SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamer senarai 40,000 nama pemilih tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan me-ngunjungi pejabat SPR.
“Ada maklumat tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya.
“Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun mati,” katanya selepas merasmikan Taklimat Perse-diaan Menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR di sini, semalam.
Bagaimanapun, Abdul Aziz menyifatkan jumlah 40,000 pemilih yang tidak pasti tersebut sebagai satu bilangan yang kecil dan pihaknya dalam proses memperbaiki.
“Dalam proses memperbaiki, kita pecahkan mengikut negeri, Dewan Undangan Negeri (Dun). Kita akan pamerkan supaya orang ramai dapat lihat dan beritahu SPR jika ada maklumat,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, taklimat dianjurkan itu adalah sebagai persediaan dalam menghadapi PRU13.
“Ini adalah proses taklimat biasa, bukanlah signal bahawa PRU13 akan dilakukan dalam masa terdekat.
“SPR perlu bersedia lebih awal agar perjalanan pilihanraya licin dan kita tidak mahu terperangkap dengan pengumuman tidak rasmi oleh pihak tertentu,” katanya.
Abdul Aziz berkata, SPR memerlukan 160, 000 petugas pada PRU nanti.
0 comments:
Post a Comment