SAMARINDA 2 Okt. - Pasangan wanita Malaysia berjaya menyekat penguasaan China apabila menjuarai acara regu wanita kejohanan Indonesia Grand Prix Gold 2011 yang berlangsung di sini hari ini.
Vivian Hoo Kah Mun dan Woon Khe Wei menewaskan pasangan China, Yixin Bao dan Zhong Qianxin 19-21, 21-19 dan 21-18 dalam perlawanan yang berlangsung selama sejam 15 minit.
Juara perseorangan wanita pula menjadi milik pemain China, Chen Xiao Jia yang mengalahkan pemain Perancis, Pi Hongyan dengan 19-21, 21-15, dan 21-17.
Sementara itu, He Hanbin/Yixin Bao merangkul gelaran juara beregu campuran selepas menentang rakan sepasukan Xu Chen/Ma Jin. Setelah menang 21-19 di set pertama, He Hanbin/Yixin Bao diumumkan sebagai pemenang setelah lawan mereka mengundurkan diri kerana cedera. - Agensi
0 comments:
Post a Comment