Operasi lawatan ke Menara Berkembar Petronas di sini akan ditutup sementara bermula 15 September ini untuk kerja menaik taraf kemudahan-kemudahan lawatan.
Menara Berkembar Petronas dalam satu kenyataan hari ini menyatakan operasi lawatan dibuka semula pada Disember ini dan akan menawarkan pengalaman yang lebih menarik buat pengunjung ke mercu tanda terkemuka di negara itu.
"Antara kemudahan-kemudahan baru termasuk pusat pelawat dengan kaunter tiket yang lebih selesa dan pameran interaktif,” kata kenyataan itu.
Pengumuman mengenai pembukaan semula operasi lawatan serta pakej lawatan dan tarif baru akan dibuat dalam masa terdekat.
- Bernama
0 comments:
Post a Comment