KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak cadangan draf pemansuhan Ordinan Darurat disediakan pembangkang untuk dibentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini.
Menurutnya, ketika ini kerajaan sedang melakukan kajian terperinci bagi pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, sebelum dibentang pada sesi akan datang.
“Ada beberapa perkara kita perlu lakukan, oleh itu jadual mengenainya akan diumumkan kemudian.
“Ini bertujuan untuk menggubal dua akta baru dan kita dalam proses rundingan pelbagai pihak,” katanya pada sesi soal jawab kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam.
Nurul Izzah mencadangkan kepada Perdana Menteri menggunakan draf pemansuhan Ordinan Darurat yang disediakan oleh Pakatan Rakyat (PR).
Pakatan Rakyat mendakwa pihak Peguam Negara gagal menyediakan draf berkenaan dalam masa yang singkat.
Terdahulu, Perdana Menteri dalam perutusan sempena Hari, mengumumkan pemansuhan ISA serta menamatkan tiga proklamasi darurat bagi membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang lebih dinamik.
Najib turut mengumumkan pemansuhan, Akta Buang Negeri 1956, selain mengkaji semula secara komprehensif Akta Kediaman Terhad 1933, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 serta Seksyen 27 Akta Polis 1967 bagi memenuhi kehendak semasa.
Terbaru & Terhangat!!!
Tuesday, 4 October 2011
PM Tolak Cadangan Pakatan Rakyat Mansuh Ordinan Darurat
11:46
Si PerisiK
No comments
0 comments:
Post a Comment