Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat bantahan keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat.
Menurut beliau, sekutu mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tetapi ia tidak menyekat niat PAS untuk melaksanakan hudud.
"Setiap parti mempunyai pandangan berbeza tetapi kami masih bekerjasama menerusi pelbagai pendekatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis ramah-mesra PAS di Pantai Pandak di sini, Sabtu.
Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan.
"Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten. Malah amat memeranjatkan apabila ada segelintir...