Wednesday, 14 September 2011

Hak Istimewa Kerajaan Dalam Menentukan Tarikh Pilihan Raya - Dr.M

 PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya. Beliau berkata, sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan. "Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan...di mana negara-negara pun macam itu. "Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu...tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun...," katanya. Dr Mahathir yang juga penasihat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) ditemui pemberita...

Mustafa Ali Disaman RM10 Juta Oleh UMNO Selangor

SHAH ALAM 14 Sept. - UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS'. Saman itu yang difailkan diperuntukkan di bawah Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1996 dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini Beliau yang turut bertindak sebagai plantif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu. -KLpos....

Pengurus Jualan Pecah Amanah RM25,000

Seorang bekas pengurus jualan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah membabitkan RM25,000, dua tahun lepas. Khoo Seng Kang, 65, didakwa tidak memasukkan wang itu ke dalam akaun Syarikat Cellgen Lifesciences (M) Sdn. Bhd. di Unit 11-8, Level 8, The Boulevard, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, Brickfields pada 5 Februari 2009 hingga 23 Mac 2009. Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 408, Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan. - Bern...

Mat Sabu Saman Utusan Malaysia

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera. Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini. Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua. Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan laporan Utusan pada 27 Ogos yang memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis. Manakala, pada 28 Ogos pula, memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Utusan melaporkan Mohamad didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan". -Malaysiak...

Samun Restoran Mamak | 8 Lelaki Di Tahan

SHAH ALAM 13 Sept. — Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 Sept lepas di sini. Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 Sept pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama. Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons