Thursday, 22 September 2011

Kenyataan Dr Brian McDonald

Dr Brian McDonald semakin KANTOII... Anwar makin hilang akal... Perbicaraan kes liwat Dato’ Seri Anwar semakin menarik semalam apabila pendakwaraya mempersoalkan ‘kejujuran’ saksi pembela yang merupakan ‘pakar’ DNA dari Australia, Dr. Brian McDonald. Bagaimanapun Dr. Brian berkali-kali mengelak kejujurannya dipersoal dengan menganggap yang ianya tidak relevan. Sebelum ini, apabila disoalbalas oleh pihak pembela, Dr. Brian telah memperlekehkan kepakaran tempatan dan dengan yakin mencadangkan bahawa pakar tempatan telah melakukan kesilapan dalam pengambilan sampel DNA. Namun, apabila transkrip mengenai perkara tersebut dibacakan, beliau terpaksa akur bahawa kenyataannya sebelum ini adalah silap. Dr. Brian mungkin mempunyai mentaliti...

Dr.M Cabar PAS Laksana Hudud Segera

TANJUNG MALIM 21 Sept. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya melaksanakan hukum hudud dengan segera memandangkan beliau bukan lagi seorang Perdana Menteri. Ini kerana, selama menjadi pemerintah negara, beliau sering dianggap sebagai penghalang kepada pelaksanaan hukum tersebut di negeri itu. “Saya bukan Perdana Menteri dah, pasal apa tak laksanakan (hudud). “Pergilah tanya Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak) kalau dia nak bagi... Ini dia (Nik Aziz) asyik salahkan saya kononnya kerana saya, (Pas) tak dapat laksana hukum hudud,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan syarahan perdana Za’ba bertajuk...

Najib & Isteri Mohon Ketepi Sapina

KUALA LUMPUR 21 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk mengetepikan sapina yang menghendaki mereka sebagai saksi pembelaan dalam kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam permohonan tersebut, mereka menamakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dan pihak pendakwaan sebagai pihak responden. Kira-kira 45 minit selepas permohonan itu difailkan pada pukul 3.30 petang ini, pihak media dimaklumkan bahawa kesemua pihak yang terlibat akan bertemu dengan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah esok bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan berkenaan. Permohonan tersebut difailkan di Kaunter Pendaftaran Mahkamah...

Mat Sabu Didakwa Burukkan Nama Polis

BUTTERWORTH 21 Sept. – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tuduhan membuat tohmahan memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka yang terlibat dalam tragedi serangan pengganas komunis di Balai Polis Bukit Kepong. Beliau didakwa melakukan perbuatan itu dalam ceramahnya di Pusat Asuhan Tadika Islam (Pasti) Al Fahmi, Markas Tarbiyah Pas Padang Menora, Tasek Gelugor antara pukul 10 malam hingga 12 tengah malam, 21 Ogos lalu. Mohamad atau Mat Sabu dipercayai ahli politik pertama yang didakwa di mahkamah atas tuduhan membuat tohmahan terhadap anggota polis dan kaum keluarga mereka yang terlibat dalam peristiwa bersejarah yang berlaku lebih 60 tahun lalu di Johor. Dalam...

Apek Hebat nafi Jepun berpesta gol

KUALA LUMPUR - Tewas 0-2 kepada Jepun mungkin bukan satu keputusan yang memalukan. Namun hakikatnya persembahan hambar skuad Olimpik negara ketika berdepan pasukan No.1 Asia pada aksi pembukaan Kumpulan C Kelayakan Olimpik semalam, memberi gambaran tentang tahap bola sepak kita masih ketinggalan berbanding negara tuan rumah. Jika bukan kerana ketangkasan penjaga gol yang juga ketua pasukan, Khairul Fahmi Che Mat, skuad negara mungkin dibolosi dengan jumlah jaringan yang jauh lebih besar. Beraksi di hadapan kira-kira 23,000 penyokong Blue Samurai di Stadium Tosu, Fukuoka, Harimau Muda bagaikan kehilangan taring, langsung tidak mengaum. Sejak awal permainan, barisan pertahanan skuad Ong Kim Swee begitu mudah dilepasi oleh rangkaian serangan...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons