Friday 23 September 2011

Video Seks Terbaru Yang Dikatakan Anwar

Blogger RBF Online Akui Rakaman Video Terbaru Anwar Ibrahim Melibatkan Dua Pelacur Thai


Dato Eskay sahkan bahawa memang terdapat rakaman video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim yang dirakam kan di Thailand pada tarikh 12 dan 13 januari 2011 yang lalu. kenyataan tersebut adalah konsistem dengan rakaman CCTV yang didedahkan tempoh hari yang mana ada menunjukkan sedikit kelibat Dato Seri Anwar Ibrahim didalam sebuah bilik.

Gomo tidak mahu mengulas panjang pekara ini namun Gomo nak maklumkan kepada semua bahawa BLOGGER RBF ONLINE telah pun menyaksikan rakaman tersebut. Beliau telah menyaksikan rakaman penuh adengan ranjang Dato Seri Anwar Ibrahim dan beliau barangkali ada menyimpannya.

Kata RBF dia menonton klip video itu di Hadyaai,Thailand tiga bulan lalu. Klip berkenaan dipercayai panjangnya sekitar sejam lamanya. “Ia diatur oleh seorang rakan di sana,”ujarnya.

RBF mendakwa dari apa yang disaksikan lelaki dalam video itu memang 100 peratus seiras Datuk Seri Anwar Ibrahim. Video itu dalam hitam putih.

Dia menjelaskan video itu bermula dengan seorang lelaki berpakaian kemas masuk ke sebuah bilik hotel dan kemudiannya tukar pakai robe hotel. Waktu lelaki itu masuk sudah ada dua wanita di atas katil yang berasingan dalam bilik itu.

Selepas itu salah seorang dari wanita berkenaan masuk ke bilik sebelah (connecting room). Kemudiannya kelihatan wanita yang seorang lagi yang masih berada dalam bilik itu mengurutnya. Kata RBF dia tidak menonton sampai habis kerana ‘panjang sangat’ dan situasi waktu itu tidak mengizinkan. Menurutnya dia difahamkan aksi berkenaan dirakam di sebuah bilik hotel di Bangkok.

So Gomo harap kita semua desak RBF ONLINE dedahkan Video tersebut dengan segera bagi memberi keyakikan kepada rakyat akan siapa sebenarnya si Anwar Ibrahim Pandykutty.

Dari blog Papagomo

Mimpi Tentang Kiamat Penyebab Diana Amir Pakai Tudung

Diana Amir Pakai Tudung Selepas Mimpi Kiamat





PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir melakukan tindakan mengejut dengan memakai tudung dan menutup aurat selepas beberapa kali mengalami mimpi hari kiamat.


Kata Diana, dia bertekad dengan keputusan tersebut biarpun mengakui dirinya masih terlalu cetek dengan ilmu agama.

"Saya ambil keputusan ini kerana saya sudah beberapa kali sejak tiga bulan yang lalu diberi petanda dan mimpi buruk tentang hari kiamat.

"Dan mimpi-mimpi tersebut juga mengingatkan saya tentang kematian yang semakin hampir dan perkara itu sering membelenggu hidup saya beberapa bulan kebelakangan ini," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.

Tambahnya, dia menceritakan perkara tersebut kepada seorang rakan baik sehingga menyebabkan temannya itu turut mengambil keputusan yang sama untuk berhijrah dan mendalami ilmu agama.

"Saya tak tahu kenapa perkara itu berlaku kepada saya, mungkin Allah ingin memberi petunjuk dan saya menceritakan semuanya kepada seorang rakan.

"Namun selepas itu rakan saya yang berhijrah lebih awal daripada saya," katanya yang mula mengenakan tudung pada Isnin lalu.

Jelas Diana lagi, selepas berniat untuk berhijrah, dia beberapa kali bertemu dengan pelakon Irma Hasmie untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

"Saya tahu saya masih lemah terutamanya mengenai hal-hal agama, disebabkan itu saya ambil peluang untuk bertemu dengan Irma Hasmie untuk mendapatkan nasihat dia.

"Irma juga membawa saya berjumpa dengan Wardina Saffiyah untuk mendapatkan tunjuk ajar dan sokongan mereka," tuturnya.

Katanya, biarpun masih terlalu cetek mengenai pegangan agama, dia berharap selepas menutup aurat dia dapat belajar lebih mendalam tentang agama Islam.

Ditanya tentang lakonan, Diana berkata dia masih akan terus berlakon jika mendapat watak yang sesuai dengan imejnya sekarang.

"Ketika buat keputusan tersebut saya terus berjumpa David Teo untuk meminta pendapat dia tentang lakonan dan kerjaya saya selepas ini,

"Biarpun dia tidak menjanjikan apa-apa, namun saya yakin rezeki adalah ketentuan Allah," katanya lagi.

Thursday 22 September 2011

Kenyataan Dr Brian McDonald

Dr Brian McDonald semakin KANTOII... Anwar makin hilang akal...





Perbicaraan kes liwat Dato’ Seri Anwar semakin menarik semalam apabila pendakwaraya mempersoalkan ‘kejujuran’ saksi pembela yang merupakan ‘pakar’ DNA dari Australia, Dr. Brian McDonald.


Bagaimanapun Dr. Brian berkali-kali mengelak kejujurannya dipersoal dengan menganggap yang ianya tidak relevan.

Sebelum ini, apabila disoalbalas oleh pihak pembela, Dr. Brian telah memperlekehkan kepakaran tempatan dan dengan yakin mencadangkan bahawa pakar tempatan telah melakukan kesilapan dalam pengambilan sampel DNA.

Namun, apabila transkrip mengenai perkara tersebut dibacakan, beliau terpaksa akur bahawa kenyataannya sebelum ini adalah silap.

Dr. Brian mungkin mempunyai mentaliti barat yang tipikal iaitu memandang rendah terhadap bangsa Asia dan menyangka beliau pasti dapat menghadapi apa jua ‘serangan’ pendakwa berbangsa Asia dan lebih lagi, berbangsa Melayu yang sering digembar-gemburkan oleh sesetengah kaum minoriti Malaysia yang kini bermastautin di Australia sebagai bodoh dan malas.

Justeru itu, beliau telah datang ke mahkamah dalam keadaan tidak bersedia dengan asakan soalan secara terperinci oleh pihak pendakwa serta gagal membuat kerjarumah dengan baik.

Kini, peguamcara Datuk Mohd Yusoff Zainal Abidin telah membuktikan bahawa Dr. Brian sebenarnya tidak punya kelayakan untuk bercakap apatah lagi mempertikaikan kepakaran mengenai DNA.

Ini kerana beliau hanyalah pakar patologis dan bukanlah pakar DNA. Malah sebelum ini mahkamah Brunei dan Australia juga pernah mengenepikan kenyataannya akibat tiada kelayakan.

Dr.Brian juga didapati tidak tahu menahu mengenai prosedur bahawa makmal perlu diestradisi setiap 2 tahun. Ini menunjukkan betapa ceteknya pengetahuannya mengenai DNA.

Ternyata, Dr. Brian tersalah sangka bahawa dirinya lebih hebat dari pakar-pakar tempatan hanya dengan berbekalkan pengalaman dalam bidang ‘paternity test’ iaitu untuk menentukan ibu atau bapa dalam kes kekeluargaan.

Itupun kali terakhir beliau melakukan ujian DNA ialah 7 tahun yang lalu sedangkan teknologi dan prosedur mengenai DNA begitu pantas berkembang maju dan berubah-ubah.

Persoalannya, kenapakah peguam-peguam Anwar yang kononnya bijak lagi tersohor telah memilih Dr. Brian sebagai saksi pakar? Apa agaknya yang difikirkan mereka?

Bagaimana peguam-peguam hebat ini gagal menyelidik latarbelakang beliau sedangkan pihak pendakwa dengan mudah dapat ‘menelanjangkan’ beliau hanya dengan beberapa soalan?

Apakah pihak pembela benar-benar terdesak sehingga sanggup mengambil risiko mempertaruhkan saksi yang tiada kredibiliti? - FMT

Sumber- Media Permatang Pauh

Dr.M Cabar PAS Laksana Hudud Segera





TANJUNG MALIM 21 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri.


Ini kerana, selama menjadi pemerintah negara, beliau sering dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut di negeri itu.

“Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud).

“Pergilah tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kalau dia nak bagi... Ini dia (Nik Aziz) asyik salahkan saya kononnya kerana saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan perdana Za’ba bertajuk Mampukah Malaysia Menghadapi Cabaran Imperialisme Bentuk Baru anjuran Institut Peradaban Melayu dan Pejabat Kursi Za’ba, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hasrat Pas untuk melaksanakan hudud di negeri itu biarpun ditentang hebat oleh sekutunya dalam pembangkang.

Sebelum ini Nik Abdul Aziz pernah dilaporkan berkata bahawa Dr. Mahathir merupakan individu pertama yang menghalang kerajaan negeri Kelantan daripada melaksanakan hukum hudud dan bukan Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir turut membidas pemimpin negeri itu yang lebih banyak bercakap tentang politik daripada memberi didikan agama secukupnya kepada rakyat khususnya golongan muda.

Ini kerana, jelas beliau, sekiranya pemimpin negeri berkenaan menerapkan nilai dan hukum agama maka sudah pasti kes-kes HIV/Aids yang mencatat angka tertinggi di negeri itu berbanding negeri lain tidak akan berlaku.

“Negeri lain tidak ada hukum hudud pun, macam mana kita kawal (rakyat). Ini dia tidak kawal, dia tidak ajar agama betul.

“Kalau kawal betul orang akan tolak perbuatan yang membawa kepada penyakit Aids... Ini dia tidak ajar agama, dia ajar politik, tapi dia (nak) salahkan saya,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Dr. Mahathir mengingatkan rakyat supaya terus menjaga keselamatan negara dan tidak mengambil kesempatan terhadap pemansuhan Akta Dalam Negeri (ISA).

Beliau berkata, biarpun tiada lagi undang-undang yang digubal bagi menggantikan akta tersebut namun rakyat patut mendisiplinkan diri dan tidak berbuat sesuka hati.

“Saya harap rakyat matang dan tidak bertindak sesuatu yang boleh merosakkan negara,” katanya.

Malah Dr. Mahathir berpendapat Malaysia sudah cukup matang dan cekap untuk menjaga dan memastikan keselamatan negaranya sendiri apabila ditanya mengenai kesediaan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu merangka undang-undang baru menggantikan ISA.

“Saya fikir kita tidak perlu ikut (cara mereka). Kita pun cekap juga menjaga keselamatan kita. Tak payahlah nak ikut stail Amerika Syarikat,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mahu menukar Jalur Gemilang, beliau berkata: “Ini satu pendapat yang tidak bertanggungjawab. Itu lambang negara kita.”

Najib & Isteri Mohon Ketepi Sapina

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka sebagai saksi pembelaan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam permohonan tersebut, mereka menamakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan pihak pendakwaan sebagai pihak responden.

Kira-kira 45 minit selepas permohonan itu difailkan pada pukul 3.30 petang ini, pihak media dimaklumkan bahawa kesemua pihak yang terlibat akan bertemu dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah esok bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan berkenaan.

Permohonan tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jenayah di sini oleh peguam-peguam, Datuk Salehuddin Saidin, M. Athimulan, Hisyam Teh Poh Teik dan Datuk Ghazi Ishak yang hadir mewakili pasangan berkenaan.

Kesemua peguam terbabit bagaimanapun enggan memberikan sebarang maklumat lanjut mahupun alasan-alasan yang dikemukakan dalam permohonan tersebut sehingga mahkamah mengeluarkan salinan yang sudah dimeterai.

Pada perbicaraan kes liwat pertama pada 1998, lima individu termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat permohonan yang sama dan dibenarkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes tersebut.

Mat Sabu Didakwa Burukkan Nama Polis

BUTTERWORTH 21 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam, 21 Ogos lalu.

Mohamad atau Mat Sabu dipercayai ahli politik pertama yang didakwa di mahkamah atas tuduhan membuat tohmahan terhadap anggota polis dan kaum keluarga mereka yang terlibat dalam peristiwa bersejarah yang berlaku lebih 60 tahun lalu di Johor.

Dalam pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd. Tajudin, Mohamad didakwa memfitnah anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 dengan membuat tohmahan yang boleh merosakkan nama baik mereka.

Beliau turut dikenakan tuduhan pilihan iaitu memfitnah tiga anggota polis, Konstabel Marin Abu Bakar Daud, Konstabel Jaafar Hassan dan Konstabel Yusoff Rono serta ahli keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam peristiwa tersebut, dengan membuat tohmahan dalam ucapan kepada orang ramai pada masa, tarikh dan tempat yang sama.

Mohamad yang berbaju T hijau, berseluar hitam dan berjaket biru kelihatan tenang sewaktu pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dan mengangguk tanda faham atas pertuduhan tersebut.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dibuat selepas aduan daripada tiga orang ahli keluarga anggota polis yang terkorban dalam serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong iaitu Jamilah Abu Bakar, Azlas Jaafar dan Nazir Yusoff.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan, Mohamad Hanafiah Zakaria bersama Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd. Yusoff dan Suhaimi Ibrahim manakala Mohamad diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin dan Aminuddin Zulkifli.

Mohamad Hanafiah memohon agar Mohamad diikat jamin RM50,000 sementara menunggu tarikh sebutan namun jumlah itu dibantah oleh Mohamed Hanipa yang menyatakan anak guamnya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis.

Hakim kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Oktober ini untuk sebutan kes sementara perbicaraan dijadualkan dari 5 hingga 9 Disember depan.

Mohamad dibebaskan selepas membayar wang ikat jamin pada pukul 12 tengah hari.

Ahli politik parti pembangkang itu ditahan petang semalam setelah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang selepas beliau menyerah diri susulan waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Beliau bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis pada malam tadi setelah percakapannya dirakam.

Memetik laporan akhbar hari ini, Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob berkata, pihaknya menerima 1,013 laporan polis berhubung kenyataan yang dibuat oleh Mohamad termasuk oleh anggota keluarga mereka yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong itu.

Mohamad dalam ceramahnya itu antara lain menyifatkan pengganas komunis yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Muar, Johor pada 1950 ialah wira sebenar, bukannya 25 anggota polis serta keluarga mereka yang terkorban dalam kejadian tersebut.

Mat Sabu menerima kecaman hebat apabila klip rakaman video ceramahnya itu disebarkan menerusi Internet dan mendapat liputan meluas pihak media.

Apek Hebat nafi Jepun berpesta gol





KUALA LUMPUR - Tewas 0-2 kepada Jepun mungkin bukan satu keputusan yang memalukan.


Namun hakikatnya persembahan hambar skuad Olimpik negara ketika berdepan pasukan No.1 Asia pada aksi pembukaan Kumpulan C Kelayakan Olimpik semalam, memberi gambaran tentang tahap bola sepak kita masih ketinggalan berbanding negara tuan rumah.

Jika bukan kerana ketangkasan penjaga gol yang juga ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, skuad negara mungkin dibolosi dengan jumlah jaringan yang jauh lebih besar.

Beraksi di hadapan kira-kira 23,000 penyokong Blue Samurai di Stadium Tosu, Fukuoka, Harimau Muda bagaikan kehilangan taring, langsung tidak mengaum.

Sejak awal permainan, barisan pertahanan skuad Ong Kim Swee begitu mudah dilepasi oleh rangkaian serangan Jepun yang diketuai tonggak perancang, Hiroshi Kiyotake.

Serangan yang dilancarkan dari pelbagai sudut, menguji Khairul Fahmi dengan hantaran lintang berbahaya dari kedua-dua belah sayap, serta rembatan dari luar kotak.

Barisan empat pertahanan Malaysia iaitu Mahali Jasuli, Muslim Ahmad, Fadhli Shas dan Zubir Azmi, kerap membiarkan pemain lawan melepasi kawalan mereka.

Menghidu kelemahan Malaysia itu, Jepun akhirnya mendahului selepas 10 minit perlawanan menerusi jaringan Keigo Higashi yang mudah menewaskan Khairul Fahmi di penjuru kiri gawang selepas menerima umpanan Kiyotake.

Jaringan itu menyemarakkan semangat Jepun dengan menggandakan serangan.

Ketika pertahanan skuad negara terus bergelut, mujur ketangkasan Khairul Fahmi atau Apek menjadi penyelamat.

Apek akhirnya dibolosi kali kedua apabila pemain gantian, Ryohei Yamazaki mudah menolak masuk umpanan penyerang Nagoya Grampus, Kensuke Nagai.

Peluang untuk meneruskan harapan ke London 2012 belum tertutup sekiranya dapat bangkit pada perlawanan berikutnya, dengan syarat Kim Swee mengelak aksi hambar semalam.

Malaysia akan menerima kunjungan Syria, 23 November depan.

Saturday 17 September 2011

CCTV Anwar & Eskay Di Pintu Lif DIDEDAHKAN

PETALING JAYA: Selepas pendedahan video skandal mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan pelacur China tersebar, kini klip video menunjukkan Anwar berada ditempat kejadian mula ditayangkan melalui blog upahan Umno.

Rakaman video berwarna yang disiarkan dalam blog papagomo melalui kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan individu yang didakwa Anwar, memakai baju ungu dan berselipar berjalan bersama ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah daripada arah lobi sebuah bangunan yang didakwa penulis blog itu sebagai Ampang Apartment.

Eskay kemudiannya dilihat menekan butang lif untuk menuju ke atas sebelum masuk ke dalam lif bersama Anwar.

Waktu rakaman CCTV itu juga menunjukkan individu yang didakwa sebagai Anwar masuk ke dalam lif bersama Eskay pada pukul 10.09 malam dan kemudiannya berjalan keluar daripada lif pukul 10.52 malam.

Manakala waktu rakaman video hitam putih adegan dalam sebuah bilik yang pernah tersebar sebelum ini menunjukkan bermula kira-kira pukul 10.30 malam.

Rakaman CCTV berdurasi 3 minit 48 saat itu menunjukkan tarikh 21 Februari 2011, tarikh rakaman yang sama dengan video adegan seks dalam sebuah bilik sebelum mula didedahkan kepada wartawan di Hotel Carcosa Seri Negara Mac lalu.

Penulis blog papagomo dalam artikel yang diselitkan bersama video itu kemudiannya menasihatkan Anwar membuat laporan polis terhadap blog yang menayangkan video seks dan menuduh beliau sebagai pelaku tersebut bagi memastikan siasatan lanjut dapat dijalankan.

Sumber- Pulak Dah!

Manoharan dibidas malu kibar Jalur Gemilang

SEREMBAN 17 Sept. - Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini membidas sikap tidak patriotik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mendakwa malu untuk mengibarkan bendera Malaysia dengan alasan terlalu bersifat Barisan Nasional (BN).

Katanya, sikap Manoharan yang juga mahu menukar corak Jalur Gemilang jika beliau berkuasa membuktikan bahawa pemimpin pembangkang sebenarnya tidak patriotik dan tidak bangga dengan negara sendiri.

"Bagi saya ini adalah tindakan yang tidak patriotik. Kita juga ingin tahu apakah pandangan kepemimpinan pembangkang dalam isu ini. Kenyataan seperti ini perlu ditentang habis-habisan,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penerangan Perdana anjuran Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan di sini, hari ini.

Tidak timbul bendera Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat kerana warna yang terdapat pada identiti Malaysia itu sangat berbeza tafsirannya dengan bendera Amerika, katanya mengulas kenyataan Manoharan berhubung perkara itu.

Beliau berpendapat, terdapat banyak lagi bendera negara lain yang mempunyai persamaan dengan sebuah negara yang lain seperti bendera Indonesia dan Singapura.

Manoharan dalam laman Facebooknya seperti yang dilaporkan akhbar hari ini ada menyebut: “Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan undian saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan lebih BN daripada Malaysia”.

- Bernama

-Gambar print screen dan berita lebih detail mengenai hal ini di blog The Flying Kick

Friday 16 September 2011

Mansuh ISA: PAS tunggu akta baru sebelum respons

KUALA LUMPUR, 16 Sept: PAS mengambil sikap "tunggu dan lihat" dahulu bagaimana bentuk perundangan alternatif bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum memberi respons lanjut berhubung pemansuhan akta itu yang diumum perdana menteri malam tadi.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, masih terlalu awal untuk PAS menyatakan pendirian berhubung pemansuhan ISA yang diumum Datuk Seri Najib Razak dalam pertusan Hari Malaysia malam tadi kerana ianya akan diganti akta baru.

"PAS mengambil sikap untuk tunggu dan lihat dahulu berkaitan penghapusan ISA dan beberapa akta lain yang diumumkan Perdana Menteri.

"Ini kerana kita hendak melihat dahulu perundangan alternatif yang disebut kerajaan hendak dibuat menggantikan ISA. Terlalu awal untuk kita memberi respon terhadap pembatalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.

Ianya sebagai respon awal PAS berhubung pengumuman kerajaan memansuhkan akta yang sudah lama dituntut oleh Pakatan Rakyat agar dihapuskan itu.

Biarpun ISA diumum akan dimansuhkan, Najib juga mengumumkan dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi menggantikan akta itu.

Selain itu, PAS juga kata Tuan Guru Abdul Hadi masih sangsi dengan pengumuman itu ekoran ianya dibuat menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Tambahan pula ia dibuat menjelang pilihanraya yang kita lihat sebagai tujuan politik dan tawaran pilihanraya Barisan Nasional.

"Setelah beribu orang menjadi mangsa kezaliman akta tersebut, menjelang pilihanraya barulah ia dihapuskan," katanya.

PAS dan Pakatan Rakyat sejak dahulu menentang akta ISA dan menganggapnya satu akta zalim kerana membuat "tahanan tanpa bicara" kepada mangsa akta itu.

Selain ISA, mereka juga sebelum ini mendesak beberapa akta serupa seperti Akta Rahsia Rasmi (OSA) dan Ordinan Darurat (EO) dimansuhkan.

Keputusan Mansuhkan ISA: Zaid Mohon Maaf Pada PM

Bekas menteri Kabinet, Datuk Mohd Zaid Ibrahim hari ini memohon maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana suatu ketika dahulu beliau tidak pernah yakin dengan keupayaan Najib untuk melakukan sesuatu termasuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Mohd Zaid berkata, ternyata pandangan beliau terhadap Najib adalah meleset sama sekali apabila Perdana Menteri mengumumkan pemansuhan akta berkenaan semalam.

"Saya dahulu tidak yakin Najib mempunyai keberanian untuk membuat sesuatu yang besar dan hari ini saya minta maaf pada Perdana Menteri kerana akhirnya sanggup berbuat sesuatu yang bermakna dan besar untuk memansuhkan ISA ini.

"Saya sifatkan ini sebagai satu hadiah kepada rakyat Malaysia,” katanya kepada pemberita di kediamannya di sini.

Semalam, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dan memberi jaminan dua undang-undang baru yang akan digubal untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang serta perbuatan jenayah tidak akan digunakan untuk menahan mana-mana individu semata-mata kerana ideologi politik.

Mohd Zaid yang kini Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) berkata, apa yang dilakukan Najib itu telah memberi nafas baru kepada istilah demokrasi untuk terus subur di negara ini. – Bernama

Teks Penuh Ucapan Najib Sempena Hari Malaysia 2011

ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Hari Malaysia.
Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulang tahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripadasebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh.

Apa yang sewajarnya dilakukan demi sur- vival serta kesejahteraan rakyat terus meningkat lagi terjamin dalam dunia yang amat kompetitif dewasa ini, marilah melipatgandakan usaha bagi menambah baik daya saing nasional melalui penggunaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Membelek helaian-helaian tawarikh, apabila negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu sehingga Malaysia dibentuk enam tahun kemudiannya, bersama-sama Sabah dan Sarawak, banyak pihak ketika itu, sama ada pemerhati asing, mahupun warga tempatan berasa ragu-ragu serta waham mempersoalkan tentang, sebuah negara baru yang negeri-negerinya terpisah dek Laut Cina Selatan, sedang diancam pula pemberontakan komunis, dengan separuh penduduknya hidup di bawah paras kemiskinan, ditambah oleh faktor kemajmukan demografik yang luar biasa kompleksitinya, mungkinkah mampu untuk kekal utuh sebagai sebuah negara bangsa apatah lagi untuk berjaya?

Ternyata, pencapaian Malaysia selama ini, bertatih dan berjalan jatuh untuk mengecap nikmat kejayaan diiringi sebuah takdir yang penuh cabaran. Jika disisir sejarahnya, semacam satu keajaiban di awal usia setahun jagung meraih kemerdekaan, hakikat yang tersebut tadi ditambah berat pula dengan penerimaan sistem dan falsafah pentadbiran negara berasaskan Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan serta Persekutuan, telah diterima amal secara tuntas oleh kita begitu awal ketika mana proses pembudayaan masih lagi tidak matang.

Jelas sekali, sebelum merdeka, warga tiga belas buah negeri yang bersatu membentuk Malaysia tidak pernah berpeluang untuk memilih kerajaan yang akan memerintah sekalipun corak pentadbirannya. Kewujudan mereka hanyalah sebagai rakyat negeri-negeri naungan atau tanah jajahan yang diberi keistimewaan politik terhad mengikut budi bicara kuasa pemerintah. Pastinya, ini, bukanlah hak politik tulen yang terbit daripada kewarganegaraan sebuah negara merdeka serta berdaulat.

Menyingkap fakta, sebelum merdeka, pemilihan politik pertama yang berlangsung di mana rakyat telah diberi peluang secara terhad untuk memilih wakil mereka adalah semasa pemilihan beberapa Majlis Perbandaran pada 1952 dan seterusnya pemilihan sebahagian Anggota Majlis Perundangan Persekutuan pada 1955. Sebaliknya, hanya tahun-tahun selepas merdeka bermula 1959, rakyat mula diberi hak dan tanggungjawab sepenuhnya untuk memilih semua ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri sebagai hak budi bicara mutlak dalam menentukan parti manakah bagi membentuk kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Sememangnya kita perlu bersyukur kerana dari masa hingga masa, walau apapun rintangan menjelma, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran yang telah mengancam demokrasi dan kebebasan individu seperti pemberontakan komunis, konfrontasi menentang penubuhan Malaysia, rusuhan kaum, kemelesetan ekonomi, ekstremisme agama mahupun cauvinisme perkauman, Alhamdulillah, setiap satunya telah berjaya ditangani dan dihadapi menggunakan kerangka tindakan berhemah, demokratik berasaskan prinsip keluhuran perlembagaan serta kedaulatan undang-undang.

Barang harus diingat jua, sepanjang tempoh tersebut tidak pernah terlintas di benak pihak kerajaan walau sedetik pun untuk menukar sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan sedia ada dengan sebarang sistem antidemokratik, waima betapa getir cabaran yang dihadapi. Seperti terakam pada susur galur negara, disebabkan tragedi 13 Mei, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bertindak atas nasihat YAB Perdana Menteri ketika itu menurut peruntukan Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, telah mengisytiharkan darurat.

Salah satu kesan pengisytiharan darurat 1969 ialah proses pilihan raya yang belum selesai di Sabah dan Sarawak telah digantung. Peristiwa selanjutnya yang berlaku adalah pemilihan Dewan Rakyat telah disempurnakan dalam tempoh lebih kurang dua puluh bulan kemudian dan sistem Demokrasi Berparlimen dipulih kembali apabila keamanan negara telah stabil seperti sedia kala.

Kendatipun begitu, Allahyarham Tun Abdul Razak selaku Timbalan Perdana Menteri pada masa itu merangkap Menteri Pertahanan yang telah diamanahkan mengetuai Majlis Gerakan Negara atau MAGERAN, dengan memiliki kuasa mutlak eksekutif dan perundangan, tidak pernah menyimpan hasrat untuk mengekalkan kuasa-kuasa tersebut lebih lama daripada apa yang perlu.

Sudah terang lagi bersuluh, Allahyarham Tun bersama rakan-rakan ketika itu amat menyedari bahawa kuasa luar biasa tanpa sempadan yang tergenggam di tangan mereka tidak boleh sekali-kali dijadikan suatu kelaziman demi masa depan negara tercinta. Sebaliknya, mereka faham kuasa total itu sekadar suatu amanah untuk mengekang dan mengawal tragedi serta kegoncangan yang berlaku.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Sebetulnya lagi, sebagai sebuah negara demokrasi berparlimen, kuasa untuk menentukan parti politik mana yang akan membentuk kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun di peringkat negeri terletak secara mutlak tanpa kekecualian di tangan rakyat. Setelah lebih lima dekad kemerdekaan negara dan hampir lima dasawarsa pembentukan Malaysia, kita dapati bahawa, pengalaman, kematangan serta kebijaksanaan rakyat negara ini dalam memilih kerajaan demi menentukan halatuju masa depan yang mereka dambakan tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun jua.

Bahkan, saya sering mengutarakan bahawa era kerajaan mengetahui segala-galanya dan memiliki monopoli terhadap kebijaksanaan sudah melewati tempohnya. Revolusi dalam bidang teknologi maklumat, kemajuan komunikasi dan kecanggihan pengangkutan telah membuka persaingan serta perbandingan secara meluas lagi dinamik dalam pasaran idea.

Kontemporari ini, taraf serta akses rakyat kepada semua peringkat pendidikan semakin meluas seiring dengan korpus pengetahuan yang dimiliki. Disamping itu, pertumbuhan ekonomi yang mapan, pengurangan kadar kemiskinan dan inisiatif kejuruteraan sosial serta keberkesanannya, telah berjaya meningkatkan taraf hidup serta mewujudkan kelas menengah yang besar. Mutakhir pula, keutamaan kehendak dan keperluan rakyat Malaysia telah mengalami perubahan yang besar berbanding empat atau lima dekad yang lalu.
Melangkah lebih jauh, mentadbir negara yang terzahir dari saat kemerdekaan dikudratkan oleh kehendak rakyat, kerajaan kini akan terus komited menjunjung sistem Demokrasi Berparlimen, Raja Berperlembagaan, kedaulatan undang-undang, falsafah persekutuan serta prinsip imbang dan periksa di antara ketiga-tiga cabang kerajaan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi pada 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuat kuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuat kuasanya.

Pada hemahnya, sudah tiba waktu rakyat Malaysia menuju masa depan dengan paradigma seterusnya yang berasaskan harapan baru dan bukannya terbelenggu oleh nostalgia kekangan sejarah lampau.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Dalam menyusun atur peradaban bernegara bagi menghadapi keadaan luar biasa yang mengancam keselamatan tanahair dan kesejahteraan rakyat, tidak dapat tidak, menuntut kepada langkah-langkah khas yang kadangkala, bersifat di luar norma demokratik. Umpamanya, tindakan tahanan pencegahan. Sesungguhnya, kebijaksanaan menangani keganasan memerlukan kita mencegah perlakuan itu, sebelum kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa, harta benda atau menatijahkan apa-apa kecederaan. Ini merupakan satu kebenaran yang bersifat global dan diterima ramai.

Dari perspektif undang-undang Islam pula, ia terangkum jelas dalam Maqasid Syariah yang berobjektif melindungi lima perkara utama yakni; pertama: agama, kedua: nyawa, ketiga: akal, keempat: keturunan dan maruah serta kelima: harta benda. Bahkan prinsip Usul Fiqah banyak membicarakan mengenai perlunya disekat lebih awal sesuatu kemungkaran itu, sebelum ia berlaku. Manakala satu prinsip menyatakan bahawa, keputusan pemerintah adalah satu amanah yang perlu dibuat bagi pihak yang diperintah atas kepentingan maslahah ramai.

Ini bukanlah ehwal yang pelik, tidak lazim atau asing. Terbukti, negara-negara demokrasi yang maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom juga telah menggubal rangka perundangan khas bagi menangani ancaman pengganas pasca tragedi 11 September.

Pucuk pangkalnya, perseimbangan serta perimbangan yang harus ada bagi sebuah demokrasi moden adalah, di antara keselamatan nasional dan kebebasan individu. Itulah tugas dan tanggungjawab sebuah kerajaan yang matlamat tertingginya, menjunjung kebajikan serta kesejahteraan rakyat untuk mencari keseimbangan yang betul ini.
Misalnya, kebebasan bersuara yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan tidak sesekali bermaksud sebagai kewenangan hak kepada mana-mana pihak untuk membuat fitnah dan menghasut api kebencian. Sebagai contoh mudah yang lain, kerajaan turut bertanggungjawab untuk menghalang jeritan palsu tentang bom dalam sebuah stadium yang penuh sesak. Ini kerana, kebebasan luar kawal sebegitu, akan hanya menimbulkan panik yang boleh membawa kepada kecederaan dan kehilangan nyawa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Seperti yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya ketika mula-mula mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada 3 April 2009, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dikaji secara komprehensif. Sehubungan dengan itu, suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus.

Untuk mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah bagi memelihara ketenteraman dan keselamatan awam, dua undang-undang baru yang sesuai akan digubal di bawah semangat serta payung Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan. Pokoknya, akta-akta ini nanti bermatlamat untuk memelihara keamanan, kesejahteraan, kesentosaan serta kerukunan hidup rakyat dan negara.

Di atas segalanya, Kerajaan akan tetap memastikan hak asasi mereka yang terbabit terpelihara. Apa-apa undang-undang yang diperbuat akan mengambil kira hak dan kebebasan asasi berlandaskan Perlembagaan Persekutuan. Undang-undang baru ini akan memperuntukkan tempoh tahanan oleh polis yang secara substansialnya lebih pendek daripada apa yang ada sekarang dan apa-apa tahanan lanjut hanya boleh dibuat dengan perintah mahkamah kecuali undang-undang berkaitan keganasan, masih dikekalkan bawah kuasa menteri.

Di sudut lain, kerajaan juga memberi komitmen bahawa mana-mana individu tidak akan ditahan semata-mata hanya kerana ideologi politik. Umumnya pula, kuasa untuk melanjutkan penahanan akan beralih daripada badan eksekutif kepada badan kehakiman kecualilah undang-undang berkaitan keganasan itu tadi.

Dalam konteks ini juga, selain memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan.

Kajian semula komprehensif ini akan membabitkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 yang mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Kerajaan juga akan mengkaji semula seksyen 27 Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Namun, kebenaran berhimpun diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak disamping mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Sebagai sebuah negara, Malaysia dan seluruh warganya kini berada di persimpangan jalan. Pilihan yang kita putuskan hari ini akan menentukan nasib serta mencorakkan rupa bentuk Malaysia pada masa hadapan, tanah air yang akan kita wariskan kepada anak-anak kita dan generasi mendatang. Persoalannya, mampukah kita melampaui dan mencabar wasangka lazim bahawa rakyat Malaysia daripada latarbelakang yang majmuk, status sosioekonomi berbeza dan fahaman politik pelbagai, secara iradat manusiawinya, tiba kepada konsensus untuk tidak tunduk menyerah kepada sekam kebencian dan kecurigaan yang pastinya mengheret kita ke lembah kehinaan. Sebaliknya, ayuhlah kita bersama mendaya sebuah masa depan yang sarat dengan harapan dan kemuliaan.

Yakinlah bahawa, ia satu kekuatan bukan satu kelemahan untuk kita meletakkan kepercayaan kepada kebijaksanaan rakyat Malaysia membuat pilihan dalam mencorakkan hala tuju masa depan mereka sendiri. Jika kita menganggap ia satu kesilapan maka, apakah maknanya pencapaian kita hari ini, apakah gunanya kita merancang pembangunan negara dengan begitu tersusun semenjak merdeka, apakah gunanya kita membelanjakan sebahagian besar khazanah negara setiap tahun untuk memberikan akses pendidikan berkualiti kepada semua rakyat, membebaskan warga daripada cengkaman kemiskinan, membina infrastruktur fizikal serta teknologi komunikasi maklumat yang berkelas dunia?

Jawapannya sangat jelas yakni, langkah-langkah yang saya umumkan sebentar tadi tidak lain tidak bukan adalah inisiatif awal transformasi politik secara tertib lagi berhemah. Ia berdiri sebagai pelengkap amat penting serta perlu kepada inisiatif-inisiatif transformasi bidang ekonomi dan penyampaian awam yang pihak kerajaan telah rangka dan laksanakan semenjak lebih dua tahun kebelakangan dalam usaha menuju sebuah negara moden dan progresif.

Pastinya, masa bukan terlalu awal mahupun terlalu lewat, akan tetapi inilah kala paling sesuai serta waktu paling tepat untuk perhitungan-perhitungan besar sedemikian diambil dan dilancarkan. Kita maklum, walaupun bagi pendapat sesetengah pihak ia penuh berisiko, kita akan melakukannya demi survival, setelah lebih lima puluh tahun negara merdeka, dan hampir lima dekad Malaysia terbentuk. Lantaran kita di ambang pedati yang sedang berpacu deras untuk sampai ke destinasi sebagai sebuah negara maju sepenuhnya.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Akhir kalam, saya ingin tegaskan bahawa tanpa syak dan tanpa ragu-ragu lagi, Malaysia yang kita impikan bersama dan sedang kita cipta ini adalah Malaysia yang mengamalkan demokrasi berfungsi dan inklusif di mana keamanan dan ketenteraman awam dipelihara selaras dengan roh ketertinggian Perlembagaan, kedaulatan undang-undang, penghormatan kepada hak asasi manusia dan hak-hak individu.
Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Tuhan kita berserah.

Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

Thursday 15 September 2011

Mat Sabu setuju nasihat Dr M

KOTA RAJA - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu, bersetuju dengan nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri supaya menangguhkan dahulu Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Bagaimanapun berbeza dengan alasan bekas Perdana Menteri itu yang mahu pilihan raya ditangguhkan untuk memberi masa cukup bagi Datuk Seri Najib Tun Razak meneliti dan mengenal pasti calon terbaik bagi mewakili Barisan Nasional (BN), Mat Sabu sebaliknya menyatakan, persetujuannya bersyarat.

“Syaratnya ialah supaya daftar pemilih dibersihkan dahulu, baru buat pilihan raya. Itu yang kita mahu,” katanya kepada Sinar Harian selepas menyampaikan ceramah di sini malam semalam.

Menurutnya, daftar pemilih diguna pakai sekarang diragui kerana dikaitkan dengan banyak isu, kerana itu PRU-13 wajar ditangguh.

“Tindakan perlu diambil untuk membersihkan daftar pemilih Selangor. Apa berlaku di negeri ini juga pernah dilaporkan berlaku di Sabah,” katanya.

Bagi Pas, kata Mat Sabu, kalau atau menang pilihan raya perkara biasa.

“Tetapi cukup berbahaya apabila rakyat tak boleh terima keputusan pilihan raya yang daftar pemilihnya diragui,” katanya.

Mat Sabu berkata, pembangkang tiada masalah, jika rakyat membuat keputusan memilih BN setelah pilihan raya dijalankan secara bersih dan adil.

“Kalau rakyat nak pilih mereka, tak mengapa tapi biarlah segalanya berjalan secara saksama, kita diberi ruang juga untuk berkempen termasuk di media elektronik,” katanya.

Himpunan Sejuta Ummah Selamatkan Aqidah

Menyedari keadaan ummat Islam yang kini semakin dilingkari oleh persekitaran yang mengundang ancaman kepada aqidah mereka, pula keadaan ummat Islam yang sering disogok dengan aktiviti yang meletakkan mereka leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim terhadap Tuhan yang mencipta mereka.

Leka dan alpa dari tanggungjawab dan amanah sebagai seorang muslim terhadap masyarakat dan negara, DPP Malaysia akan bangkit bersama Ngo - Ngo Muslim untuk menggerakkan kebangkitan Ummat Islam di negara ini agar peka terhadap tanggungjawab mereka mempertahankan aqidah dan memperjuangkan kesuciannya.

Ummat Islam seperti dibiarkan hanyut mengikut arus jahiliah moden yang melanda negara hari ini. Mereka dibiarkan jahil terhadap agama yang mereka anut tanpa sebarang tindakan yang efektif untuk memantapkan kefahaman dan aqidah sebaliknya aktiviti yang berpotensi meracuni pemikiran dan merosakkan aqidah ummat Islam semakin subur dan marak.

Melalui industri filem yang semakin mempopularkan amalan khurafat, tahyul, pergaulan bebas dan sindiran tajam kepada golongan yang komited dengan agama, kini aktiviti dan kenyataan yang mengguris hati dan nurani ummat Islam itu melarat pula ke laman sosial seperti facebook dan twitter tanpa sebarang sekatan.

Isu " Makcik Hajjah Sitt Al - Wuzara" yang telah menghina Islam secara terbuka melalui laman web, facebook dan twitternya seperti mendapat restu dari pihak berkuasa agama apabila tiada satu pun tindakan berkesan diambil.

Sungguhpun beberapa kali desakan telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas Malaysia mahupun Ngo - Ngo muslim termasuk kumpulan Jingga 13.Sebelum ini DPP Malaysia telah memberikan had tempoh 10 hari untuk pihak berkuasa agama bertindak setelah isu ini terlalu lama dibiarkan berlarutan.

Jika tidak, DPP Malaysia tidak teragak- agak untuk bangkit bersama dengan ngo - ngo muslim dan seluruh rakyat prihatin menggerakkan "Himpunan Sejuta Ummah" bagi menentang apa jua usaha, kenyataan dan perlakuan yang cuba meruntuhkan aqidah ummah dan mempersendakan ajaran Islam yang suci ini.

Dakyah golongan tertentu melalui pelbagai agensi dan elemen, yang dilihat cuba mempengaruhi pemikiran dan keyakinan (aqidah) ummat Islam juga giat dirancang dan berjalan dalam negara kita. Sementara keadaan ummat Islam yang semakin jauh dari suasana (bia'h) hidup beragama turut mengundang kepada gejala keruntuhan akhlak dan aqidah.

Mutaakhir ini, negara juga menyaksikan terlalu banyak ideologi ciptaan manusia disogok dan dipaksa kepada ummat Islam supaya mereka menerima dan menganutnya. Begitu juga ajaran - ajaran sesat semakin berkembang dengan berselindung disebalik pelbagai aktiviti sosial malah mereka seperti mendapat "lesen" untuk beroperasi secara terang - terangan.

Termasuklah penularan fahaman syiah yang semakin membimbangkan masyarakat Islam dalam negara ini. Ummat Islam tiada pilihan dan mereka mesti bangkit. Mereka perlu disedarkan segera dari lena yang panjang dan alpa yang mengasyikkan.

Justeru itu Dewan Pemuda Pas Malaysia memberi sokongan 200% kepada usaha ngo - ngo Islam bagi menjayakan "Himpunan Sejuta Ummah" di Stadium Shah Alam sebagaimana yang telah diisytiharkan oleh Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu Tuan Haji Mohd Azmi Abdul Hamid semalam.

Objektif gerakan ini sangat murni dan sayugianya tiada siapa dari kalangan ummat Islam yang prejudis terhadap "Himpunan Sejuta Ummah" yang akan membangkitkan kesedaran Ummat Islam dari seluruh negara. Mudah - mudahan mereka memahami amanah dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim yang tidak boleh membiarkan diri mereka dipersenda dan agama mereka dihina.

Insyaallah, bertepatan pula dengan resolusi Sidang Meja Bulat Dewan Pemuda Pas Malaysia bersama 14 Ngo - ngo Islam di Shah Alam tempohari, DPP Malaysia akan menggerakkan seluruh kekuatan pemuda - pemuda Islam negara ini untuk bangkit mempertahankan aqidah, akhlak dan fikrah ummah agar Islam kembali tegak dan dihormati sebagai agama yang membawa rahmat (kasih simpati), a'dalah (keadilan) dan barakah (kebaikan yang melimpah ruah) dari Tuhan Sang Pencipta.

Himpunan dan kebangkitan ini tidak perlu dilihat sebagai ancaman kepada masyarakat non muslim sebaliknya Himpunan dan Kebangkitan ini adalah berobjektifkan untuk memperkasa aqidah ummat Islam dan menentang elemen penghinaan terhadap agama Islam.

Justeru Islam adalah agama yang sangat menghormati dan menjaga hak - hak non muslim dan ia adalah agama yang sangat toleransi terhadap agama - agama lain.


Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia

Youtube Phonesex Mat Sabu & Normah Benar Atau Tidak?

teknologi rakaman perbualan telefon (wiretapping) telah bermula sejak 1890an, kira-kira 20 tahun selepas alexander graham bell mencipta telefon. namun penggunaan meluas teknologi rakaman bermula di US sejak tahun 1960an untuk aktiviti perisikan.

jadi bukan sesuatu yang mustahil teknologi ini sampai ke malaysia pada tahun 1994 dalam kes rakaman perbualan mat sabu dan isteri orang, normah!

di kebanyakan negara hari ini mengharamkan rakaman perbualan telefon berdasarkan akta privasi sesebuah negara. seseorang yang mendapati suaranya dirakamkan boleh mengenakan tindakan mahkamah ke atas orang yang merakamkan atau orang yang menyebarkan perbualan telefonnya.

Teruskan bacanya di blog 1peluru

PM Najib Akan Sampaikan Amanat Penting Esok

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dijangka membuat pengumuman mengenai beberapa perubahan penting ketika buat julung kalinya menyampaikan amanat sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di hadapan penonton di Auditorium Perdana, Angkasapuri malam esok.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, berkata ucapan Perdana Menteri juga akan disiarkan secara langsung menerusi TV1 dan TVi pada 8.45 malam.

"Perdana Menteri akan berucap di hadapan kira-kira 800 hadirin yang terdiri daripada Menteri Kabinet, pegawai tinggi kerajaan, anggota parti komponen Barisan Nasional dan badan bukan kerajaan.

"Pada saat itu beliau dijangka akan menekankan perkara utama pentingnya perubahan besar yang beliau fikirkan wajar bagi kerajaan dan negara kita," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-Labinet bagi kementeriannya di Wisma TV, Angkasapuri di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Rais berharap seluruh lapisan masyarakat termasuk di Sabah dan Sarawak menyaksikan ucapan pemimpin tertinggi negara yang tidak pernah dilakukan sebelum ini berikutan Hari Malaysia disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan ke-54.

Beliau berkata, reaksi dari barisan pemimpin negeri termasuk di Sabah dan Sarawak dijangka turut akan disiarkan secara langsung sejurus selepas ucapan Najib.

"Kita sedang mengatur agar studio di Sabah dan Sarawak bersiap-sedia dan secara spontan membuka saluran agar dapat menerima siaran secara jelas dan berkemungkinan ketua-ketua menteri memberi penjelasan selepas ucapan itu dan di Semenanjung Malaysia, kita sedang mengatur reaksi turutan sekuel selepas ucapan itu," katanya.

Rais yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, pihaknya juga sedang berbincang dengan saluran televisyen lain seperti Media Prima Berhad untuk menyiarkan ucapan itu supaya semua lapisan masyarakat mendengar amanat berkenaan.

"Saya yakin penyampaian ini sekali gus (membolehkan) rakyat Malaysia terutama rakan-rakan di Sabah dan Sarawak berpeluang mendengar (ucapan) dari dekat dan secara intim penyampaian tersebut," katanya.

Hari Kebangsaan akan disambut serentak dengan Hari Malaysia Jumaat ini dengan bertemakan '1Malaysia: Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera'. - BERNAMA

Wednesday 14 September 2011

Hak Istimewa Kerajaan Dalam Menentukan Tarikh Pilihan Raya - Dr.M


 PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, penentuan tarikh pilihan raya umum di negara ini adalah "hak keistimewaan" kerajaan dan tiada pihak boleh mempertikaikannya.


Beliau berkata, sebagai kerajaan yang memerintah, mereka juga mempunyai "keistimewaan" untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya berkenaan.

"Dalam dunia ini tidak ada perbincangan berkenaan dengan tarikh pilihan raya. Itu adalah hak mutlak kerajaan...di mana negara-negara pun macam itu.

"Kalau dia (pembangkang) nak tentukan (tarikh pilihan raya), biar dia jadi kerajaan dulu...tetapi lepas dia jadi kerajaan dia tidak akan bagi kita pun...," katanya.

Dr Mahathir yang juga penasihat Perusahaan Otomobil Nasional Berhad (PROTON) ditemui pemberita selepas majlis penyerahan tiga unit model Saga "Electric Vehicle" (EV) dan lima unit "Range Extender Electric Vehicle" (REEV) oleh syarikat itu kepada kerajaan untuk dipandu uji di pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Dr Mahathir diminta mengulas mengenai desakan pembangkang yang didakwa mahu berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengenai tarikh pilihan raya umum akan datang.

Mengenai tindakan pembangkang yang meletakkan beberapa syarat berhubung penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen, Dr Mahathir percaya kerajaan akan menerima cadangan mereka jika ia "waras" dan sesuai.
"Tetapi kerajaan mungkin ada pendapat yang berbeza," katanya.

Sebelum ini, Kabinet bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Pemilih Parlimen untuk membincangkan reformasi pilihan raya yang perlu dilakukan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan dianggotai sembilan anggota Parlimen.

Jawatankuasa berkenaan akan dianggotai lima anggota Parlimen daripada Barisan Nasional (BN) manakala wakil pembangkang terdiri tiga orang manakala seorang wakil rakyat Bebas.

Mengenai desas-desus bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan pada Februari tahun depan, Dr Mahathir secara berseloroh berkata: "saya kenal (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tetapi saya tak boleh baca hati dia."

- BERNAMA

Mustafa Ali Disaman RM10 Juta Oleh UMNO Selangor





SHAH ALAM 14 Sept. - UMNO Selangor hari ini memfailkan saman terhadap Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali, akhbar Harakah dan empat lagi yang didakwa memfitnah parti itu melalui satu artikel bertajuk 'Pas akan dedah bukti, UMNO main peranan operasi JAIS'.


Saman itu yang difailkan diperuntukkan di bawah Seksyen 9(c) Akta Pertubuhan 1996 dibuat oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini

Beliau yang turut bertindak sebagai plantif menuntut ganti rugi sebanyak RM10 juta serta lain-lain perintah mahkamah berhubung penyiaran artikel itu dalam Harakah edisi 19-21 Ogos lalu.

-KLpos.com

Pengurus Jualan Pecah Amanah RM25,000


Seorang bekas pengurus jualan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap tuduhan pecah amanah membabitkan RM25,000, dua tahun lepas.

Khoo Seng Kang, 65, didakwa tidak memasukkan wang itu ke dalam akaun Syarikat Cellgen Lifesciences (M) Sdn. Bhd. di Unit 11-8, Level 8, The Boulevard, Mid Valley, Lingkaran Syed Putra, Brickfields pada 5 Februari 2009 hingga 23 Mac 2009.

Tertuduh didakwa mengikut Sesyen 408, Kanun Keseksaaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun, sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

- Bernama

Mat Sabu Saman Utusan Malaysia


Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman Utusan Malaysia kerana didakwa memfitnahnya dalam isu tokoh kontroversi Mat Indera.

Peguam Hanipa Maidin berkata, writ saman difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Pengarang Utusan Datuk Aziz Ishak dinamakan sebagai defenden pertama manakala Utusan Melayu (M) Bhd sebagai penerbit dinamakan sebagai defenden kedua.

Menurut Hanipa, saman itu difailkan berikutan laporan Utusan pada 27 Ogos yang memetiknya melabel Mat Indera sebagai komunis.

Manakala, pada 28 Ogos pula, memetik Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Utusan melaporkan Mohamad didakwa "mengangkat kezaliman komunis sebagai kemuliaan".

-Malaysiakini

Samun Restoran Mamak | 8 Lelaki Di Tahan

SHAH ALAM 13 Sept. — Polis Selangor menahan lapan lelaki termasuk dua pelajar Tingkatan Lima dan dua pengawal keselamatan sebagai suspek rompakan bersenjata secara berkumpulan di dua buah restoran mamak pada 28 Ogos dan 8 Sept lepas di sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata suspek pertama ditangkap di Pangsapuri Rimba Jaya, Klang pada 8 Sept pukul 11 malam selepas rompakan ke atas restoran mamak dilakukan pada pagi hari yang sama.

Penangkapan suspek pertama membawa kepada penahanan tujuh lagi suspek sehingga Ahad lepas (11 Sept) dan kesemua suspek yang berumur antara 17 dan 27 tahun itu ditahan reman sehingga Khamis ini, katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata polis masih mencari seorang lelaki dikenali sebagai S.Veeramuthu, 19, dari Kapar bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Katanya, seorang daripada suspek yang ditahan adalah antara mereka yang dikehendaki polis bagi membantu siasatan kes samun sebuah rumah di Gombak.

Beliau berkata, kejayaan pasukan khas yang ditubuhkan bagi menyiasat kes samun restoran mamak ini berjaya menahan suspek walaupun mereka cuba menyembunyikan identiti mereka dengan memakai topi keledar dan jaket semasa merompak adalah hasil intipan yang berkesan.

Polis juga merampas sebuah motosikal jenis Yamaha yang dilaporkan dicuri di Shah Alam, sebuah beg laptop, topi keledar dan jaket yang dipakai mereka semasa melakukan rompakan.

— Bernama

Sunday 11 September 2011

Sitt Al-Wuzara Hina Agong

MANUSIA celaka Sitt Al-Wuzara terus menjalankan aktiviti hariannya menghina, mencaci, mengeji, dan mencarutkan Allah SWT dan Rasulullah SAW.

Jingga 13, sebuah NGO yang terdiri daripada sukarelawan, facebooker dan blogger difahamkan akan memohon untuk menghadap Yang Dipertuan Agong berhubung isu Sitt Al-Wuzara memandangkan JAKIM enggan bertindak untuk menangani hal ini [JAKIM].

Kali ini manusia biadap Sitt Al-Wuzara turut memaki hamun ketua agama Islam, Yang Dipertuan Agong sebagai "babi takde hotak" [Twitter]

Sungguh menghairankan, semua pihak berkuasa terus jadi bacul bila Agong dihina dengan gelaran yang melampau. Malah Allah dan Rasul serta Islam dihina, tiada pihak berkuasa yang boleh bertindak.

Pihak berkuasa hanya gah pada nama, hanya gah dengan pangkat dan jawatan. Bila berlaku hal seperti ini, semua senyap macam ayam berak kapur.

-Milo Suam

Nik Aziz Melawat Keluarga Allahyarham Noramfaizul


 SERDANG, 10 Sept: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini meluangkan masa melawat keluarga Allahyarham Noramfaizul, wartawan BernamaTV yang maut akibat terkena tembakan semasa membuat liputan misi kemanusiaan di Mogadishu, Somalia baru-baru ini.


Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan tiba di kediaman keluarga Allahyarhan di Taman Serdang Raya kira-kira jam 9.30 pagi ini.

Turut serta dalam kunjungan itu delegasi Dewan Muslimat PAS Pusat yang diketuai Siti Zailah Yusuf.

Kunjungan tersebut sebagai tanda simpati terhadap kelurga atas pemergian Allahyarham Noramfaizul.

Kehadiran mereka disambut ibu bapa serta isteri dan dua anak Allahyarham.

Pada kunjungan itu juga, Tuan Guru Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham.

Beliau juga menasihatkan ahli keluarga Allahyarham bersabar atas ketentuan Ilahi ke atas Noramfaizul.

Dalam kejadian pada Jumaat 2 September lalu, kenderaan yang dinaiki Noramfaizul, 39, dan petugas media Malaysia lain yang diiringi tentera kerajaan Somalia, ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Beliau yang terkena tembakan itu di dada bagaimanapun meninggal dunia ditempat kejadian.

Insiden itu turut menyebabkan jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan, cedera di lengan.

-Harakah Daily

Komen Jamal Abdillah Mengapa Sertai UMNO





PENYANYI terkenal, Jamal Abdillah sedar keputusannya menyertai parti UMNO mengundang risiko yang tinggi terutama di kalangan peminat-peminatnya yang menyokong parti pembangkang.


Katanya, keputusan menyertaii UMNO dibuat dengan penuh kewarasan dan bukannya didesak atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak, jauh sekali untuk mencari publisiti.

“Kerjaya saya dalam seni selama ini sudah cukup memberikan saya publisiti. Jadi, bukan publisiti yang saya cari apabila saya buat keputusan bersama UMNO.

“Dalam diam, saya sudah lama nampak  dan yakin dengan perjuangan UMNO yang telah membangunkan negara ini dengan aman dan makmur,” kata Jamal ketika dihubungi Agendadaily.

Penyanyi berusia 52 tahun ini juga mengakui apa yang menyebabkan dia lebih yakin  adalah kerana kepimpinan parti itu sentiasa mengutamakan dan memperjuangkan bangsa Melayu.

“Jadi, usahlah prejudis dengan pilihan yang telah saya buat. Di pentas, saya masih Jamal Abdillah, yang jadi ahli UMNO adalah Jamal Ubaidillah,” ujarnya.

Ketika ditanya mengapa dia memilih UMNO dan bukannya PKR , ini jawab Jamal, “Maaf saya cakap begini, saya bukan pandang rendahpada parti lain, tapi beginilah. Saya ini umpama manusia yang terdampar di tengah lautan sedang mencar kapal untuk selamatkan diri.

“Dalam keadaan itu, ada dua kapal,. Satu kapal besar yang ramai kelasi, tidak tergugat walau dilanda gelombang dan satu lagi kapal kecil dengan tiga nakhoda. Sudah tentulah pilihan saya adalah kapal yang besar yang boleh meliindungi saya dengan selamat. Itulah umpamanya."

Sebagai insan seni yang telah melalui pelbagai pancaroba hidup, jatuh dan bangkit dari kesilapan, pada penghujung usianya, Jamal berkata, dia tidak mahu melakukan kesilapan lagi dalam hidupnya.

“Apa yang jelas, sekalipun saya ini seorang artis dan hanya bergaul dalam kelompok seni, namun, saya juga rakyat yang utamakan kesejahteraan dan keharmonian. Saya juga sayangkan bangsa, agama dan negara saya dan kerana itu saya membuat ketetapan ini, jadi usahlah dipertikaikan pendirian saya,’ katanya.

Menurut Jamal, apa yang berlaku hari ini amat membimbangkan dirinya. Sekalipun dia hanya dilingkari dengan jadual menyanyi dan menghiburkan orang ramai, dia amat bimbang dengan perkembangan yang berlaku, terutama perpecahan di kalangan orang Melayu, gara-gara sikap manusia yang tamakkan kuasa.

“Keadaan sekarang sudah kritikal sebab orang Melayu  sudah berpecah belah. Kita mesti bersatu semula kerana penyatuan itu menjadikan kita teguh. Dan sebagai artis, kita juga ada peranan untuk memperkasakan agama, bangsa dan negara kita yang kita kasihi ini,” kata Jamal.

Apabila ditanya, adakah dia buat begini kelak membolehkan dia dapat jawatan dalam UMNO atau publisiti, penyanyi ini sekali lagi  menyangkal.

“Kalau publisiti, dalam kerjaya saya sebagai penyanyi selama ini pun saya sudah dapat publisiti yang bukan sedikit. Juga saya melangkah bukan kerana jawatan, tapi macam yang saya kata, saya ini orang biasa yang sangat resah di dalam hati apabila berlaku perpecahan di kalangan orang Melayu.

“Dalam keadaan saya yang sekarang ini sudah celik, saya tidak mahu mempersia-siakan hidup dan masa depan anak-anak serta bangsa saya. Saya mahu bersama-sama UMNO.

“Dan saya menyeru artis-artis dan peminat-peminat yang masih belum masuk mana-mana parti, marilah kita sama-sama menyokong dan berjuang untuk kebaikan agama, bangsa dan negara yang kita cintai ini,” seru Jamal yang mahu pegang pada pesanan ayahnya. Arwah ayahnya pernah menyandang jawatan Pengerusi Tetap Umno Pasir Salak sebelum meninggal dunia.

“Semasa hayatnya, arwah ayah selalu jadikan Rasulullah SAW dan Tun Mahathir sebagai contoh kepimpinan yang patut diteladani. Rasulullah dalam perjuangannya menjadikan musuh sebagai kawan, tiada dengki manakala kepimpinan Mahathir dikagumi kerana keteguhannya memimpin, kurang cakap, tapi sukses,” katanya.-10/9/2011-


Kenapa saya pilih UMNO? - Jamal Abdillah

Kalau sebelum ini sebilangan artis termasuk AC Mizal menyertai UMNO, Rabu penyanyi terkenal Jamal Abdillah juga memilih parti itu sebagai wadah perjuangan politik.

Katanya beliau tidak kisah sekiranya selepas ini ada yang menuduhnya mahu mencari publisiti murahan kerana tahu dan yakin dengan apa yang dilakukannya.

Jamal berkata  beliau ambil keputusan ini kerana amat yakin dengan kepimpinan Datuk Seri Najib dan kepimpinan sebelumnya dalam mentadbir negara ini.

Serentak dengan itu beliau menyeru para peminat dan rakan-rakannya bersama-sama menjadi ahli UMNO dan cubalah celikkan mata dan lihat apa yang telah kerajaan lakukan selama ini untuk rakyat.

“Janganlah kita bercakaran sesama sendiri hanya mengejar kepentingan diri. Kita harus bersatu padu memertabatkan negara kita. Jangan mudah membiarkan orang lain menginjak maruah bangsa kita. Bukanlah saya bermaksud untuk berpolitik tetapi saya sedar bahawa tiada parti lain yang mampu menjaga kepentingan rakyat selain daripada UMNO dan BN,” katanya.

Beliau sebelum itu menyerahkan borang keahlian kepada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Ab Rauf Yusoh di Ibu Pejabat UMNO, di Kuala Lumpur.

Kata Jamal walaupun baru mendaftar menjadi ahli UMNO hari ini namun sebenarnya beliau  telah lama menyokong UMNO malah arwah ayahnya semasa hayatnya merupakan pengerusi tetap UMNO di Pasir Salak.

“Saya bukan menyertai UMNO untuk kepentingan diri ataupun mempunyai agenda tersembunyi tetapi kerana saya yakin dengan parti keramat UMNO. Saya yakin dengan prinsip saya dan saya rasa kalau parti lain yang memerintah negara, tidak mungkin saya mampu bertahan bergelar penyanyi sehingga kini.

“Kerana kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang berjaya mentadbir dengan aman damai maka saya mampu bertahan sehingga kini. Malah peminat saya juga terdiri dari berbilang kaum,”katanya.-7/9/2011

-Agenda Daily

Blogger Minta Nik Aziz Jangan Bertanding PRU Akan Datang?

2 September, pada hari raya keempat, Kelantan mengadakan program pertemuan dengan Blogger dan Facebooker di Balai Islam, Lundang bersama dua tokoh; Dato' Husam Musa dan Saifuddin Nasution.

Aku hadir dan memberi pandangan dalam program tersebut. Padanganku adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia dalam Kempen PRU akan datang dalam usaha hendak merampas tampuk pemerintahan Putrajaya. Dengan itu, Tok Guru NIk Abdul Aziz perlu berehat dari bertanding PRU akan datang.

Tidak disangka-sangka, pandangan aku menjadi liputan meluas dalam akhbar Sinar harian Kelantan pada hari ini. Jadi disini, aku ingin menyatakan hujjah pandangan aku seperti berikut;

satu;

Secara peribadi, aku pernah melihat bagaimana masyarakat yang berbilang kaum terlalu sayangkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Ramai teman-teman yang tidak beragama Islam pernah menyatakan kepadaku bahawa "Nik Aziz ini bukan manusia biasa, tp dia adalah orang tuhan".

Tuan Guru Nik Aziz mempunyai Aura yang tersendiri yang melebihi aura Anwar Ibrahim. Beliau hadir dalam satu program, orang sudah merasa berpuas hati melihat wajah beliau di atas pentas, waima beliau tidak menyampaikan sebarang ucapan sekalipun.

Aura ini perlu dimanfaatkan oleh Pakatan Rakyat dalam usaha hendak merampas Putrajaya dari rejim UMNO. Caranya adalah, Tuan Guru perlu round Malaysia. Kalau boleh disetiap DUN dan Parlimen yang ditandingi Pakatan Rakyat. Iaitu, tidka tertumpu kepada DUN dan Parlimen yang ditandingi PAS sahaja.

kedua:

Dato Husam menjawab bahawa dalam keadaan Tuan Guru bertanding pun, beliau boleh round Malaysia. Aku agak kurang bersetuju dengan pandangan Dato Husam tersebut, waima aku hormati pandangan terbabit.

alasanku adalah, Tuan Guru Nik Abdul Aziz terlalu tua. Jika kita berbual dengan Tuan Guru, kita akan dapat lihat bahawa tangan tuan Guru pun sudah gementar. Jadi, jika dia round Malaysia pun merupakan satu beban bagi dirinya yang begitu tua, inikan pula ingin fokus sama pada DUN yang dia bertanding.

padaku, dalam keadaan ini, kita mengambil manfaat yang lebih besar berbanding manfaat yang kurang besar.

ketiga :

Dalam forum terbabit, aku mengumpamakan Tuan Guru ini seperti Mahatma GHandi di India, dan Rashid Ghanoushi di Tunisia. KEdua-dua tokoh ini menjadi spritual leader, tanpa mereka bertanding dalam PRU.

Mahatma Ghandi itu merupakan Nik Aziz India, dan rashid Ghanoushi itu umpama Nik Aziz Tunisia jika dilihat dalam kerangka politik di Malaysia pada hari ini. Tok Guru memang tidak mempunyai kepentigan dalam jawatan Menteri Besar, tetapi dalam budaya politik, persepsi adalah satu perkara yang penting. Jadi, mempamerkan beliau tidak mempunyai kepentingan dalam jawatan menteri besar adalah perlu. ekoran itu, beliau akan dilihat setara dengan dua tokoh (ghandi dan Ghanoushi) dalam sejarah peradapan politik di Malaysia akan datang.

Dipetik dari blog - Wan Ji Wan Hussin

Keputusan Manchester United vs Bolton 2011





Wayne Rooney meledak hatrik kedua musim ini bagi meneruskan penguasaan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris apabila menang 5-0 ke atas Bolton, di Stadium Reebok, sebentar tadi.


Gol Rooney menjelma pada minit ke-19, 24 dan 67, iaitu hatrik kedua dalam masa dua minggu selepas memperolehnya ketika menentang Arsenal.

United memperoleh gol seawal pada minit ke-7 menerusi Javier Hernandez.

Hernandez kemudian meledak gol keduanya pada minit ke-58 dan memperoleh sekurang-kurangnya dua peluang untuk mencipta hatrik berkembar United.

Keputusan Piala Malaysia 10 September 2011





Berikut adalah keputusan perlawanan Piala Malaysia 10 September 2011 yang telah berlangsung pada malam ini.


KUMPULAN A
-----------------
Sabah 2 Kedah 1

Perak 2 Johor 1



KUMPULAN B
----------------
PKNS Selangor 3 Terengganu 2

N. Sembilan 5 Sime Darby 0


KUMPULAN C
-----------
Kelantan 2 Johor FC 1

Felda United 1 Sarawak 0


KUMPULAN D
----------
Selangor 2 PDRM 0

Kuala Lumpur 2 T-Team 1

- BERNAMA

Keputusan Liga Perdana Inggeris 10 September 2011





Berikut adalah keputusan Liga Perdana Inggeris yang telah berlangsung pada 10 September 2011.


Arsenal 1 (Arshavin 40) - Swansea 0

Everton 2 (Osman 19, Baines 69-pen) - Aston Villa 2 (Petrov 63, Agbonlahor 83)

Man City 3 (Aguero 13, 63, 69) - Wigan 0

Stoke 1 (Walters 21-pen) - Liverpool 0

Sunderland 1 (Ji 90) - Chelsea 2 (Terry 18, Sturridge 51)

Wolves 0 - Tottenham 2 (Adebayor 67, Defoe 80)

Saturday 10 September 2011

Caj Perkhidmatan 6 Peratus Tiada Kaitan Dengan Pilihan Raya - Awang Adek

Tuduhan sesetengah pihak kononnya cukai perkhidmatan 6 peratus yang akan dikenakan ke atas pembelian tambah nilai prabayar, pek atau kad SIM adalah untuk UMNO membiayai pilihan raya umum kelak, amat tidak bertanggungjawab.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin berkata, dakwaan itu tidak benar sama sekali dan tiada kaitan langsung dengan pilihan raya.

“Ia satu tuduhan melulu dan tidak waras,” katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aidilfitri di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD), Tangok, di sini, hari ini.

Awang Adek yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yakin syarikat-syarikat berkenaan akan mengambil tindakan bijak sesuai dengan saranan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahukan pihak terbabit menimbang semula keputusan itu.

Katanya, jika cukai itu tidak dikenakan ka atas pengguna, syarikat-syarikat berkaitan masih mampu meraih keuntungan.

Awang Adek berkata, jika syarikat-syarikat terbabit menyahut saranan Perdana Menteri itu, mereka bukan sahaja dapat membantu kerajaan merangsang ekonomi negara tetapi juga akan disanjungi pengguna.

"Jika berlaku sebaliknya mereka seolah-olah membelakangi kerajaan,” katanya. — Bernama

Anwar Ibrahim Bayar Kepada WiKiLeaks?


Pendedahan bahawa wujud pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya menyiarkan berita kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai konspirasi kerajaan membuktikan Ketua Pembangkang itu semakin terdesak untuk memulihkan imejnya yang sudah tercalar.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana percaya situasi yang sedang dihadapi Anwar memungkin beliau mengambil apa sahaja tindakan untuk memulihkan kembali imejnya.

"Saya tidak terkejut dengan pendedahan tersebut kerana situasi Anwar yang sangat terdesak ketika ini. Beliau sendiri tahu bahawa imejnya sangat teruk sekarang, orang ramai juga mula sedar dengan sikap putar alamnya.

"Jadi tidak hairan sekiranya beliau menggunakan media antarabangsa seperti WikiLeaks untuk membantu memulihkan imej dengan mewujudkan pelbagai cerita dongeng serta fitnah terhadap kerajaan serta Perdana Menteri semata-mata untuk mengalihkan perhatian umum.

"Tambahan pula, beliau mempunyai sumber kewangan yang luar biasa sehingga membolehkannya mengawal media luar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pendedahan yang dilakukan salah seorang pengasas Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ng Lum Yong bahawa terdapat pihak tertentu yang membayar laman web WikiLeaks supaya portal itu menyiarkan berita mengenai kes liwat melibatkan Anwar sebagai satu konspirasi kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Lum Yong juga mendakwa bahawa beliau mempunyai bukti tentang perkara tersebut dan sedia mendedahkan kepada umum apabila tiba masanya.

Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin juga sependapat dengan menyatakan bahawa pendedahan tersebut membuktikan bahawa Anwar serta pembangkang semakin terdesak dan telah ketandusan idea.

"Mereka menggunakan Wikileaks sebagai saluran untuk menarik perhatian negara luar walaupun kita sendiri sedar bahawa laporan portal berita berkenaan tidak boleh terlalu dipercayai," jelasnya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwandin Hamzah pula berkata, sudah menjadi kebiasaan Anwar menuduh kerajaan sebagai dalang di sebalik masalah moral yang dihadapinya.

"Setiap kali timbul isu baru membabitkan masalah moralnya, Anwar pasti akan menuduh kerajaan sebagai dalangnya kerana ini merupakan strategi beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap masalah yang dihadapinya," ujarnya.

-Utusan Malaysia

Siapa Akan Ganti MB Kedah Azizan Abdul Razak?

Isu spekulasi penggantian Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang mula suam-suam kuku kini dipanaskan kembali dengan desas-desus exco kanan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi yang dikatakan calon pilihan jika berlaku kekosongan jawatan tersebut.

Walaupun dua lagi exco – Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Mohammad Taulan Rasul – turut berada dalam senarai itu, Phahrolrazi (kiri) yang juga ADUN Pengkalan Kundor dikatakan menjadi calon pilihan jika wujud keperluan berbuat demikian.

Bahkan, wujud cakap-cakap yang Azizan dikatakan diberi masa untuk terus menjalankan tugasannya sebagai biasa kecuali jika terdapat halangan yang tidak dapat dielakkan seperti masalah kesihatan.

Bagaimanapun, demi kelancaran pentadbiran kerajaan Kedah, PAS tentunya tiada pilihan sekiranya Azizan sakit, khususnya dalam menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

Ini kerana, tugas mempertahankan penguasaannya di negeri itu amat penting bagi PAS yang pertama kali menawan Kedah tiga tahun lalu, selepas mencuba dalam sebelas kali pilihan raya umum sebelumnya.

Phahrolrazi yang juga timbalan pesuruhjaya I PAS Kedah dan yang dipertua PAS Kuala Kedah dilihat berada dalam kedudukan terbaik bagi mengambil alih teraju pemerintahan negeri berdasarkan hirarkinya itu.

Amiruddin, 49, adalah ADUN Anak Bukit yang memegang portfolio jawatankuasa industri dan pelaburan, pertanian dan industri asas tani, bioteknologi, pembangunan luar bandar dan basmi kemiskinan.

Di peringkat PAS negeri, beliau - yang juga seorang jurutera dalam bidang sivil - memegang jawatan bendahari.

Perkembangan baru ini dilihat susulan masalah kesihatan yang dialami Azizan sehingga dikatakan tidak dapat memfokuskan kepada pentadbiran kerajaan negeri.

Manakala Mohamad Taulan pula adalah ADUN Tokai, memegang portfolio jawatankuasa agama, pelajaran dan koperasi.

Beliau juga seorang peguam, ahli jawatankuasa perhubungan PAS Kedah dan yang dipertua PAS Pendang.

Pada 1 Ogos lalu, Azizan (kanan) dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur selama 15 hari bagi mendapatkan rawatan kesihatan dan pemeriksaan jantung.

Bagaimanapun, ketika isu itu mengejutkan banyak pihak di kala sambutan Aidilfitri, Azizan muncul bertenaga menolak cadangan supaya jawatannya diberikan kepada pemimpin lain atau diwujudkan jawatan timbalan menteri besar.

Beliau juga dilapor menegaskan beliau berada dalam keadaan lebih sihat dan mampu menjalankan tanggungjawabnya mengurus negeri dengan sempurna selepas menuruti nasihat doktor supaya berehat.

Bagaimanapun, tiada maklumat sama ada PAS di peringkat pusat sudah membincangkan soal penggantian itu. Setakat awal bulan ini, perkara itu, menurut Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tidak dibincangkan.

Cukup dua minggu selepas Azizan dibenarkan keluar wad, kontroversi sekitar kedudukan Azizan meletus apabila sebuah harian berbahasa Inggeris melaporkan kepimpinan PAS sedang mengatur langkah bagi menggantikannya.

-Malaysiakini

Antara Silap & Sial





Antara masalah yang paling besar melanda UMNO-BN ialah bersikap terlalu korporat. Semua orang nampak macam mana UMNO-BN yang menjadi tulang belakang kerajaan sekarang, melihat laba besar. Dalam keadaan ekonomi kurang memuncak, UMNO-BN dan para pembesarnya sibuk membicarakan tentang pelaburan yang masuk ke dalam negara.


Memang benar, pelaburan amat penting kepada negara ini. Segala prasarana dan insentif serta inisiatif diperlukan bagi mengekalkan pelabur-pelabur sedia ada mahupun menarik pelabur-pelabur baru. Secara mudahnya, lagi banyak pelabur, lagi terjaminlah pendapat rakyat. Dan secara mudahnya juga, lagi banyak pelabur, bermakna rakyat akan memperolehi pendapatan tinggi.

Namun itu hanya di atas kertas. Masalah dan sikap sebenar kerajaan dalam hal ini seringkali berbolak-balik. Dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan mewujudkan pendapatan tinggi untuk rakyat, kerajaan terpaksa pula membawa masuk lebih ramai pekerja-pekerja dari luar yang sebahagian besarnya adalah pekerja-pekerja tidak terlatih.

Lebih malang lagi apabila pendapatan tinggi yang diuar-uarkan sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana kecenderungan pihak pelabur dan pengilang-pengilang menggunakan tenaga buruh yang lebih murah yang datangnya dari negara-negara luar. Isu yang menjadi duri dalam daging iaitu kedatangan pendatang asing yang tidak terhitung jumlahnya dan seolah-olah tiada kawalan, menambahkan lagi PEMBOHONGAN PENDAPATAN TINGGI yang dicanangkan.

Rakyat seringkali dihadapkan dengan pelbagai isu-isu politik yang sebenarnya kalau dilihat secara terus-terang, ia bukanlah satu isu yang besar. Baik Pakatan mahupun Barisan Nasional, isu-isu yang diangkat sebenarnya isu-isu yang sangat remeh dan bersifat KEBODOH-BODOHAN.

Mat Sabu mengangkat isu komunis... maka seluruh negara bertepuk tampar sakan sebab marah dengan kenyataan Mat Sabu kerana memperwirakan Mat Indera dan komunis di samping memperkecil-kecilkan sumbangan para pemimpin UMNO seperti Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar.

Anwar Ibrahim dengan cerita PUNGGUNG dan KOTE BENGKOKnya sentiasa mencari-cari ruang untuk membangkitkan emosi rakyat. Isu-isu lain yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sekadar untuk menyokong kejahatan KOTE BENGKOKnya dan tidak lebih daripada itu. Ia ibarat menyimbah petrol di dalam api yang sedang menyala. Lebih marak nyalaannya, lagi mudah Anwar menyelamatkan diri dari hukuman. Lagi cepat rakyat memberontak, lagi cepat KOTE BENGKOKnya boleh bermaharajalela tanpa sebarang ancaman bahaya.

Hakikatnya rakyat di bawahan sentiasa dipermain-mainkan dengan pelbagai isu yang tidak sepatutnya diambil berat. Senang cerita, isu-isu yang diutarakan semuanya isu-isu bersifat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan rakyat.

Isu cincin 24 juta ringgit, adalah isu balas dendam dan isu untuk memalukan Rosmah Mansor. Ia tidak ada kena-mengena dengan rakyat langsung, kecuali Chegu Bard yang kata bahawa ia isu rakyat.

Sedangkan isu rakyat yang sebenarnya iaitu penanggungan kos berlebihan, tidak pernah diambilkira. Kalau ada disebut pun, sekadar untuk menaikkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, bukan untuk rakyat. Perjuangan terhadap rakyat, tidak dilakukan oleh ahli-ahli politik dengan sewajarnya. Masing-masing menjadikan isu untuk diri mereka dan parti yang mereka wakili.

Kalau Anwar kata, kos hidup rakyat semakin tinggi, susulannya ialah, pilih Pakatan Rakyat, maka kos akan turun automatik. Satu pembohongan yang sangat nyata dan sebenarnya mengajak rakyat untuk terus jadi bodoh.

Sedangkan di pihak kerajaan pula, alasan yang diberikan ialah kos perlu diserap. Harga perlu diseimbangkan dengan harga dunia. Harga di Malaysia jauh lebih murah berbanding harga di negara-negara jiran. Dan seribu satu macam alasan lain yang bersifat MEMBODOH-BODOHKAN rakyat sahaja.

Kehidupan dan kesejahteraan rakyat, tidak hanya boleh dijamin oleh politik yang stabil dan perancangan yang lebih teliti, sebaliknya berdasarkan BERAPA BANYAK DUIT YANG RAKYAT ADA selepas mereka berbelanja untuk barangan keperluan.

Sebarang kenaikan yang dibuat oleh kerajaan, akan menambahkan beban kepada rakyat. Tidak guna cerita tentang kejayaan kerajaan menarik pelaburan yang berjumlah ratusan bilion ringgit kalau rakyat sebenarnya tidak melihat sendiri keuntungan itu di dalam dompet dan kocek mereka.

Justeru, kenaikan cukai kad prabayar yang diluluskan oleh kerajaan yang enggan mengurangkan perbendaharaan negara tetapi memaksa rakyat untuk menampung tekanan dan permintaan syarikat-syarikat korporat sebenarnya meletakkan kerajaan ke jurang kehancuran.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan 6% punya fasal, Kerajaan Barisan Nasional akan menjadi kerajaan dalam muzium seperti kerajaan Parti Nasional pimpinan Sukarno yang hanya wujud dalam buku teks mereka sahaja!!!

Petikan asal Dari - Parpu Kari

Pasangan Kekasih Minum Racun | Lelaki Mati Dipelukan Teman Wanita


Kisah cinta bak ‘Romeo dan Juliet’ sepasang kekasih yang sepatutnya mengecapi kebahagiaan berakhir dengan tragedi apabila si lelaki maut manakala teman wanitanya pula parah selepas mereka meminum racun serangga setelah kecewa hubungan itu dihalang keluarga.

Kejadian pukul 8 pagi di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Rantau dekat sini semalam itu mengakibatkan Muhammad Faizal Raj Abdullah, 28, mati di tempat kejadian manakala Zuzziana Rahmat, 18, pula parah dan dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban di sini.

Difahamkan, Muhammad Faizal yang baru beberapa bulan memeluk Islam berasal dari Nilai manakala Zuzziana berasal dari Sungai Pelek, Selangor.

Pasangan itu ditemui dalam keadaan berpelukan di lantai ruang tamu oleh jiran mereka, Suthir Baba, 26, sebaik dia pulang dari kerja.

Selain bekas minuman berisi sejenis cecair berwarna putih disyaki racun serangga, turut dijumpai dekat pasangan itu ialah sekeping nota yang tertulis mereka berbuat demikian kerana kecewa selepas hubungan cinta dihalang keluarga.

Mengimbau semula kejadian itu, Suthir memberitahu, sebaik sampai di rumah, dia ternampak wanita berkenaan keluar rumah untuk membuka pintu pagar sebelum masuk semula.

Katanya, tidak lama kemudian, dia merasa pelik apabila terdengar bunyi orang bernafas dengan kuat dari dalam rumah mangsa.

“Saya kemudian mengajak beberapa lagi jiran untuk meninjau dan terkejut apabila mendapati wanita itu sudah terbaring di dada Muhammad Faizal. Kedua-duanya sudah kejang dengan mulut masing-masing keluar buih.

“Kami kemudian cuba membawa kedua-dua mangsa ke dalam kereta milik Muhammad Faizal untuk dibawa ke hospital tetapi malang kenderaan itu pula gagal dihidupkan sebelum menghubungi ambulans,” ceritanya di sini semalam.

Berlian Golden Eye Dilelong dengan Harga RM8.42 juta

CLEVELAND - Satu berlian berwarna kuning yang dikenali sebagai Golden Eye dilelong pada harga AS$2.8 juta (RM8.42 juta).

Pemenang bidaan berlian itu tidak didedahkan kerana Perkhidmatan Marshal Amerika Syarikat (AS) akan memeriksa latar belkang pembeli baharunya terlebih dahulu.

Berlian itu dilelong kelmarin dengan 16 orang menyertai bidaan untuk memilikinya.

Ia merupakan milik seorang ahli perniagaan di Ohio, AS yang disabitkan dengan kesalahan penggubahan wang haram dan konspirasi.

Menurut pendakwa raya, ahli perniagaan itu cuba untuk menjual berlian itu dan sebuah hartanah yang pernah menjadi milik bekas petinju terkenal, Mike Tyson kepada seorang ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang sedang menyamar pada harga AS$19.5 juta (RM58.64 juta) selain sebuah bot.

Berlian itu kemudian dirampas oleh kerajaan.

Bidaan di online bermula pada Selasa lalu dengan hanya empat pembida sebelum bertambah menjadi 16 pembida.

- Agensi

Shinta Bachir Tayang Buah Dada Untuk Filem Terbaru

SHINTA BACHIR terkenal dengan penampilan berani dalam filem-filem yang dibintanginya.

Terbaru, artis berusia 25 tahun ini nekad tampil seksi dengan menunjukkan sebahagian buah dadanya dalam filem terkininya, Mati Muda Di Pelukan Janda.

Shinta mengungkapkan sebelum menerima peranan itu, dia sudah memikirkan secara matang untuk melakukan adegan tersebut.

"Saya akan lakukannya dengan cara yang profesional," tegasnya.

Sebelum ini sempat tersiar khabar, pelakon itu bersetuju untuk tampil seksi kerana menerima bayaran yang mahal. Saat ditanya tentang hal tersebut, Shinta mengaku sudah jatuh hati dengan peranan yang ditawarkan.

"Saya terima peranan itu kerana tertarik dengan wataknya. Saya akan menjadi seorang janda yang nakal. Itu (watak) yang lebih saya utamakan," balas pelakon itu.

Malah dia juga sudah bersiap sedia dengan kontroversi yang bakal dihadapinya nanti. Dia juga berani menanggung impak yang bakal tercetus.

Katanya: "Jika esok nanti ia menjadi kontroversi, saya melihat itu sebagai satu tuntutan kerja saya dan saya melakukannya dengan profesional."

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons