Saturday, 10 September 2011

Jadual Piala Malaysia 2011 Akan Dipinda

JADUAL perlawanan suku akhir sehingga final saingan Piala Malaysia 2011 akan diubah.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) semalam telah memutuskan pindaan tersebut bagi memberikan laluan kepada skuad kebangsaan yang akan menentang Australia dalam satu perlawanan persahabatan pada 7 Oktober depan.

Naib Presiden FAM, Datuk Ha- midin Mohd. Amin (gambar) berkata, keputusan itu dibuat selepas mesyuarat khas kali ke-11 yang mana ahli-ahli jawatankuasa FAM telah bersetuju untuk meminda tarikh suku akhir pertama Piala Malaysia pada 10 Oktober nanti.

Menurutnya, perubahan tarikh tersebut adalah untuk memberi ruang kepada pemain-pemain skuad kebangsaan di bawah bimbingan Datuk K. Rajagopal yang akan berlepas pada 4 hingga 8 Oktober ini ke Sydney untuk aksi persahabatan menentang Australia.

"Suku akhir Piala Malaysia 2011 pusingan kedua berlangsung pada 14 Oktober, manakala separuh akhir pertama dan kedua akan bermula pada 18 dan 22 Okto- ber depan.

"Sementara tarikh final Piala Malaysia 2011 ditetapkan pada 29 Oktober," katanya ketika ditemui di Wisma FAM, Kelana Jaya semalam.

Katanya, pemain skuad kebangsaan masih boleh beraksi untuk kelab dan persatuan negeri masing-masing pa- da peringkat suku akhir pertama dan kedua.

Dalam masa yang sama, Hamidin juga menjelaskan status pemain- pemain bawah 23 tahun yang dipilih dalam lati- han pusat untuk ke Sukan SEA akan diberi pelepasan dua hari lebih awal daripada pasukan masing-masing yang menghadapi suku akhir Piala Malaysia.

"Ini kerana mereka juga akan terlibat dalam Kejohanan Vietnam Football Federation (VFF) yang bakal berlangsung pada 17 hingga 24 Oktober depan sebagai persiapan awal untuk memperta- hankan pingat emas Sukan SEA," katanya.

Dalam perkembangan lain, Ha- midin juga mengingatkan semua persatuan negeri dan kelab supaya menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pega- wai jika mahu kekal beraksi dalam saingan Liga Super tahun depan.

Menurutnya, FAM tidak akan teragak-agak untuk menggantung mana-mana persatuan negeri dan kelab yang gagal menyelesaikan masalah tunggakan gaji para pemain dan pegawai sebelum 31 Oktober depan.

"Andai kata persatuan negeri dan kelab gagal menghantar dokumen yang sepatutnya dan juga gagal menyelesaikan isu tunggakan gaji pemain dan pegawai, pihak FAM tidak akan membenarkan pasukan itu beraksi di Liga Super 2012.

"Ini kerana, pihak FAM mahukan persatuan negeri dan kelab bertindak secara profesional dan juga, demi menjaga kebaikan bola sepak negara.

"Saya menyeru dalam tempoh dua bulan dari sekarang, selesai- kan segera masalah dalaman tersebut dan jangan memberikan alasan yang pihak FAM tidak pernah memberikan amaran kepada mana-mana pasukan," katanya.

0 comments:

Post a Comment

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons