Friday 2 December 2011

Perkahwinan propa ~ Siapa Artis Yang Dimaksudkan?!

~ Gambar Sekadar Hiasan ~


SOSEH SOSEH: Perkahwinan propa?

BUKAN main hebat lagi SS dengar perkahwinan seorang selebriti ini, sampaikan SS hampir tertelan biji kedondong. Bukannya apa sebab terkejut dengan nilai hantaran dan konsep perkahwinannya.

Masakan tidak, nilai perkahwinannya ibarat boleh beli 10 biji rumah mewah di Mutiara Damansara.

Sebenarnya SS tak kisah pun berapa juta atau berapa bilion pun wang yang ingin dilaburkan untuk majlis perkahwinan selagi mereka mampu. Terpulanglah duit masing-masing.

Sumpah! SS sedikitpun tidak terdetik perasaan cemburu. Tapi SS teringat perihal keluarga teman lama SS dan keluarga SS sendiri pernah merancang adakan majlis perkahwinan yang ‘grand’, tapi SS minta cukuplah sekadar majlis pernikahan yang sederhana tetapi meriah.

Mujurlah tidak jadi kahwin, kalau tidak pasti sudah merana kerana teman lama itu poyo saja lebih padahal habuk pun tarak. Nampak mewah tapi hutang keliling pinggang.

Berbalik pada cerita selebriti tadi, seorang sumber yang hadir ke majlis perkahwinannya memaklumkan nilai perkahwinan yang dicanang propa semata-mata.

Kata sumber itu lagi, kalau ikutkan, memanglah menelan tujuh angka selepas mengambil kira hadiah hantaran yang mewah tetapi kosnya tidaklah semeriah yang diuar-uarkan.

Hadiah hantaran yang dimaklumkan juga menurut sumber, ada sedikit tidak benar. SS bagi contoh, kata ada jet peribadi rupanya setakat helikopter saja. Khabarnya, saudara-mara dan kawan-kawan terdekat tahu kisah propanya.

Jelas sumber SS itu lagi, suaminya bukan 10 individu terkaya di Malaysia sebaliknya pernah berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan. Suaminya itu berjawatan besar dan berpangkat besar tetapi secara logiknya, kalau kerja setakat makan gaji masakan ada aset berjuta.

Entahlah, tidak hanya mampu berharap selebriti itu jujur dengan kata-katanya kerana pada SS, apa guna menipu. Tapi mungkin juga dia bercakap benar tetapi ada yang dengki dan iri hati sehingga menyampaikan berita begini.

Pun begitu, bagi SS, tidak kiralah semewah mana pun harga perkahwinan atau aset yang dimiliki tidak perlulah menunjuk-nunjuk walaupun sekadar berniat jujur.


Sumber : Metro Online

Tuesday 29 November 2011

Ogy Nekad Saman Johan

KUALA LUMPUR – Diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), baru-baru ini.

Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior.

Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu.

“Dia memang kurang ajar. Bukan setakat bakat saya, malah arwah ibu dan bapa saya turut dipersenda sesuka hati. Namun yang paling saya terkilan, dia boleh mempersendakan Tahun Gajah, tahun kelahiran Nabi Muhammad junjungan kita.

“Ini satu penghinaan dan saya tak boleh bertoleransi dengan orang yang biadap seperti itu,” katanya yang dipetik dari laman blog terkenal, Beautifulnara.com, semalam.

Menurut Ogy lagi, beliau tidak dapat memaafkan Johan sekalipun pelawak itu datang meminta maaf darinya dan berharap agar tindakannya itu akan menjadi pengajaran kepada Johan dan artis baru yang lain.

“Saya berpegang pada hak asasi manusia. Tidak kira siapa pun, kalau mereka telah memperlekehkan maruah diri dan ibu bapa saya, saya tidak akan bertolak-ansur.

“Biar dia datang minta maaf sekali pun, saya tidak akan layan. Sebab seseorang harus bangkit memberi pengajaran kepada budak baru seperti dia yang tak tahu apa makna menghormati,” tekad Ogy.

Selain itu, beliau tidak menafikan tentang bakat komedi yang ada pada Johan yang membuat penonton tidak kering gusi dan terhibur malam itu biarpun pelawak terkenal itu lewat hadir tiga jam ketika sesi latihan dijalankan.

“Saya tahu dia berbakat untuk buat lawak tetapi cara dia melampau. Sudahlah masa latihan sebelum majlis berlangsung dia datang lewat.

“Kami diminta datang pukul 3 petang, dia sampai pukul 6 petang. Macam mana tu? Tiga jam saya menunggu, tetapi dia langsung tidak minta maaf pada saya.

“Pembantu peribadi dia yang malu dan berkali-kali minta maaf dari saya. Mana budi bahasa? Tetapi saya sedikit pun tidak bising pada dia,” katanya lagi.

Bagaimanapun, pemilik laman blog hiburan itu yang dikenali sebagai Abang Nara berpendapat bahawa Ogy tidak wajar mengambil tindakan saman terhadap Johan kerana insiden sedemikian dan memadai dengan teguran di media sahaja.

Selain itu, kami juga sependapat dengan Abang Nara memandangkan bahawa Ogy juga dikenali sebagai salah seorang artis yang bermulut ‘laser’ sebelum ini dan kadangkala terlepas cakap sehingga melukakan segelintir teman artis yang lain.

Mengambil iktibar dari sifat memaafkan saudara seagama seperti yang dianjurkan Rasulullah SAW, apakah salah sekiranya Ogy memaafkan ketelanjuran Johan yang sedang menimba ilmu dari seorang artis yang berpengalaman sepertinya berbanding mengambil tindakan undang-undang yang mungkin akan mengundang permusuhan sesama artis.

- Sumber

Monday 28 November 2011

Gambar Bogel Nicole Scherzinger

MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang.


Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya.

Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema etnik.

Gambar ala bidadari bogel itu kemudian dipamerkan dalam sebuah buku berjudul Culo by Mazzucco. Selain Nicole, sebenarnya ada ramai selebriti lain yang gambarnya pernah dirakamkan oleh Mazzucco dimuatkan di dalam buku tersebut. Mereka termasuklah Lady Gaga, Fergie, Sarah McLachlan, Alessandra Ambrosio, Pamela Anderson dan Stacy Keibler. Hanya gambar Nicole yang berbogel ala bidadari itu yang menjadi perhatian.

Malaysia Tewas 2-3 Kepada Bahrain

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.


Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.

Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.

Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.

Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.

Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.

Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.

Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.

Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.

Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam.

Sunday 27 November 2011

Gambar Apek Khairul Fahmi & Shida Harmi?

Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini.

Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi.

Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri.

Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip.

Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kami percaya perbualan antara Khairul Fahmi & Shida Harmi sendiri sekitar Ogos 2011 yang lalu.

Wednesday 23 November 2011

Wanita dapat muka baharu dipuji cantik

Pembedahan plastik - Plastic surgery - Muka baru - Kemalangan - Wanita dapat muka baru dipuji cantik - Muka rosak


Wanita Dapat Muka Baharu Dipuji Cantik

GAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.


HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.

Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur tulang mukanya.

“Ada orang memberitahu saya bahawa saya cantik,” kata Nash dalam wawancara tersebut yang disiar kelmarin.

“Sebelum ini mereka belum pernah memuji saya cantik,” tambahnya.

Menurut Nash, dia turut disapa oleh seorang kanak-kanak semasa keluar membeli belah baru-baru ini.

“Ia belum pernah berlaku sebelum ini. Budak perempuan itu menyatakan Hi kepada saya. Saya tidak menakutkan sesiapa,” katanya.

Nash diserang oleh seekor cimpanzi seberat 90 kilogram yang dipelihara oleh jirannya pada 2009.

Haiwan itu mengoyakkan hidung, bibir, kelopak mata dan tangan Nash sebelum ia ditembak mati oleh polis.

Dia menjalani pembedahan pemindahan muka dan kedua-dua belah tangannya pada Mei lalu.

Wanita itu akan menjalani pembedahan pemindahan tangan kali kedua dalam masa setahun selepas ekoran masalah komplikasi. – Agensi

Thursday 17 November 2011

Kes video seks: Polis ambil keterangan Anwar


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan atas dakwaan memberi maklumat palsu dalam laporan polis berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan beliau Mac lalu.

Anwar tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.

Pemimpin parti pembangkang itu berkata beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terbabit dalam video seks) terdahulu.

Oleh yang demikian, saya tampil untuk memberi keterangan," katanya kepada pemberita.

Mac lalu, Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berhubung rakaman video aksi seks yang ditayangkan kepada wartawan di Carcosa Seri Negara dan dalam laporan itu, Anwar menafikan bahawa beliau adalah lelaki dalam video tersebut. - BERNAMA

Friday 11 November 2011

Memalukan saya - Chef Wan

CHEF Wan (tengah) bersama Chef Riz dan seorang lagi anaknya, Serina.

KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.

Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.

Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka akan ada pihak yang tidak senang dan timbul perasaan hasad serta dengki.

"Populariti dan berbakat akan membuatkan ramai orang tidak senang duduk dan cuba mencari kesalahan kita.

"Padanlah muka dia," kata Chef Wan yang memberitahu isu itu secara tidak langsung menjejaskan reputasi Chef Riz.

Chef Riz sebelum ini didakwa memberikan profil mengenai dirinya secara kurang tepat di laman MasterChef Malaysia dengan menyatakan pernah bekerja di dua buah restoran terkenal di Amerika Syarikat iaitu sebagai 'Chef de Cruisine' di Babbo dan 'Sous Chef' di Le Bernardin.

Beliau merupakan salah seorang daripada lima juri dalam program MasterChef Malaysia yang bersiaran setiap Sabtu hingga Rabu di Astro Ria.

Antara juri lain yang terlibat ialah Chef Zubir (Zubir Mohd. Zain), 45; Chef Priya (Priya Menon), 53; Chef Jo (Mohd. Johari Edrus), 55; dan Chef Yahya (Yahya Hassan), 49.


Sumber : Kosmo Online

Thursday 10 November 2011

Anak mengadu sakit perut rupanya hendak bersalin


KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin.

Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.


Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.

Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.


Menurut sumber, ketika sibuk membantu keluarga menyediakan persiapan majlis berkenaan, remaja terbabit memberitahu bapanya yang dia mengalami sakit perut.


“Bapa itu membawa anaknya ke sebuah klinik swasta berhampiran rumah mereka sebelum dinasihatkan membuat pemeriksaan lanjut di hospital,” katanya.

Sumber berkata, doktor yang merawat remaja terbabit kemudian memaklumkan remaja berkenaan hendak melahirkan anak.


“Terkejut dengan kenyataan doktor itu, bapa terbabit kemudian memaksa anak perempuannya menceritakan kejadian sebenar dan lelaki yang bertanggungjawab melakukan perbuatan terkutuk itu.

“Anaknya kemudian memberitahu pernah menjalin hubungan dengan teman lelakinya hingga terlanjur dan dipercayai berlaku ketika remaja itu tinggal bersama ibunya di Ampang,” katanya.


Katanya, remaja itu selamat melahirkan bayi perempuan melalui pembedahan.


Difahamkan, bapa dan ibu kepada remaja terbabit sudah bercerai manakala remaja itu baru menetap bersama bapanya sejak tiga bulan lalu.


Sumber berkata, pelajar terbabit dan bayi berkenaan masih berada di HSAH untuk rawatan lanjut.


Sehubungan itu, bapanya membuat laporan di Balai Polis Kuala Muda sebelum kes berkenaan dirujukkan semula ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, untuk siasatan dan tindakan lanjut.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Sumber : Harian Metro

‘Sayang Nabila...’

KENANGAN...Zaidy dan Nabila pada majlis persandingan mereka.
KENANGAN...Zaidy dan Nabila pada majlis persandingan mereka.


KUALA LUMPUR: “Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet.

Aksi Nabila dalam gambar itu dicemuh dan dikritik hebat peminat tambahan pula Nabila baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu.

Zaidy ketika dihubungi semalam, berkata dia terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila.

“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,” katanya sambil memberitahu Nabila sudah lama dia tidak berhubung dan berjumpa dengannya serta anak mereka, Keisha Laila yang berusia setahun lebih.

Menurut Zaidy, selepas bercerai dengan isterinya pertengahan Oktober lalu, dia mengambil alih menjaga puteri kesayangannya itu walaupun perlu bekerja seharian.

Sumber : Harian Metro

Bob Lokman Beri Keterangan



KUALA LUMPUR: Penulis lirik serta pelawak, Muhammad Hakim Lokman atau Bob Lokman, 47, akhirnya tampil memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, semalam.

Bob Lokman yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Hulu Langat, Oktober lalu, dikenakan perintah waran tangkap selepas gagal hadir memberi keterangan kepada JAIS.
Susulan keterangan itu, Bob yang tampil seorang diri di pejabat JAIS dijangka dihadapkan ke mahkamah berhubung kes berkenaan, Februari 2012.

Sumber JAIS ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.

“Bob sudah tampil pagi tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.


