Friday, 14 October 2011

Pencen dibayar awal sempena Deepavali

KUALA LUMPUR - Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 19 hingga 31 Okt boleh menunaikan waran mereka pada 18 Oktober. Pembayaran awal pencen itu diputuskan kerajaan sempena perayaan Deepavali pada 26 Oktober. Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pesara yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran itu di bank berkenaan mulai 18 Oktober. - Bern...

Bob Lokman Lebih Rela Ke Penjara

SHAH ALAM - Penulis lirik, pelawak dan pengacara terkenal, Bob Lokman berkeras tidak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selasa lalu. Sebaliknya, Bob atau nama sebenarnya, Muhammad Ha­kim Lokman, 47, lebih rela mendapat waran tangkap oleh mahkamah dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau itu dilihat satu kesalahan besar. Bob berkata, pendirian tegas itu dibuat memandangkan arahan Jais itu dilihat cubaan untuk jabatan agama itu ‘me-nunjukkan’ kuasa mereka dan tidak boleh diterima. “Kalau hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan menyerah kalah kerana apa yang saya...

SPR Pamerkan 40,000 Nama Pemilih Meragukan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamer senarai 40,000 nama pemilih tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan me-ngunjungi pejabat SPR. “Ada maklumat tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. “Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun mati,” katanya selepas merasmikan Taklimat Perse-diaan Menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR di sini, semalam. Bagaimanapun, Abdul Aziz menyifatkan jumlah...

Nama-nama 10 Artis Yang sertai Umno

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno. Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi. Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF. Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno". Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan. - Malaysiakini&nb...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons