
Dengan sekali lafaz, pelakon Faezah Elai, 29 sah bergelar isteri kepada pengarah drama, Heykal Hanafiah, 38, yang diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Gelugor, Pulau Pinang, di sini, kira-kira pukul 3 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh jurunikah pejabat kadi Kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya berwalikan bapa Faezah iaitu Md Elai Fazil Elai dengan mas kahwin RM1,001.
Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Faezah menerima sembilan dulang hantaran seperti, jam tangan, kafling, iPhone 4, kemeja, Al-Quran, cincin, sirih junjung, kek, buah-buahan, minyak wangi dan barangan mandian...