Pada 10 Oktober lalu, pelakon dan pengacara ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor) 2003 kerana menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah masjid di Sungai Lui, Hulu Langat.

Difahamkan, Bob tidak memiliki tauliah dan tidak pernah memohon daripada Jais untuk memberikan ceramah kepada umum.

Sumber : Harian Metro

Wednesday 9 November 2011

20 Penjenayah Rompak Enam Beranak Tonton Televisyen


Letchumanan yang cedera dirompak ketika menonton televisyen
di rumahnya di Ladang Alfa Bernam, Hutan Melintang malam kelmarin.

HUTAN MELINTANG – Enam sekeluarga yang leka menonton televisyen dengan pintu rumah terbuka dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu tidak diundang merompak rumah mereka di Ladang Alfa Bernam dekat sini kelmarin.

Semasa kejadian pada pukul 11 malam, M. Letchumanan, 56, cedera parah ditetak di kepala dan dada oleh kumpulan penyamun yang turut disertai empat wanita.

Letchumanan memberitahu, dia, isteri dan empat anaknya tergamam melihat kehadiran penjenayah itu yang masing-masing bertopeng dan bersenjatakan parang atau besi mengepung mereka di ruang tamu rumah.

Penjenayah yang kelihatan bengis itu kemudian mengarahkan dia sekeluarga supaya diam dan mengikut arahan mereka.

“Ketika itu, penjenayah itu menggeledah seluruh rumah kami dan melarikan wang tunai berjumlah RM5,000, barangan kemas dianggarkan bernilai RM5,000 dan beberapa telefon bimbit,” kata Letchumanan ketika ditemui Kosmo! di Hospital Teluk Intan (HTI) di sini semalam.

Sebelum kumpulan penjenayah itu beredar, mangsa memberitahu, dia yang geram melihat rumahnya digeledah cuba melawan menyebabkan berlaku pergelutan antara dia dengan seorang penjenayah itu.

Namun dalam pergelutan itu, Letchumanan cedera parah akibat ditetak dengan parang di kepala dan dada.

Tiga anaknya juga cedera ringan terkena libasan parang penjenayah terbabit ketika cuba menyelamatkannya.

Letchumanan dikejarkan ke HTI sebelum kejadian itu dilaporkan di Balai Polis Hutan Melintang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, setakat ini empat wanita berusia lingkungan 26 hingga 57 tahun telah ditahan semalam bagi membantu siasatan berhubung kejadian itu.

Menurut beliau, baki 16 lagi suspek sedang diburu dan kes tersebut diyakini dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat.

Avril Lavigne Sembuh Lepas Diserang Ahad Lalu

09/11/2011 2:35am


LOS ANGELES 9 Nov. – Penyanyi Kanada, Avril Lavigne dan teman lelakinya dilaporkan telah sembuh selepas diserang di luar Hotel Roosevelt di Hollywood Ahad lalu.

Laman web selebriti, TMZ.com melaporkan, lima orang menyerang Lavigne dan Brody Jenner di luar hotel ikonik Hollywood itu.

Lavigne, 27, turut menceritakan insiden itu dalam Twitternya dan memberitahu dia mengalami lebam di mata, hidung berdarah dan luka akibat serangan itu. – REUTERS

Sumber : Utusan Malaysia Online

Wednesday 26 October 2011

Hubungan Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin kini berakhir

Ini kisah yang disampaikan sendiri oleh selebriti Abby Abadi melalui blog peribadinya dalam tajuk ~ Zulkifli Ariffin ~ 25 Oktober 2011. Semoga Abby tabah menghadapi semua ujian ini.


Sy sgt mghargai khadiran Zul dlm hidup sy. Sgt berterima kasih pdnya kerana sedikit sebyk dia mjadi 'penenang' pd Sy waktu2 Sy sgt2 memerlukan 'seseorg' 3 tahun dulu. Berani Sy katakan, hubungan ni berlaku mmg tanpa dirancang & tak disengajakan. Sy layan jer hati & perasaan Sy 3 tahun tu, smpai mmg nama 'X' Sy out teruslah, kira xde dlm senarai dah, hehe.. smpai tetibe, tak disangka2, jd seriusss giler hubungan yg tak dirancang ni :) Ikutkan sebenarnya dr awal mgenali Zul, hati Sy selalu je berkata2.... Betulkah? ye ke ni? Bia betik? Bole ke gi jauh ni? huurrmmm... huhu.. tp, Sy jalan terus je sbb Sy mmg dah jatuh hati pd dia:P ooppss! hehe... kira Sy 'gamble' jelah pd hubungan ni :) Takut2, trauma2 pun, Sy redah jugak. Ada jugak peristiwa2 ngeri yg berlaku antara Sy & Zul, tp Sy abaikannn sbb..... SAYANGGG! ZZzzzZzzzzZz.. :) dlm pd 'gamble tak gamble' tu, tup tup dah 3 tahun berlalu :D


Kiteorg share byk benda sama2, gitu gini sesama, gedebuk gedebakpun sesameeerrr, terbabooo sesamerrr, huhu.. Tp, dugaan2 itulah yg makin mematangkan Sy & menguatkan hubungan Sy dgn dia.



Sehabis baik Sy nk dia dpt apa yg dia nk dlm hidup dia dlm 3 tahun tu. Walaupun mgkn kalau tiada Sy pun, dia buleh dpt apa yg dia nk, tp dah tertulis.... kehadiran dia dlm industri ini mmg awalnya dikenali dgn nama 'Zul Abby' :) Suka tak sukapun, dia kena jugak lalui proses2 awal tu, & sekurang kurangnya, skrg dia dah buleh dibanggakan. Ikhlas dr hati, sememangnya Zul berbakat besar, sgt 'cepat belajar' & lakonannya, Sy sendiripun 'rasa' & 'suka'. Byk dah drama2 lakonan dia yg mendapat perhatian. Ye kan? Sy peminat setia 'Zul Ariffin' skrg. huhu...


Sehingga ke saat Sy menaip utk entri ini, Sy mmg tak segan utk akui yg Sy mmg sayangkan dia. Sayanggg sgt2! huhu... Tp keadaan, masa, org2 tertentu, yg bweekk (:P) semualah.... nmpknya tak menyebelahi kami. Berat sgt Sy nk share kan hal ni sebenarnya, .... tp, takpelah..... Biar Zul happy dgn kehidupan dia skrg. Sebab apa kami tak buleh lg berdua, biar Sy simpan jer. Yg pasti, Sy tumpang gembira dgn apa yg dia ada :) Mungkin dia tak sedar yg Sy ni selalu ada di sebelah dia selama ni. :(


Sy......... mmmm, di duga lagi...... Sedih mmg tak tergambar dgn kata2, tp Sy redha dgn ketentuan NYA..... Mungkin ada kesilapan Sy, yg Sy lakukan tanpa sedar sebelum ni, & skrg inilah balasan tuhan pd Sy. Sy terharu sebenarnya dgn doa dr semua yg mengharapkan kami bertemu jodoh sebelum ni, tp apakan daya......... Sy pun mengharap 'sesuatu yg terbaik' sebenarnya... tp INILAH TAKDIR SAYA :)

Tuesday 25 October 2011

AIR MATA MAT REMPIT

Gambar Sekadar Hiasan. Carian Google

KLANG: Seorang Mat Rempit menangis teresak-esak ketika keterangannya direkodkan polis selepas dipercayai merempuh seorang pegawai trafik yang mengetuai ‘Ops Rempit’ di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam.

Bagaimanapun, remaja berumur 17 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis, selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosli Abd Rahman berkata, remaja itu yang menuntut di sekolah di sini, ditahan kerana dipercayai menunggang kenderaan secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian air kencing bagi menentukan sama ada remaja terbabit di bawah pengaruh dadah atau sebaliknya.

Menurutnya, hasil keterangan remaja itu mengaku pernah ditahan sebelum ini kerana menyaksikan lumba haram.

"Ibu bapa remaja berkenaan dari Sabak Bernam, turut dipanggil untuk diberikan kaunseling,” katanya.

Berita Harian Online

Saturday 15 October 2011

PAS Tetap Akan Laksana Hudud

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat bantahan keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Menurut beliau, sekutu mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tetapi ia tidak menyekat niat PAS untuk melaksanakan hudud.

"Setiap parti mempunyai pandangan berbeza tetapi kami masih bekerjasama menerusi pelbagai pendekatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis ramah-mesra PAS di Pantai Pandak di sini, Sabtu.

Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan.

"Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten. Malah amat memeranjatkan apabila ada segelintir pihak masih terkejut dengan niat tersebut," katanya.

Kerajaan PAS Kelantan sentiasa mengadakan seminar berhubung undang-undang Islam termasuk hudud setiap tahun tetapi media arus perdana memilih untuk menghangatkan isu tersebut menjelang pilihan raya umum.

"Ia adalah permainan politik kerana misi kami untuk melaksanakan hudud tidak pernah terhenti.

"Hudud adalah undang-undang yang tertulis dalam Al-Quran...bukannya ditulis oleh PAS atau para ulama," tambahnya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP), Hu Pang Chaw bahawa sekarang bukan tiba masanya hudud dilaksanakan, Abdul Hadi berkata, Hu bukan salah seorang penggubal polisi parti itu.

-Mstar

Sultan Brunei Mahu Laksana Hukum Islam

BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut

"Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu".

Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. Tambah Baginda:

"Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah"

Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis"

Sultan Brunei, bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Hukum Islam di negaranya. Tetapi pemimpin negara kita bersungguh-sungguh mencari alasan untuk tidak melaksanakan Hukum Islam.

Bukan itu sahaja, malah pemimpin kita memberi jaminan tidak akan melaksanakan Hukum Islam (Hudud) walaupun percaya ia Undang-undang Allah SWT dengan alasan tidak berpaksi kepada realiti.

- Milo Suam

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.

Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini.

-- BERNAMA

Keputusan Piala Malaysia 14 Oktober 2011

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Juara Piala FA tahun ini, Terengganu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas mengikat Kelantan 2-2 di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, menjadikan agregat 5-3, manakala Selangor turut mara selepas menang 1-0 ke atas Perak (agregat 4-1).

Turut mara ke separuh akhir sebuah lagi pasukan dari Terengganu, T-Team yang mengenepikan Sabah 2-1 (agregat 4-2), diikuti juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan yang menang 3-0 (agregat 3-1) ke atas Felda United.

KEPUTUSAN

Kelantan 2 (3) Terengganu 2 (5)

Perak 0 (1) Selangor 1 (4)

T-Team 2 (4) Sabah 1 (2)

N. Sembilan 3 (3) Felda United 0 (1)

Friday 14 October 2011

Pencen dibayar awal sempena Deepavali

KUALA LUMPUR - Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 19 hingga 31 Okt boleh menunaikan waran mereka pada 18 Oktober.

Pembayaran awal pencen itu diputuskan kerajaan sempena perayaan Deepavali pada 26 Oktober. Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pesara yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran itu di bank berkenaan mulai 18 Oktober.

- Bernama

Bob Lokman Lebih Rela Ke Penjara

SHAH ALAM - Penulis lirik, pelawak dan pengacara terkenal, Bob Lokman berkeras tidak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selasa lalu.

Sebaliknya, Bob atau nama sebenarnya, Muhammad Ha­kim Lokman, 47, lebih rela mendapat waran tangkap oleh mahkamah dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau itu dilihat satu kesalahan besar.

Bob berkata, pendirian tegas itu dibuat memandangkan arahan Jais itu dilihat cubaan untuk jabatan agama itu ‘me-nunjukkan’ kuasa mereka dan tidak boleh diterima.

“Kalau hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan menyerah kalah kerana apa yang saya lakukan ini adalah jihad ke jalan ALLAH, jalan yang diredai-Nya.

“Kenapa mesti mereka mahu buat macam itu (waran tangkap) sedangkan apa yang saya buat ini adalah satu perkara yang baik. Ini adalah perjuangan saya,” katanya ketika dihubungi semalam.

Penulis lirik lagu ‘Isabella’ itu turut mempertikaikan tindakan Jais menahannya sebagai ’tidak melaksanakan dasar Islam secara keseluruhan tetapi lebih kepada dasar pemerintahan Umno-Barisan Nasional’.

Menurut Bob, perjuangan agama yang dipegang sebelum ini akan musnah sekiranya beliau hadir memberikan ketera-ngan kerana jabatan itu sendiri tidak melaksanakan syiar Islam dengan telus.

Katanya, adalah tidak adil penahanan itu dibuat selepas beliau menceritakan pengalamannya menerima hidayah Islam kepada jemaah masjid tersebut.

“Malam itu, saya bersama-sama seorang ustaz yang mempunyai tauliah untuk memberikan ceramah dan ceramah malam itu mengenai hidayah.

“Saya dijemput ustaz tersebut untuk berkongsi pengalaman bagaimana saya mendapat hidayah ALLAH kepada jemaah yang hadir.

“Sekiranya Jais adil dalam hal ini, mereka tentu memberitahu saya supaya tidak menyampaikan ceramah itu kerana saya tidak mempunyai tauliah. Tetapi sebaliknya, mereka (Jais) ada di luar mendengar ceramah sehingga saya selesai dan barulah menahan saya,” katanya.

Bob sekali lagi mendakwa bahawa penguatkuasa Jais yang menahannya malam itu adalah wakil Umno yang berusaha untuk menghalang usaha dakwahnya demi kepentingan politik.

“Saya yakin dengan agama, al-Quran dan sekiranya saya tidak menentang, mereka tidak akan tahu wujudnya ketidak-adilan dalam pentadbiran mereka.

“Saya yakin dengan kepercayaan saya tetapi mungkin ada pihak kurang senang dengan kehadiran saya di sana yang hanya bercerita soal akidah dan berdakwah ke jalan ALLAH,” katanya.

Usaha mendapatkan penjelasan Pengarah Jais, Marzuki Hussin bagaimanapun tidak berhasil.

-Sinar Harian

SPR Pamerkan 40,000 Nama Pemilih Meragukan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamer senarai 40,000 nama pemilih tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan me-ngunjungi pejabat SPR.

“Ada maklumat tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.

“Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun mati,” katanya selepas merasmikan Taklimat Perse-diaan Menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR di sini, semalam.

Bagaimanapun, Abdul Aziz menyifatkan jumlah 40,000 pemilih yang tidak pasti tersebut sebagai satu bilangan yang kecil dan pihaknya dalam proses memperbaiki.

“Dalam proses memperbaiki, kita pecahkan mengikut negeri, Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita akan pamerkan supaya orang ramai dapat lihat dan beritahu SPR jika ada maklumat,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, taklimat dianjurkan itu adalah sebagai persediaan dalam menghadapi PRU13.

“Ini adalah proses taklimat biasa, bukanlah signal bahawa PRU13 akan dilakukan dalam masa terdekat.

“SPR perlu bersedia lebih awal agar perjalanan pilihanraya licin dan kita tidak mahu terperangkap dengan pengumuman tidak rasmi oleh pihak tertentu,” katanya.

Abdul Aziz berkata, SPR memerlukan 160, 000 petugas pada PRU nanti.

Nama-nama 10 Artis Yang sertai Umno

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno.

Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF.

Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno".

Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan.

- Malaysiakini 

Monday 10 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Pusingan Kedua Bermula

KEMPEN Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini.

Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini.

Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan.


Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.

Begitupun, aksi di Stadium Shah Alam juga dijangka ‘hangat’ selepas Perak menyuarakan keyakinan untuk mengejutkan Selangor yang dibarisi ramai pemain berpengalaman.

Negeri Sembilan pula tidak memandang rendah keupayaan Felda United apabila berkunjung ke gelanggang lawan di Stadium MBPJ, Selangor manakala wakil tunggal Borneo, Sabah memikul tugas besar dalam misi memburu satu slot ke separuh akhir apabila bertemu T-Team di Stadium Likas.

-Kosmo

Sedutan Video Seks Terbaru Anwar Di Thailand?

Video ini adalah rakaman tulen dan sahih 100% ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya. Pohon tonton rakaman video Paman Anwar From Bangkok dibawah ini.


Video diatas ini merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am.

Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm.

Pada tarikh 12 dan 13 Januari Anwar Ibrahim didapati berada di Bangkok, Thailand. Anwar berlepas ke Bangkok pada 12 Januari 2011 menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 782 dan berlepas pada jam 3.15 petang dari KLIA. Beliau tiba di Bangkok pada jam 4.20 petang waktu Thailand atau jam 5.30 petang waktu Malaysia.

Setelah lebih kurang 19 jam berada di Bangkok untuk ‘aktiviti-aktiviti’ tertentu dan ‘tugas-tugas rasmi’ tertentu Anwar berangkat pulang ke tanahair pada jam 11.05 pagi dengan menggunakan pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 785 dan tiba di KLIA pada jam 2.15 petang


Dengan bukti nyata ini jelas memberikan kita rakyat Malaysia satu lagi bukti nyata bahawa beliau Anwar Ibrahim cukup sinonim dengan aktiviti maksiat melanggan pelacur ini. Video terdahulu yang menyaksikan rakaman beliau Anwar Ibrahim terbukti sahih dan benar dan sehingga ke hari ini juga beliau Anwar Ibrahim masih lagi enggan menjawap 5 soalan dari Dato Eskay yang berhubungkait dengan video diatas iaitu:



1) sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand?


2) siapa yang menyambut Anwar di Thailand?


3) di hotel mana Anwar menginap?


4) apa Anwar buat di bilik hotel tersebut?


5) siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?


Rakaman penuh akan menyusul dan harus kita ingat bukan kami nak mengaibkan Anwar Ibrahim dan para keluarganya namun demi menyelamatkan rakyat Malaysia maka pekara sebegini haruslah didedahkan agar rakyat memilih pemimpin yang berkaliber bagi memimpin kita.

Anwar Ibrahim bercita cita menjadi seorang Perdana Menteri dan tanya dalam diri anda semua apakah anda inginkan seorang pemimpin yang Moral dan Ahlaknya sebegini yang melanggan pelacur setiap masa dan seorang Homoseksual?

- Blog Papagomo

Sunday 9 October 2011

Video Klip Seks Anwar Di Thailand | Inikah Katilnya?


 Malam tadi saya menerima satu e mel dari seseorang yang tidak dikenali yang menghantar gambar di atas.


Kata si penghantarnya, mohon tanya kepada Anwar Ibrahim samada dia kenal atau tidak gambar katil diatas ?

Si penghantar juga meminta saya meneliti betul-betul tarikh dan masa yang dicatatkan di bahagian atas sebelah kanan.

Jika dilihat pada tarikh tersebut ianya mencatatkan tarikh 13.01.2011 jam 8.30. Jika kita imbas kembali tarikh berkenaan ianya sama dengan tarikh yang dipersoalkan di blog-blog sejak 3 minggu yang lepas, dimana Anwar pada 12 dan 13 Januari 2011 ?

Walaupun e mel yang dihantar kepada saya menggunakan id hantu , tetapi saya rasa saya boleh hidu siapa penghantarnya. Saya syak antara Papa Gomo atau Parpukari.

Sebab apa saya kata mereka ? kerana saya tahu 'stok' barang berkenaan telah lama berada di tangan mereka berdua. Tetapi mereka meraban merata, kemudian tembak orang itu, orang ini yang simpan video tersebut.

Sudah-sudahlah Gomo dan parpu , berapa lama kamu mahu main wayang. Keluarkan sahaja, jangan nak menyusahkan orang lain.

- Blog RBF

Ronney Terima Kad Merah Gara-gara Tindakan Bodoh


PODGORICA, Montenegro - England melangkah bergaya ke pusingan akhir Euro 2012, tetapi kejayaan mereka itu tercemar gara-gara tindakan bodoh penyerang utamanya, Wayne Rooney.

Rooney dilayangkan kad merah pada aksi menentang Montenegro itu yang berkesudahan seri 2-2.

Tanpa Rooney, pengurus England, Fabio Capello kini memikirkan bagaimana dia akan memulakan saingan pusingan akhir kelak tanpa kelibat penyerang utamanya itu.

Pada perlawanan tersebut Rooney terus dilayangkan merah selepas berkelakuan tidak senonoh ke atas pemain lawan Miodrag Dzudovic sambil cuba untuk menyerang pemain terbabit.

Insiden yang menimpa Rooney pada perlawanan tersebut menambahkan lagi kekusutan bintang England itu selepas bapanya ditahan polis Khamis lalu atas dakwaan terlibat dalam perjudian haram.

Bagi Capello, padah yang diterima oleh Rooney sudah pasti menjejaskan persiapannya bagi menghadapi perlawanan pembukaan Euro 2012 yang dihoskan bersama oleh Poland dan Ukraine.

Kad merah yang dilayangkan kepada Rooney pada perlawanan tersebut turut mempersoalkan tentang reputasi panas baran bintang Manchester United yang sebelum ini kurang digemari penyokong England.

Pada Piala Dunia 2006, dia juga menerima nasib serupa apabila diperintah keluar padang selepas bertindak kasar ke atas pemain Portugal, Ricardo Carvalho.

“Ia tindakan yang bodoh,” kata Capello selepas perlawanan tersebut.

“Kami akan mencari jalan penyelesaian untuk memulakan kempen tanpa Rooney.”

- Agensi

Saturday 8 October 2011

Bajet 2012 | Ibarat Bunuh Diri Jika Kerajaan Tak Dapat Laksanakan





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam.


"Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam.

"Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012.

"Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan kita, dan dalam kemampuan itu, kita telah berkata yang kita mampu melakukan," katanya.

-Malaysiakini

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons