Saturday 10 September 2011

Antara Silap & Sial





Antara masalah yang paling besar melanda UMNO-BN ialah bersikap terlalu korporat. Semua orang nampak macam mana UMNO-BN yang menjadi tulang belakang kerajaan sekarang, melihat laba besar. Dalam keadaan ekonomi kurang memuncak, UMNO-BN dan para pembesarnya sibuk membicarakan tentang pelaburan yang masuk ke dalam negara.


Memang benar, pelaburan amat penting kepada negara ini. Segala prasarana dan insentif serta inisiatif diperlukan bagi mengekalkan pelabur-pelabur sedia ada mahupun menarik pelabur-pelabur baru. Secara mudahnya, lagi banyak pelabur, lagi terjaminlah pendapat rakyat. Dan secara mudahnya juga, lagi banyak pelabur, bermakna rakyat akan memperolehi pendapatan tinggi.

Namun itu hanya di atas kertas. Masalah dan sikap sebenar kerajaan dalam hal ini seringkali berbolak-balik. Dalam usaha meningkatkan pendapatan rakyat dan mewujudkan pendapatan tinggi untuk rakyat, kerajaan terpaksa pula membawa masuk lebih ramai pekerja-pekerja dari luar yang sebahagian besarnya adalah pekerja-pekerja tidak terlatih.

Lebih malang lagi apabila pendapatan tinggi yang diuar-uarkan sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana kecenderungan pihak pelabur dan pengilang-pengilang menggunakan tenaga buruh yang lebih murah yang datangnya dari negara-negara luar. Isu yang menjadi duri dalam daging iaitu kedatangan pendatang asing yang tidak terhitung jumlahnya dan seolah-olah tiada kawalan, menambahkan lagi PEMBOHONGAN PENDAPATAN TINGGI yang dicanangkan.

Rakyat seringkali dihadapkan dengan pelbagai isu-isu politik yang sebenarnya kalau dilihat secara terus-terang, ia bukanlah satu isu yang besar. Baik Pakatan mahupun Barisan Nasional, isu-isu yang diangkat sebenarnya isu-isu yang sangat remeh dan bersifat KEBODOH-BODOHAN.

Mat Sabu mengangkat isu komunis... maka seluruh negara bertepuk tampar sakan sebab marah dengan kenyataan Mat Sabu kerana memperwirakan Mat Indera dan komunis di samping memperkecil-kecilkan sumbangan para pemimpin UMNO seperti Tunku Abdul Rahman dan Onn Jaafar.

Anwar Ibrahim dengan cerita PUNGGUNG dan KOTE BENGKOKnya sentiasa mencari-cari ruang untuk membangkitkan emosi rakyat. Isu-isu lain yang dibawa oleh Anwar Ibrahim sekadar untuk menyokong kejahatan KOTE BENGKOKnya dan tidak lebih daripada itu. Ia ibarat menyimbah petrol di dalam api yang sedang menyala. Lebih marak nyalaannya, lagi mudah Anwar menyelamatkan diri dari hukuman. Lagi cepat rakyat memberontak, lagi cepat KOTE BENGKOKnya boleh bermaharajalela tanpa sebarang ancaman bahaya.

Hakikatnya rakyat di bawahan sentiasa dipermain-mainkan dengan pelbagai isu yang tidak sepatutnya diambil berat. Senang cerita, isu-isu yang diutarakan semuanya isu-isu bersifat peribadi dan tidak ada kena-mengena dengan rakyat.

Isu cincin 24 juta ringgit, adalah isu balas dendam dan isu untuk memalukan Rosmah Mansor. Ia tidak ada kena-mengena dengan rakyat langsung, kecuali Chegu Bard yang kata bahawa ia isu rakyat.

Sedangkan isu rakyat yang sebenarnya iaitu penanggungan kos berlebihan, tidak pernah diambilkira. Kalau ada disebut pun, sekadar untuk menaikkan Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat, bukan untuk rakyat. Perjuangan terhadap rakyat, tidak dilakukan oleh ahli-ahli politik dengan sewajarnya. Masing-masing menjadikan isu untuk diri mereka dan parti yang mereka wakili.

Kalau Anwar kata, kos hidup rakyat semakin tinggi, susulannya ialah, pilih Pakatan Rakyat, maka kos akan turun automatik. Satu pembohongan yang sangat nyata dan sebenarnya mengajak rakyat untuk terus jadi bodoh.

Sedangkan di pihak kerajaan pula, alasan yang diberikan ialah kos perlu diserap. Harga perlu diseimbangkan dengan harga dunia. Harga di Malaysia jauh lebih murah berbanding harga di negara-negara jiran. Dan seribu satu macam alasan lain yang bersifat MEMBODOH-BODOHKAN rakyat sahaja.

Kehidupan dan kesejahteraan rakyat, tidak hanya boleh dijamin oleh politik yang stabil dan perancangan yang lebih teliti, sebaliknya berdasarkan BERAPA BANYAK DUIT YANG RAKYAT ADA selepas mereka berbelanja untuk barangan keperluan.

Sebarang kenaikan yang dibuat oleh kerajaan, akan menambahkan beban kepada rakyat. Tidak guna cerita tentang kejayaan kerajaan menarik pelaburan yang berjumlah ratusan bilion ringgit kalau rakyat sebenarnya tidak melihat sendiri keuntungan itu di dalam dompet dan kocek mereka.

Justeru, kenaikan cukai kad prabayar yang diluluskan oleh kerajaan yang enggan mengurangkan perbendaharaan negara tetapi memaksa rakyat untuk menampung tekanan dan permintaan syarikat-syarikat korporat sebenarnya meletakkan kerajaan ke jurang kehancuran.

Tidak keterlaluan kalau dikatakan 6% punya fasal, Kerajaan Barisan Nasional akan menjadi kerajaan dalam muzium seperti kerajaan Parti Nasional pimpinan Sukarno yang hanya wujud dalam buku teks mereka sahaja!!!

Petikan asal Dari - Parpu Kari

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons