Tuesday, 4 October 2011

Rakan seuniversiti sifatkan Saiful tidak layak bekerja dengan Anwar

KUALA LUMPUR 4 Okt – Seorang bekas rakan seuniversiti Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pemuda tersebut tidak layak bekerja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Najwan Ali berkata, ini kerana Mohd Saiful bukan sahaja tidak pernah menyanjung Anwar, malah membenci Ketua Pembangkang itu. Saksi tersebut yang kini bekerja sebagai pegawai di pejabat penasihat ekonomi di Selangor berkata, demikian sebagai saksi pembelaan kelima semasa disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Anwar. Terdahulu, Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon dalam keterangannya mengesahkan bahawa jabatan tersebut masih lagi ditauliah mengikut ASCLAB...

PM Tolak Cadangan Pakatan Rakyat Mansuh Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak cadangan draf pemansuhan Ordinan Darurat disediakan pembangkang untuk dibentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini. Menurutnya, ketika ini kerajaan sedang melakukan kajian terperinci bagi pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, sebelum dibentang pada sesi akan datang. “Ada beberapa perkara kita perlu lakukan, oleh itu jadual mengenainya akan diumumkan kemudian. “Ini bertujuan untuk menggubal dua akta baru dan kita dalam proses rundingan pelbagai pihak,” katanya pada sesi soal jawab kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam. Nurul Izzah mencadangkan kepada Perdana Menteri menggunakan...

Bayi dicampak masuk longkang | Gadis 19 tahun ditahan

 SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam. Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu. Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap. Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan. Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat. Ketua Polis Daerah Gombak,...

Bajet 2012 ambil kira kesulitan rakyat

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat semalam bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara. “Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,” katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di Kuala Lumpur. Dr Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk...

KAUNTER JPN KOTA DAMANSARA DITUTUP MULAI RABU HINGGA 21 OKTOBER

KUALA LUMPUR: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kota Damansara akan ditutup kepada orang ramai mulai Rabu ini sehingga 21 Oktober bagi beberapa kerja pembaikan.Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata operasi cawangan itu akan dibuka semula pada 24 Oktober ini. Orang ramai di kawasan sekitar yang ingin berurusan dengan JPN diminta berbuat demikian di cawangan lain seperti JPN Selangor di Shah Alam, JPN daerah Kepong atau JPN daerah Petaling Jaya, kata kenyataan itu. Pelanggan juga boleh hubungi talian 03-88808203/7077/7071/7067 untuk maklumat lanjut. - Bern...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons