Tuesday, 29 November 2011

Ogy Nekad Saman Johan

KUALA LUMPUR – Diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), baru-baru ini. Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior. Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu. “Dia...

Monday, 28 November 2011

Gambar Bogel Nicole Scherzinger

MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang. Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya. Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema etnik. Gambar ala bidadari bogel itu...

Malaysia Tewas 2-3 Kepada Bahrain

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua. Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan. Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna,...

Sunday, 27 November 2011

Gambar Apek Khairul Fahmi & Shida Harmi?

Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini. Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi. Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri. Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip. Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kami percaya...

Wednesday, 23 November 2011

Wanita dapat muka baharu dipuji cantik

Pembedahan plastik - Plastic surgery - Muka baru - Kemalangan - Wanita dapat muka baru dipuji cantik - Muka rosak Wanita Dapat Muka Baharu Dipuji CantikGAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur...

Thursday, 17 November 2011

Kes video seks: Polis ambil keterangan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan atas dakwaan memberi maklumat palsu dalam laporan polis berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan beliau Mac lalu. Anwar tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.Pemimpin parti pembangkang itu berkata beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu."Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terbabit dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk...

Friday, 11 November 2011

Memalukan saya - Chef Wan

CHEF Wan (tengah) bersama Chef Riz dan seorang lagi anaknya, Serina.KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka...

Thursday, 10 November 2011

Anak mengadu sakit perut rupanya hendak bersalin

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin.Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.Menurut...

‘Sayang Nabila...’

KENANGAN...Zaidy dan Nabila pada majlis persandingan mereka.KUALA LUMPUR: “Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet.Aksi Nabila dalam gambar itu dicemuh dan dikritik hebat peminat tambahan pula Nabila baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu.Zaidy ketika dihubungi semalam, berkata dia terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila.“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,”...

Bob Lokman Beri Keterangan

KUALA LUMPUR: Penulis lirik serta pelawak, Muhammad Hakim Lokman atau Bob Lokman, 47, akhirnya tampil memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, semalam.Bob Lokman yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Hulu Langat, Oktober lalu, dikenakan perintah waran tangkap selepas gagal hadir memberi keterangan kepada JAIS. Susulan keterangan itu, Bob yang tampil seorang diri di pejabat JAIS dijangka dihadapkan ke mahkamah berhubung kes berkenaan, Februari 2012. Sumber JAIS ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.“Bob sudah tampil pagi tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.Pada 10 Oktober lalu, pelakon dan pengacara ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor)...

Wednesday, 9 November 2011

20 Penjenayah Rompak Enam Beranak Tonton Televisyen

Letchumanan yang cedera dirompak ketika menonton televisyendi rumahnya di Ladang Alfa Bernam, Hutan Melintang malam kelmarin.HUTAN MELINTANG – Enam sekeluarga yang leka menonton televisyen dengan pintu rumah terbuka dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu tidak diundang merompak rumah mereka di Ladang Alfa Bernam dekat sini kelmarin.Semasa kejadian pada pukul 11 malam, M. Letchumanan, 56, cedera parah ditetak di kepala dan dada oleh kumpulan penyamun yang turut disertai empat wanita.Letchumanan memberitahu, dia, isteri dan empat anaknya tergamam melihat kehadiran penjenayah itu yang masing-masing bertopeng dan bersenjatakan parang atau besi mengepung mereka di ruang tamu rumah.Penjenayah yang kelihatan bengis itu kemudian mengarahkan...

Avril Lavigne Sembuh Lepas Diserang Ahad Lalu

09/11/2011 2:35amLOS ANGELES 9 Nov. – Penyanyi Kanada, Avril Lavigne dan teman lelakinya dilaporkan telah sembuh selepas diserang di luar Hotel Roosevelt di Hollywood Ahad lalu.Laman web selebriti, TMZ.com melaporkan, lima orang menyerang Lavigne dan Brody Jenner di luar hotel ikonik Hollywood itu.Lavigne, 27, turut menceritakan insiden itu dalam Twitternya dan memberitahu dia mengalami lebam di mata, hidung berdarah dan luka akibat serangan itu. – REUTERSSumber : Utusan Malaysia Onl...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons