perdana Menteri dan tanya dalam diri anda semua apakah anda inginkan seorang pemimpin yang Moral dan Ahlaknya sebegini yang melanggan pelacur setiap masa dan seorang Homoseksual?

- Blog Papagomo

Sunday 9 October 2011

Video Klip Seks Anwar Di Thailand | Inikah Katilnya?


 Malam tadi saya menerima satu e mel dari seseorang yang tidak dikenali yang menghantar gambar di atas.


Kata si penghantarnya, mohon tanya kepada Anwar Ibrahim samada dia kenal atau tidak gambar katil diatas ?

Si penghantar juga meminta saya meneliti betul-betul tarikh dan masa yang dicatatkan di bahagian atas sebelah kanan.

Jika dilihat pada tarikh tersebut ianya mencatatkan tarikh 13.01.2011 jam 8.30. Jika kita imbas kembali tarikh berkenaan ianya sama dengan tarikh yang dipersoalkan di blog-blog sejak 3 minggu yang lepas, dimana Anwar pada 12 dan 13 Januari 2011 ?

Walaupun e mel yang dihantar kepada saya menggunakan id hantu , tetapi saya rasa saya boleh hidu siapa penghantarnya. Saya syak antara Papa Gomo atau Parpukari.

Sebab apa saya kata mereka ? kerana saya tahu 'stok' barang berkenaan telah lama berada di tangan mereka berdua. Tetapi mereka meraban merata, kemudian tembak orang itu, orang ini yang simpan video tersebut.

Sudah-sudahlah Gomo dan parpu , berapa lama kamu mahu main wayang. Keluarkan sahaja, jangan nak menyusahkan orang lain.

- Blog RBF

Ronney Terima Kad Merah Gara-gara Tindakan Bodoh


PODGORICA, Montenegro - England melangkah bergaya ke pusingan akhir Euro 2012, tetapi kejayaan mereka itu tercemar gara-gara tindakan bodoh penyerang utamanya, Wayne Rooney.

Rooney dilayangkan kad merah pada aksi menentang Montenegro itu yang berkesudahan seri 2-2.

Tanpa Rooney, pengurus England, Fabio Capello kini memikirkan bagaimana dia akan memulakan saingan pusingan akhir kelak tanpa kelibat penyerang utamanya itu.

Pada perlawanan tersebut Rooney terus dilayangkan merah selepas berkelakuan tidak senonoh ke atas pemain lawan Miodrag Dzudovic sambil cuba untuk menyerang pemain terbabit.

Insiden yang menimpa Rooney pada perlawanan tersebut menambahkan lagi kekusutan bintang England itu selepas bapanya ditahan polis Khamis lalu atas dakwaan terlibat dalam perjudian haram.

Bagi Capello, padah yang diterima oleh Rooney sudah pasti menjejaskan persiapannya bagi menghadapi perlawanan pembukaan Euro 2012 yang dihoskan bersama oleh Poland dan Ukraine.

Kad merah yang dilayangkan kepada Rooney pada perlawanan tersebut turut mempersoalkan tentang reputasi panas baran bintang Manchester United yang sebelum ini kurang digemari penyokong England.

Pada Piala Dunia 2006, dia juga menerima nasib serupa apabila diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas pemain Portugal, Ricardo Carvalho.

“Ia tindakan yang bodoh,” kata Capello selepas perlawanan tersebut.

“Kami akan mencari jalan penyelesaian untuk memulakan kempen tanpa Rooney.”

- Agensi

Saturday 8 October 2011

Bajet 2012 | Ibarat Bunuh Diri Jika Kerajaan Tak Dapat Laksanakan





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam.


"Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam.

"Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012.

"Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan kita, dan dalam kemampuan itu, kita telah berkata yang kita mampu melakukan," katanya.

-Malaysiakini

Ceramah Mat Sabu Diganggu Samseng Bermotor


KUALA LUMPUR, 8 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ianya mendapat permit.

Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor.

Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah.

(Gambar: Amer cedera dimuka terpaksa menerima tujuh jahitan)

Presiden Anak, Mazlan Aliman ketika dihubungi hari ini mempersoal sikap polis yang seakan-akan 'melepaskan' mereka membuat gangguan di tempat ceramah.

"Saya sangat dukacita dengan gangguan malam tadi dalam pada program itu dapat permit polis.

"Bagaimana polis menjalankan tugas sehingga kumpulan bermotor itu dapat masuk dengan senang sedangkan sekatan jalan raya diadakan," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Ada dalang

Tanpa mengetahui motif gangguan, Mazlan yakin ada dalang di sebalik insiden tersebut.

"Saya yakin ianya dirancang dan kita boleh cari siapa dalangnya tapi saya serah kepada pihak polis untuk menyiasat," katanya.

Dua laporan polis dibuat iaitu oleh mangsa sendiri yang hanya ingin dikenali sebagai Amer, 29, dan satu laporan lagi daripada petugas Jabatan Amal yang lain kira-kira jam 1.40 pagi tadi.

Akibat serangan itu, Amer yang dikejarkan ke Hospital Segamat terpaksa menerima tujuh jahitan di bahagian muka.

Mazlan dalam pada itu meminta pihak yang tidak berpuas hati dengan pihaknya tampil berbincang, bukan membuat serangan sedemikian.

"Kalau nak buat bantahan atau nak serah apa-apa memorandum kepada kami, silakan sebab PAS bersikap terbuka.Jangan gunakna budak-budak buat kerja tak sihat begini," katanya.

Beberapa hari lalu, insiden serangan turut berlaku di program ceramah Mohamad Sabu di Rembau

- Harakah

Belanjawan 2012 | Yuran sekolah Dimansuhkan Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran yuran persekolahan untuk sesi 2012 bagi sekolah rendah dan menengah melibatkan jumlah RM150 juta, dimansuhkan.

Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini berkata, dengan pemansuhan itu bermakna buat pertama kali dalam sejarah negara kemudahan pendidikan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah disediakan secara percuma.

Beliau berkata, sebelum ini pelajar masih dikenakan bayaran yuran sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah.

"Bayaran itu digunakan untuk yuran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan insurans takaful," katanya.

Menurutnya, keputusan kerajaan itu bakal memberi manfaat kepada 2.9 juta murid sekolah rendah dan 2.4 juta pelajar sekolah menengah.

Terdahulu Perdana Menteri berkata, kerajaan memperuntukkan RM50.2 bilion bagi sektor pendidikan untuk tahun depan.

"Bagi peruntukan pembangunan sebanyak RM1.9 bilion, ia akan dibelanjakan untuk semua jenis sekolah terdiri daripada Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah mubaligh serta sekolah agama bantuan kerajaan," ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion melalui Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan dan Penyelenggaraan Sekolah khusus bagi keperluan mendesak untuk membaik pulih bangunan sekolah, menyelenggara, membeli peralatan dan membina blok tambahan.

"Daripada peruntukan tambahan RM1 bilion itu, RM500 juta adalah untuk sekolah kebangsaan, RM100 juta kepada SJKC, RM100 juta kepada SJKT, RM100 juta kepada sekolah mubaligh, RM100 juta kepada sekolah agama bantuan kerajaan dan RM100 juta kepada Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).

Selain itu, Perdana Menteri turut mengumumkan tiga galakan untuk sekolah swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan memenuhi peraturan ditetapkan kerana ia turut memainkan peranan penting dalam menyediakan pendidikan berkualiti untuk melahirkan generasi masa depan yang cemerlang.

"Tiga galakan itu adalah pengecualian cukai pendapatan sebanyak 70 peratus atau elaun cukai pelaburan sebanyak 100 peratus ke atas perbelanjaan modal dalam tempoh lima tahun, potongan dua kali bagi perbelanjaan promosi di luar negara bagi menarik kemasukan lebih ramai pelajar asing.

"Galakan ketiga adalah pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas semua peralatan pembelajaran," katanya lagi.

_utusan

Belanjawan 2012 | 1.2 Juta Penjawat Awam Naik Gaji

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini.

Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991.

Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan sistem saraan atau pelarasan gaji.

Di dalam bajet kali ini, Najib turut mengumumkan had umur baru bagi persaraan wajib iaitu daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi mengoptimumkan sumbangan pegawai perkhidmatan awam.

"Pelanjutan ini tidak akan menjejaskan peluang pekerjaan kepada generasi muda kerana sektor awam dan swasta akan terus mewujudkan peluang pekerjaan baru," ujar Perdana Menteri.

Selain itu, Najib juga mengumumkan bayaran bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada kakitangan awam yang akan dibayar pada bulan Disember ini selain bayaran khas RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Dalam perkembangan berkaitan, Perdana Menteri berkata, penyelarasan gaji serta kenaikan kadar kenaikan gaji tahunan itu merupakan salah satu daripada empat elemen Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang mula diperkenalkan dalam bajet tahun ini.

"SBPA merupakan satu sistem saraan baru yang akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) dan ia digubal dengan bermatlamat mentransformasi Perkhidmatan Awam Malaysia supaya ia menjadi organisasi yang lebih dinamik, responsif dan berorientasikan prestasi," ujarnya.

Menghuraikan lebih lanjut tiga elemen lagi di dalam SBPA, Perdana Menteri berkata, kenaikan gred berdasarkan time-based (tempoh perkhidmatan) bagi guru akan dikurangkan daripada tahun ke-10 kepada tahun kelapan perkhidmatan.

Beliau berkata, ini bermakna seorang guru akan berada pada gred 44 pada tahun kelapan dan gred 48 pada tahun ke-16.

"Jika mengikut time-based sekarang ia memakan masa 10 tahun tetapi di bawah SBPA ia hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja," katanya lagi.

Satu lagi elemen yang terdapat di dalam SBPA, beliau berkata, gaji maksimum dalam gred ditingkatkan lebih 30 peratus.

"Sebagai contoh di dalam SSM bagi seorang guru gred DG48 gaji maksimumnya adalah RM6,325.39 tetapi di dalam SPBA gaji maksimum akan meningkat 37.7 peratus. Dengan pertambahan itu jumlah gaji maksimum yang baru ialah RM8,710," ujarnya.

Ujar Najib elemen terakhir di dalam SBPA ialah wujudnya dasar pemisah atau 'exit policy' bagi penjawat awam yang berprestasi rendah dan bagi mereka yang memilih untuk meninggalkan perkhidmatan.

-Utusan

Friday 7 October 2011

Keputusan Penuh Australia 5 - 0 Malaysia (7 Oktober 2011)

KUALA LUMPUR: Skuad Socceroos menundukkan Harimau Malaya 5-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Canberra, Australia sebentar tadi.

Jaringan sulung Socceroos dijaringkan Wilkshire seawal minit ke-3 sebelum Kennedy menambah parah terhadap pasukan kendalian K Rajagobal pada minit ke-33 dan 45. Pemain Australia, Brosque melengkapkan senarai penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan 69.

Intipati Belanjawan 2012

BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012:

* Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera. * Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah.

* Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia.

* Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan. * Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan bagi syarikat berstatus KLIFD. * Elaun bangunan industri dan elaun modal dipercepat dan pengecualian cukaipendapatan 70 peratus bagi tempoh lima tahun bagi pemaju hartanah di KLIFD. * Potongan cukai ke atas perbelanjaan penerbitan sukuk wakala diberikan tempoh 3tahun mulai tahun taksiran 2012.

* Pengecualian cukai pendapatan bagi penerbitan sukuk bukan ringgit dantraksaksi dilanjutkan bagi 3 tahun lagi sehingga 2014.

-BERNAMA

Thursday 6 October 2011

Peguam Anwar Mohon Sesi Keterangan Tertutup

Breaking News- Peguambela anwar ibrahim mohon sesi keterangan tertutup sebentar tadi. Para wartawan diarahkan keluar kamar. Jelas lah Anwar Ibrahim tidak telus dan takut dengan kebenaran.

Malah Wan Azizah juga diarahkan keluar dari kamar Mahkamah. Bini sendiri pun kena keluar. Isy isy isy....

Dulu waktu sesi keterangan Saiful pun Anwar mintak perbicaraan tertutup, sekarang nak bela diri pun minta tertutup. Memang sial lah kau ni Nuar.

Rakyat Nak tahu apa yang berlaku dan tidak patut Anwar Ibrahim yg kononya dianiaya minta perbicaraan tertutup.

-Blog Taiping Mali

Najib & Rosmah Berjaya Ketepi Sapina Kes Liwat Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.

Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.

"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.

Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi.

Pihak pembelaan telah cuba mewawancara Najib dan Rosmah pada Ogos lalu tetapi mereka enggan menjadi saksi pembelaan dan berkata akan hanya tampil jika disepina.

Namun apabila sepina dikeluarkan, mereka memilih untuk mengketepikannya pula.

Sepina meminta perdana menteri tampil itu bertujuan mendapatkan penjelasan berhubung mesyuarat pada 24 Jun 2008, berikutan satu pertemuan yang diaturkan oleh pembantu Najib, Datuk Khairil Annas dengan pengadu kes itu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

-Malaysiakini

Malaysia vs Australia | Safee tekad ulangi ledakan Ravindran 19 tahun lalu

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali akur dia berada pada tahap prestasi terbaik mengulangi kejayaan P Ravindran untuk menggegar gawang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, esok.

Ketika Malaysia menewaskan Australia 1-0 pada final Piala Kemerdekaan Indonesia di Jakarta pada 1992, Ravindran yang digelar ‘Kinta Ekspres’ menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 hasil hantaran ketua pasukan, Zainal Abidin Hassan.

Ia pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dengan Malaysia hanya menang sekali itu tetapi tewas semua lima aksi terdahulu iaitu 0-1 (1965), 0-3 (1965), 0-1 (1967), 0-4 (1967) dan 0-5 (1982).

Esok, harapan untuk menggegar gawang Socceroos dikawal Adam Federici atau Nathan Coe pasti diletak di atas bahu Safee, 27, yang menjaringkan dua gol ketika bertemu Liverpool serta tiga gol pada aksi timbal balik kelayakan Piala Dunia menentang Singapura, Julai lalu.

“Sudah tentu saya mahu bantu pasukan memberi satu persembahan terbaik. Seboleh-bolehnya kami mahu cipta kejutan ke atas Australia dan secara peribadi saya cuba untuk menjaringkan gol.”

Wednesday 5 October 2011

Video Youtube 'Mahathir vs Yahudi'

Sebuah video yang bertajuk 'Mahathir vs Yahudi' telah dimuat naikkan ke Youtube yang memaparkan Tun Mahathir sedang ditemuramah oleh seorang pengacara yang mengajukan beberapa soalan.

Kebanyakkan soalan yang ditujukan kepada Tun lebih kelihatan seperti cuba memprovok Tun. Namun Mantan Perdana Menteri yang memang terkenal di dunia barat sebagai pemimpin yang lantang bersuara kelihatan tenang mematahkan setiap soalan-soalan tersebut.

Video di bawah ini berdurasi 7 minit 33 saat-

Joseph Kalang Tie Gantikan Safiq Rahim





Peluang kini terbentang luas buat Joseph Kalang Tie menonjolkan bakat sebenar menggalas tanggungjawab besar mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya menggantikan tempat Safiq Rahim menjelang pertemuan menentang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini.


Pemain kelahiran Miri, Sarawak berusia 24 tahun itu bakal mengambil alih posisi Safiq yang disisihkan Datuk K Rajagobal kali ini - sekali gus diharap mampu memberi impak dalam kemunculan sulung ketika berdepan lawan yang berada pada ranking ke-19 dunia dan nombor dua Asia.

“Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan segala arahan jurulatih.

“Lagipun ini aksi pertama saya bersama skuad kebangsaan dan pasti peluang keemasan ini tidak akan dilepaskan. Memang untuk menang agak sukar, tapi sekurang-kurangnya kami akan berusaha untuk mengikat Australia,” kata Joseph ketika ditemui sebelum berlepas ke Canberra, malam kelmarin.

Dia dijangka bergandingan dengan Amar Rohidan. Skuad 22 pemain kebangsaan tiba di Canberra, tengah hari semalam dan hanya menjalani latihan ringan pada sebelah petang.
Pemain Terengganu yang lebih kerap berfungsi di bahagian sayap jelas tidak menganggap sesuatu yang kekok untuk beraksi di posisi tengah bersama skuad kebangsaan.

Bibir Kilafairy Tak Guna Botox

BERKALI-kali Kilafairy menafikan dia menyuntik botox untuk mencantikkan bibirnya. Namun kata-kata provokasi masih bertebaran mengaitkan kecantikan bibir pelakon filem Karak itu sebagai bukan asli.

Bagi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, dia hanya memekakkan telinga dengan segala provokasi itu dan terus melangkah sebagai anak seni.

Biarpun kehadiran Kilafairy dalam industri hiburan masih hijau, namun jika hatinya tidak nekad sudah pasti anak gadis kepada penyanyi popular dengan lagu Rayuanku, Rohana Jalil sudah berundur.

“Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini.


“Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata pedas yang mengaitkan saya dengan fizikal yang saya miliki.

“Tetapi saya tidak boleh menyerah dengan kata-kata negatif itu. Sebaliknya, saya sekali lagi ingin menjelaskan bahawa bentuk fizikal yang saya miliki termasuk bibir ini adalah kerana saya anak kacukan.

“Emak saya orang Melayu dan ayah pula orang Pakistan. Jadi, kombinasi darah emak dan ayah melahirkan saya dengan rupa sebegini,” kata Kilafairy yang mesra membahasakan dirinya sebagai Kila ketika ditemui di studio Utusan Malaysia, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurut Kilafairy lagi, selain bibir semula jadi yang dimilikinya, dia juga tidak pernah melakukan sebarang suntikan pada mana-mana bahagian tubuhnya.

Itu semua tidak diperlukan kerana usianya masih muda, baru 19 tahun.

“Lainlah kalau seseorang itu sudah mencapai usia lebih 50 tahun. Kalau dia ingin cantik, dia berhak untuk melakukan rawatan ke atas tubuh badannya.

“Tetapi dalam usia saya ini, apakah logik jika saya berbuat perkara seperti itu? Jadi, saya sekali lagi ingin memberitahu mereka yang berpandangan serong terhadap saya bahawa keadaan fizikal atau tubuh termasuk bibir saya, semuanya asli,” ujarnya bersungguh-sungguh.

Kilafairy yang bijak melontarkan jawapan bagaimanapun terdiam sejenak apabila ditebak dengan soalan dirinya sering dilanda kontroversi. Beliau menegaskan, tidak pernah terdetik di hatinya untuk menjadi seorang artis yang kontroversi.

“Impian saya adalah mahu menjadi seorang artis tanah air yang dihormati peminat dan saya tidak mengabaikan akademik. Itu yang membuatkan saya masih kekal berada di pusat pengajian tinggi.

“Selain daripada dikenali sebagai pelakon, saya juga mahu melangkah dalam bidang nyanyian seperti ibu saya. Saya mahu menjadi seorang penghibur yang disegani ramai suatu hari nanti.

“Walaupun saya sedar bidang hiburan adalah sesuatu yang penuh dengan glamor, tetapi glamor itu tidak kekal lama.

“Sebab itu saya menyimpan hasrat untuk bergelar seorang usahawan wanita berjaya suatu hari nanti,” katanya.

Katanya lagi, dia sedih apabila memikirkan dirinya sering dikaitkan dengan pelbagai isu sedangkan hasratnya menjadi artis, bukannya mahu dipalit dengan pelbagai kontroversi.

“Saya mahu menjadi artis yang berada dalam kelasnya tersendiri. Saya bukannya menyesali langkah yang telah diambil. Tetapi saya mohon kerjasama semua pihak agar menilai saya melalui bakat yang ada.

“Saya juga tidak menyesal dilahirkan sebagai anak berdarah campuran yang memiliki fizikal dan rupa sebegini. Saya tetap bersyukur dengan apa yang saya miliki.

“Jika orang sibuk mempersoalkan tentang bibir saya ini, alhamdulillah. Bibir inilah yang membuka rezeki dan sebenarnya, ini bibir bertuah,” katanya dalam nada lembut.

Kontroversi

Perbualan berkaitan dengan fizikal Kilafairy tetap menjadi topik utama pada pertemuan Hits bersama pelakon drama Hotel Mania itu.

Kata Kilafairy, dia tidak pernah mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana mencetuskan kontroversi yang langsung tidak membantu mengembangkan karier seninya itu.

“Seperti artis lain, saya juga tidak pernah mengundang kontroversi tetapi perkara itulah yang tidak putus-putus melanda saya sehingga ia memberi kesan ke atas watak lakonan yang ditawarkan kepada saya.

“Seringkali saya mendapat tawaran watak antagonis. Mula-mula dulu, okey. Tetapi lama kelamaan, saya menjadi skeptikal.

“Akhirnya, saya terpaksa menolak tawaran untuk watak sebegitu kerana tidak sanggup di cop sebagai pelakon yang hanya mampu membawa watak jahat,” ujarnya.

Kilafairy berkata, dia menanam azam untuk mempelbagaikan watak lakonannya kerana dari situ, berharap dapat memperbaiki teknik berlakon.

“Namun jika berterusan dihujani dengan pelbagai kontroversi saya percaya mereka di luar sana akan terus mahu saya melakonkan watak-watak antagonis.

“Tipu jika saya katakan saya langsung tidak kisah tentang perkara ini. Saya juga manusia biasa yang ada hati dan perasaan.

“Ada ketikanya, rasa tersinggung menyelubungi hati kerana nama Kilafairy sinonim dengan kontroversi,” luahnya.

Semangat untuk bangkit menongkah arus tetap wujud dalam diri Kilafairy.

Justeru, dia berkata, untuk mengelakkan dirinya daripada terus-terusan menjadi sasaran kontroversi dia banyak menumpukan perhatian kepada kerjaya dan kuliah.

“Apabila sampai tahap bosan untuk menjawab segala isu kontroversi, saya memilih mendiamkan diri.

“Rasanya itu lebih baik daripada melayan perkara yang tidak ada kesudahannya. Apa yang lebih penting, peminat di luar sana terus menghargai hasil kerja saya.

“Lagipun saya melangkah ke dunia seni bukan bersandarkan kepada rupa paras tetapi bakat,” katanya.

Pakatan Janji Potong Gaji PM

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2012 Pakatan Rakyat (PR) akan memperuntukkan RM220 bilion berdasarkan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah ini membabitkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari yang dibelanjakan oleh parti pemerintah.

“Kita yakin dengan pengurusan wang dengan berhemah, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat.


“Keseluruhan bajet ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan untuk membaiki ekonomi negara dan membela nasib rakyat,” katanya kepada media selepas taklimat bajet alternatif PR di bangunan Parlimen.

Anwar berkata, antara perkara yang akan dilaksanakan PR iaitu memotong bajet perdana menteri sebanyak RM10 bilion dengan mengembalikan peruntukan kepada kementerian yang berkaitan.

Selain itu katanya, gaji minima RM1,100 akan diperkenalkan dan dikuatkuasakan, ini akan memberikan memanfaatkan 300,000 kakitangan awam.

“Pembayaran bonus sebanyak RM1,000 akan diberi kepada warga emas pada setiap tahun berdasarkan pendapatan kurang dari RM18,000 setahun.

“PR juga akan melaksanakan bayaran suri rumah RM1,000 pada tahun hadapan dan menggalakkan mereka menabung melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,” katanya.

-Sinar Harian

Tuesday 4 October 2011

Rakan seuniversiti sifatkan Saiful tidak layak bekerja dengan Anwar

KUALA LUMPUR 4 Okt – Seorang bekas rakan seuniversiti Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pemuda tersebut tidak layak bekerja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Najwan Ali berkata, ini kerana Mohd Saiful bukan sahaja tidak pernah menyanjung Anwar, malah membenci Ketua Pembangkang itu.

Saksi tersebut yang kini bekerja sebagai pegawai di pejabat penasihat ekonomi di Selangor berkata, demikian sebagai saksi pembelaan kelima semasa disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Anwar.


Terdahulu, Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon dalam keterangannya mengesahkan bahawa jabatan tersebut masih lagi ditauliah mengikut ASCLAB Legacy Program.

Perbicaraan bersambung lusa. - Utusan

PM Tolak Cadangan Pakatan Rakyat Mansuh Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak cadangan draf pemansuhan Ordinan Darurat disediakan pembangkang untuk dibentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini.

Menurutnya, ketika ini kerajaan sedang melakukan kajian terperinci bagi pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, sebelum dibentang pada sesi akan datang.

“Ada beberapa perkara kita perlu lakukan, oleh itu jadual mengenainya akan diumumkan kemudian.

“Ini bertujuan untuk menggubal dua akta baru dan kita dalam proses rundingan pelbagai pihak,” katanya pada sesi soal jawab kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam.

Nurul Izzah mencadangkan kepada Perdana Menteri menggunakan draf pemansuhan Ordinan Darurat yang disediakan oleh Pakatan Rakyat (PR).

Pakatan Rakyat mendakwa pihak Peguam Negara gagal menyediakan draf berkenaan dalam masa yang singkat.

Terdahulu, Perdana Menteri dalam perutusan sempena Hari, mengumumkan pemansuhan ISA serta menamatkan tiga proklamasi darurat bagi membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dinamik.

Najib turut mengumumkan pemansuhan, Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa.

Bayi dicampak masuk longkang | Gadis 19 tahun ditahan


 SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam.


Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu.

Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap.

Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan.

Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, susulan penemuan mayat bayi dalam keadaan menyayat hati itu, polis menahan seorang gadis berusia 19 tahun yang tinggal di flat tersebut.

Menurut beliau, gadis itu belum berkahwin dan polis mengesyaki dia mengandung angkara hubungan sulit dengan teman lelakinya.

“Suspek yang bekerja sebagai pelayan restoran itu mengaku melahirkan bayi berkenaan di dalam tandas rumahnya pada pukul 4 pagi ini (semalam).

“Suspek mendakwa ketika dilahirkan, bayi terbabit sudah tidak bernyawa menyebabkan dia membuang anaknya itu ke dalam longkang,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

-Kosmo

Bajet 2012 ambil kira kesulitan rakyat

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat semalam bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara.

“Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,” katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di Kuala Lumpur.

Dr Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk memperkukuh ekonomi Malaysia akibat kemerosotan ekonomi dunia dan sama ada negara masih mampu mencatat pertumbuhan ekonomi sebanyak enam peratus.

Perdana Menteri berkata, strategi yang akan diumumkan dalam Belanjawan 2012 turut mengambil kira kesulitan rakyat berpendapatan rendah, untuk membantu dan melindungi mereka jika berlaku kemelesetan ekonomi dunia dan kenaikan kos serta harga barangan.

Najib berkata pelbagai aktiviti akan terus dilaksanakan bagi membantu golongan berkenaan seperti bantuan kewangan, subsidi dan insentif, bantuan latihan dan kemahiran, perkhidmatan kesihatan dan perumahan.

Selain itu katanya, ekonomi negara pada tempoh separuh pertama 2011 mencatatkan pertumbuhan sebanyak 4.4 peratus dan momentum lebih baik dijangkakan dalam separuh kedua tahun ini.

Katanya ia berikutan aktiviti perbelanjaan, permintaan domestik serta kecergasan aktiviti pelaburan negara.

“Perbelanjaan penggunaan dijangka mencatat pertumbuhan kukuh berikutan peningkatan pendapatan hasil daripada harga komoditi yang kekal tinggi dan prospek pekerjaan yang stabil,” katanya.

Najib berkata Pelan Transformasi Ekonomi dan inisiatif kerajaan untuk menarik pelaburan asing juga dijangka meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara dan mengurangkan kesan daripada ketidaktentuan sektor ekonomi global. - Bernama

KAUNTER JPN KOTA DAMANSARA DITUTUP MULAI RABU HINGGA 21 OKTOBER


KUALA LUMPUR: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kota Damansara akan ditutup kepada orang ramai mulai Rabu ini sehingga 21 Oktober bagi beberapa kerja pembaikan.

Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata operasi cawangan itu akan dibuka semula pada 24 Oktober ini.
Orang ramai di kawasan sekitar yang ingin berurusan dengan JPN diminta berbuat demikian di cawangan lain seperti JPN Selangor di Shah Alam, JPN daerah Kepong atau JPN daerah Petaling Jaya, kata kenyataan itu.

Pelanggan juga boleh hubungi talian 03-88808203/7077/7071/7067 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Monday 3 October 2011

HUDUD: BERSEDIAKAH MALAYSIA?


Hudud ertinya hukuman yang ditetapkan ALLAH SWT sebagaimana dalam al-Quran dan hadis serta kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya.

Di Kelantan, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud dan Qisas) telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada November 25, 1993. Manakala Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 pula diwartakan pada 25 September, 2003,

Bagaimanapun, sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hampir dua dekad, tetapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mahu memasukkan enakmen hudud dalam hukuman syariah negeri Kelantan untuk diguna pakai Mahkamah Syariah.

Tindakan Nik Aziz itu bagaimanapun mengundang kenyataan tegas DAP, sekutu dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menolak dan Nik Aziz pernah meminta DAP meninggalkan pakatan berkenaan sekiranya tidak mahu ia dilaksanakan.

Hasilnya, Pakatan tidak akan melaksanakan undang-undang hudud seperti dicadangkan kerana pelaksanaannya tidak menepati dasar bersama pakatan itu dengan menjadikan alasan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan bukan asas Buku Jingga.

Walaupun mendapat tentangan, Mursyidul Am Pas itu tetap menaruh harapan hudud akan dilaksanakan di negara ini jika Pakatan memenangi Pilihan Raya Umum ke-13.

Untuk rekod, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menegaskan kerajaan tidak akan melaksanakan hudud memandangkan realiti keseimbangan jumlah masyarakatnya tidak mengizinkan undang-undang sebegitu dikuatkuasakan dengan mengambil kira prinsip ‘Maqasid Syariah’ iaitu matlamat sebenar dalam pentadbiran untuk menyelesaikan permasalahan rakyat.

Mengambil contoh negara yang melaksanakan hudud, Arab Saudi dan Pakistan, ternyata statistik jenayah di negara berkenaan berkurangan lantaran hukuman berat dikenakan terhadap pesalah sekali gus mendidik masyarakat.

Namun, ia bukan kayu ukur sebenar sekiranya hukum hudud dilaksanakan di negara ini.
Apabila kita balik kembali pada dasar kepelbagaian kaum, adakah hukum hudud boleh diterima untuk dilaksanakan dalam Malaysia? Persoalannya adakah hukum hudud relevan dan adil di mata setiap bangsa dan kaum di negara ini? Adakah ia dapat dilaksanakan dan dipersetujui setiap kaum dalam Malaysia? - Sinar Harian Online

PM BENTANG USUL MANSUH DUA AKTA HARI INI


KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 akan dibentang untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri berkata, pemansuhan dua akta itu menunjukkan kerajaan serius melakukan transformasi demi kemajuan negara.

“Esok, saya sendiri akan bawa di Dewan Rakyat usul bacaan kali pertama untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 dan bacaan kali kedua, pada Rabu minggu akan datang.

“Jadi dengan ini, minggu pertama persidangan kita akan beri gambaran kita serius mengenai pembaharuan politik yang telah kita janjikan untuk negara,” katanya.

“Prinsip kerajaan pegang mesti ada perimbangan yang betul, perimbangan antara hak asasi manusia, kebebasan sivil, ketenteraman awam, harmoni atau keselamatan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan mereka yang mengacau keharmonian dan ketenteraman awam berdepan dengan tindakan undang-undang.

Menerusi Perutusan Khas Hari Malaysia 15 September, Najib mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dimansuhkan dan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal bagi memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara. - Bernama.

HAMPIR 3,000 GURU KHIDMAT MASYARAKAT TERIMA TUNGGAKAN ELAUN ESOK - YIT


KUALA TERENGGANU - Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat akan menerima tunggakan elaun daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) esok membabitkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta.

Pengarah YIT, Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tunggakan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. Tunggakan itu berikutan kenaikan elaun daripada RM150 sebulan kepada RM300, katanya selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YIT di sini, hari ini.

Mengulas perkembangan lain, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT akan membuka tiga lagi tadika tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 21 buah.

Tadika terbabit akan dibuka di Kampung Seberang Takir di sini, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kampung Mak Nik Kijal, Kemaman.

Setiap bangunan Tadika itu bernilai RM3.5 juta dan mampu menempatkan sehingga 700 orang murid pada satu masa, katanya.- Bernama

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons