Friday, 2 December 2011

Perkahwinan propa ~ Siapa Artis Yang Dimaksudkan?!

~ Gambar Sekadar Hiasan ~SOSEH SOSEH: Perkahwinan propa?BUKAN main hebat lagi SS dengar perkahwinan seorang selebriti ini, sampaikan SS hampir tertelan biji kedondong. Bukannya apa sebab terkejut dengan nilai hantaran dan konsep perkahwinannya.Masakan tidak, nilai perkahwinannya ibarat boleh beli 10 biji rumah mewah di Mutiara Damansara. Sebenarnya SS tak kisah pun berapa juta atau berapa bilion pun wang yang ingin dilaburkan untuk majlis perkahwinan selagi mereka mampu. Terpulanglah duit masing-masing. Sumpah! SS sedikitpun tidak terdetik perasaan cemburu. Tapi SS teringat perihal keluarga teman lama SS dan keluarga SS sendiri pernah merancang adakan majlis perkahwinan yang ‘grand’, tapi SS minta cukuplah sekadar majlis pernikahan yang sederhana...

Tuesday, 29 November 2011

Ogy Nekad Saman Johan

KUALA LUMPUR – Diva industri hiburan tanahair, Fauziah Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy bakal mengambil tindakan saman terhadap pelakon komedi, Johan Raja Lawak, atas beberapa insiden ketika sama-sama menjadi pengacara di Festival Filem Malaysia ke-24 (FFM 24), baru-baru ini. Difahamkan bahawa Ogy telah berbincang dengan peguam peribadinya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Johan kerana mempersendakan kedua arwah ibubapanya, mempermainkan tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW dan memperkecilkan dirinya sebagai pelakon yang lebih senior. Ogy juga menyifatkan kenyataan-kenyataan Johan itu sebagai kurang ajar, satu penghinaan dan beliau tidak mampu untuk bertolak ansur dengan kebiadapan pasangan pengacaranya malam itu. “Dia...

Monday, 28 November 2011

Gambar Bogel Nicole Scherzinger

MANTAN anggota The Pussycat Dolls, Nicole Scherzinger kembali hadir dengan berita sensasi. Selepas dilaporkan sudah mempunyai kekasih baharu walau baru sahaja putus cinta, dia kini menghangatkan dunia hiburan dengan sekeping gambar bogel! Gambar tersebut menunjukkan bahagian belakang badannya tanpa seurat benang. Gambar bogel tersebut dirakamkan oleh jurugambar Raphael Mazzucco menyaksikan badannya hanya dihiasi mahkota dan kalung bunga-bunga pada bahagian atas badan seperti menjadikan dia seorang bidadari dalam keadaan berbogel yang tidak sengaja dirakam gambarnya. Sementara itu pada bahagian pinggang, punggung dan paha juri program realiti X Factor ini pula, ia seakan dilukis dengan gambar bertema etnik. Gambar ala bidadari bogel itu...

Malaysia Tewas 2-3 Kepada Bahrain

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi. Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua. Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan. Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna,...

Sunday, 27 November 2011

Gambar Apek Khairul Fahmi & Shida Harmi?

Awal malam tadi, kami menerima satu e-mail dari satu alamat yang di’ragui mengandungi gambar gambar yang bakal anda lihat selepas ini. Jika anda masih ingat, sekitar Ogos 2011 yang lalu ketika Malaysia sedang hangat kisah tunang Khairul Fahmi Che Mat & Elia, ada satu watak sampingan bernama Shida Harmi. Kami amat pasti penghantar e-mail yang kami (dan beberapa rakan media lain) terima ini merupakan kenalan rapat atau mungkin Shida Harmi sendiri. Dan, kami sedikit ragu dengan motif sebenar pendedahan ini ketika Khairul Fahmi kembali ke puncak sanjungan peminat selepas kejayaan demi kejayaan yang tidak sedikit pun terganggu dek gossip. Set gambar yang kami terima turut mengandungi dua screenshot Blackberry Messenger (BBM) yang kami percaya...

Wednesday, 23 November 2011

Wanita dapat muka baharu dipuji cantik

Pembedahan plastik - Plastic surgery - Muka baru - Kemalangan - Wanita dapat muka baru dipuji cantik - Muka rosak Wanita Dapat Muka Baharu Dipuji CantikGAMBAR fail pada 11 Ogos lalu menunjukkan wajah Charla Nash (kiri) selepas dia diserang seekor cimpanzi.Gambar kanan menunjukkan wajahnya selepas dia menjalani pembedahan pemindahan muka di Hospital Wanita Brigham, Massachusetts pada Mei 2011.HARTFORD, Amerika Syarikat (AS) – Seorang wanita yang diserang seekor cimpanzi menyatakan dia lebih kerap keluar rumah selepas menjalani pembedahan pemindahan muka dan wajah baharunya itu dipuji cantik.Wanita berkenaan, Charla Nash memberitahu program bual bicara terbitan NBC, Today, wajah penderma organ yang diperolehinya itu mula berubah menurut struktur...

Thursday, 17 November 2011

Kes video seks: Polis ambil keterangan Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim dipanggil memberi keterangan atas dakwaan memberi maklumat palsu dalam laporan polis berhubung kes rakaman video seks yang didakwa membabitkan beliau Mac lalu. Anwar tiba di Balai Polis Kepong kira-kira 3.15 petang tadi dengan ditemani isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat, sebelum memberi keterangan kepada polis selama sejam.Pemimpin parti pembangkang itu berkata beliau dipanggil memberi keterangan mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu."Saya diminta hadir memberi keterangan kerana ada laporan oleh DSP Shanmugam terhadap saya berhubung laporan (penafian terbabit dalam video seks) terdahulu. Oleh yang demikian, saya tampil untuk...

Friday, 11 November 2011

Memalukan saya - Chef Wan

CHEF Wan (tengah) bersama Chef Riz dan seorang lagi anaknya, Serina.KUALA LUMPUR - Chef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail menganggap isu memperincikan butiran profil kelayakan secara berlebihan anaknya, Chef Mohd. Nadzri atau Chef Riz sebagai satu perkara yang memalukan bukan sahaja kepada anaknya tetapi diri beliau dan seluruh ahli keluarga.Beliau yang lebih dikenali sebagai Chef Wan melahirkan rasa kecewa dan sedih dengan tindakan anak lelakinya itu melalui kenyataan terbuka di laman sosial Facebook miliknya semalam.Beliau turut meminta Chef Riz, 29, memohon maaf kepada orang ramai dan menerima apa sahaja kesan terhadap apa yang dilakukannya itu.Katanya, Chef Riz mungkin tidak faham bahawa apabila menjadi terkenal dan berbakat, maka...

Thursday, 10 November 2011

Anak mengadu sakit perut rupanya hendak bersalin

KUALA LUMPUR: Luluh hati seorang bapa apabila mengetahui anak perempuannya berusia 15 tahun yang mengadu sakit perut ketika menghadiri majlis kenduri saudara di Sungai Petani, Kedah kelmarin sebenarnya sakit hendak bersalin.Rahsia itu terbongkar apabila doktor yang merawat remaja perempuan berkenaan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani, mengesahkan sakit perut yang dialami itu kerana hendak melahirkan anak.Bapa berusia 41 tahun itu hanya menyedari kejadian berkenaan kira-kira jam 10.30 pagi selepas dimaklumkan doktor merawat remaja terbabit menyebabkan dia kebingungan.Difahamkan, remaja terbabit dan bapanya yang menetap di Selangor, pulang ke kampung halaman sejak seminggu lalu untuk menghadiri majlis perkahwinan saudara mereka.Menurut...

‘Sayang Nabila...’

KENANGAN...Zaidy dan Nabila pada majlis persandingan mereka.KUALA LUMPUR: “Saya sayang bekas isteri saya 200 peratus, kalau dia berubah saya bersedia menerimanya dengan hati terbuka,” kata Zaidy Zailani, 30, bekas suami pelakon kontroversi, Nabila Huda Suhaimi, 27, ketika ditanya mengenai gambar bekas isterinya bercium dengan seorang lelaki di sebuah pulau peranginan yang tersebar di Internet.Aksi Nabila dalam gambar itu dicemuh dan dikritik hebat peminat tambahan pula Nabila baru saja bercerai dengan Zaidy pertengahan Oktober lalu.Zaidy ketika dihubungi semalam, berkata dia terkejut dengan penyebaran gambar itu dan kurang senang dengan perlakuan Nabila.“Saya terkejut selepas dimaklumkan rakan mengenai gambar itu dan saya tidak mahu melihatnya,”...

Bob Lokman Beri Keterangan

KUALA LUMPUR: Penulis lirik serta pelawak, Muhammad Hakim Lokman atau Bob Lokman, 47, akhirnya tampil memberi keterangan di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), di sini, semalam.Bob Lokman yang menyampaikan ceramah tanpa tauliah di Hulu Langat, Oktober lalu, dikenakan perintah waran tangkap selepas gagal hadir memberi keterangan kepada JAIS. Susulan keterangan itu, Bob yang tampil seorang diri di pejabat JAIS dijangka dihadapkan ke mahkamah berhubung kes berkenaan, Februari 2012. Sumber JAIS ketika dihubungi mengesahkan mengenai perkara itu.“Bob sudah tampil pagi tadi (semalam) untuk diambil keterangan,” katanya.Pada 10 Oktober lalu, pelakon dan pengacara ini ditahan mengikut Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Islam (Negeri Selangor)...

Wednesday, 9 November 2011

20 Penjenayah Rompak Enam Beranak Tonton Televisyen

Letchumanan yang cedera dirompak ketika menonton televisyendi rumahnya di Ladang Alfa Bernam, Hutan Melintang malam kelmarin.HUTAN MELINTANG – Enam sekeluarga yang leka menonton televisyen dengan pintu rumah terbuka dikejutkan dengan kehadiran kira-kira 20 tetamu tidak diundang merompak rumah mereka di Ladang Alfa Bernam dekat sini kelmarin.Semasa kejadian pada pukul 11 malam, M. Letchumanan, 56, cedera parah ditetak di kepala dan dada oleh kumpulan penyamun yang turut disertai empat wanita.Letchumanan memberitahu, dia, isteri dan empat anaknya tergamam melihat kehadiran penjenayah itu yang masing-masing bertopeng dan bersenjatakan parang atau besi mengepung mereka di ruang tamu rumah.Penjenayah yang kelihatan bengis itu kemudian mengarahkan...

Avril Lavigne Sembuh Lepas Diserang Ahad Lalu

09/11/2011 2:35amLOS ANGELES 9 Nov. – Penyanyi Kanada, Avril Lavigne dan teman lelakinya dilaporkan telah sembuh selepas diserang di luar Hotel Roosevelt di Hollywood Ahad lalu.Laman web selebriti, TMZ.com melaporkan, lima orang menyerang Lavigne dan Brody Jenner di luar hotel ikonik Hollywood itu.Lavigne, 27, turut menceritakan insiden itu dalam Twitternya dan memberitahu dia mengalami lebam di mata, hidung berdarah dan luka akibat serangan itu. – REUTERSSumber : Utusan Malaysia Onl...

Wednesday, 26 October 2011

Hubungan Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin kini berakhir

Ini kisah yang disampaikan sendiri oleh selebriti Abby Abadi melalui blog peribadinya dalam tajuk ~ Zulkifli Ariffin ~ 25 Oktober 2011. Semoga Abby tabah menghadapi semua ujian ini.Sy sgt mghargai khadiran Zul dlm hidup sy. Sgt berterima kasih pdnya kerana sedikit sebyk dia mjadi 'penenang' pd Sy waktu2 Sy sgt2 memerlukan 'seseorg' 3 tahun dulu. Berani Sy katakan, hubungan ni berlaku mmg tanpa dirancang & tak disengajakan. Sy layan jer hati & perasaan Sy 3 tahun tu, smpai mmg nama 'X' Sy out teruslah, kira xde dlm senarai dah, hehe.. smpai tetibe, tak disangka2, jd seriusss giler hubungan yg tak dirancang ni :) Ikutkan sebenarnya dr awal mgenali Zul, hati Sy selalu je berkata2.... Betulkah? ye ke ni? Bia betik? Bole ke gi jauh ni?...

Tuesday, 25 October 2011

AIR MATA MAT REMPIT

Gambar Sekadar Hiasan. Carian GoogleKLANG: Seorang Mat Rempit menangis teresak-esak ketika keterangannya direkodkan polis selepas dipercayai merempuh seorang pegawai trafik yang mengetuai ‘Ops Rempit’ di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam.Bagaimanapun, remaja berumur 17 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis, selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosli Abd Rahman berkata, remaja itu yang menuntut di sekolah di sini, ditahan kerana dipercayai menunggang kenderaan secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan. Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian air kencing...

Saturday, 15 October 2011

PAS Tetap Akan Laksana Hudud

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat bantahan keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau, sekutu mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tetapi ia tidak menyekat niat PAS untuk melaksanakan hudud. "Setiap parti mempunyai pandangan berbeza tetapi kami masih bekerjasama menerusi pelbagai pendekatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis ramah-mesra PAS di Pantai Pandak di sini, Sabtu. Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan. "Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten. Malah amat memeranjatkan apabila ada segelintir...

Sultan Brunei Mahu Laksana Hukum Islam

BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu". Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. Tambah Baginda: "Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah" Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis" Sultan Brunei, bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Hukum Islam di negaranya. Tetapi pemimpin negara kita bersungguh-sungguh...

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. -- BERN...

Keputusan Piala Malaysia 14 Oktober 2011

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Juara Piala FA tahun ini, Terengganu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas mengikat Kelantan 2-2 di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, menjadikan agregat 5-3, manakala Selangor turut mara selepas menang 1-0 ke atas Perak (agregat 4-1). Turut mara ke separuh akhir sebuah lagi pasukan dari Terengganu, T-Team yang mengenepikan Sabah 2-1 (agregat 4-2), diikuti juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan yang menang 3-0 (agregat 3-1) ke atas Felda United. KEPUTUSAN Kelantan 2 (3) Terengganu 2 (5) Perak 0 (1) Selangor 1 (4) T-Team 2 (4) Sabah 1 (2) N. Sembilan 3 (3) Felda United 0 ...

Friday, 14 October 2011

Pencen dibayar awal sempena Deepavali

KUALA LUMPUR - Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 19 hingga 31 Okt boleh menunaikan waran mereka pada 18 Oktober. Pembayaran awal pencen itu diputuskan kerajaan sempena perayaan Deepavali pada 26 Oktober. Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pesara yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran itu di bank berkenaan mulai 18 Oktober. - Bern...

Bob Lokman Lebih Rela Ke Penjara

SHAH ALAM - Penulis lirik, pelawak dan pengacara terkenal, Bob Lokman berkeras tidak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selasa lalu. Sebaliknya, Bob atau nama sebenarnya, Muhammad Ha­kim Lokman, 47, lebih rela mendapat waran tangkap oleh mahkamah dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau itu dilihat satu kesalahan besar. Bob berkata, pendirian tegas itu dibuat memandangkan arahan Jais itu dilihat cubaan untuk jabatan agama itu ‘me-nunjukkan’ kuasa mereka dan tidak boleh diterima. “Kalau hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan menyerah kalah kerana apa yang saya...

SPR Pamerkan 40,000 Nama Pemilih Meragukan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamer senarai 40,000 nama pemilih tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan me-ngunjungi pejabat SPR. “Ada maklumat tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. “Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun mati,” katanya selepas merasmikan Taklimat Perse-diaan Menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR di sini, semalam. Bagaimanapun, Abdul Aziz menyifatkan jumlah...

Nama-nama 10 Artis Yang sertai Umno

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno. Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi. Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF. Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno". Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan. - Malaysiakini&nb...

Monday, 10 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Pusingan Kedua Bermula

KEMPEN Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini. Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini. Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan. Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Begitupun,...

Sedutan Video Seks Terbaru Anwar Di Thailand?

Video ini adalah rakaman tulen dan sahih 100% ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya. Pohon tonton rakaman video Paman Anwar From Bangkok dibawah ini. Video diatas ini merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am. Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm. Pada tarikh...

Sunday, 9 October 2011

Video Klip Seks Anwar Di Thailand | Inikah Katilnya?

 Malam tadi saya menerima satu e mel dari seseorang yang tidak dikenali yang menghantar gambar di atas. Kata si penghantarnya, mohon tanya kepada Anwar Ibrahim samada dia kenal atau tidak gambar katil diatas ? Si penghantar juga meminta saya meneliti betul-betul tarikh dan masa yang dicatatkan di bahagian atas sebelah kanan. Jika dilihat pada tarikh tersebut ianya mencatatkan tarikh 13.01.2011 jam 8.30. Jika kita imbas kembali tarikh berkenaan ianya sama dengan tarikh yang dipersoalkan di blog-blog sejak 3 minggu yang lepas, dimana Anwar pada 12 dan 13 Januari 2011 ? Walaupun e mel yang dihantar kepada saya menggunakan id hantu , tetapi saya rasa saya boleh hidu siapa penghantarnya. Saya syak antara Papa Gomo atau Parpukari. Sebab...

Ronney Terima Kad Merah Gara-gara Tindakan Bodoh

PODGORICA, Montenegro - England melangkah bergaya ke pusingan akhir Euro 2012, tetapi kejayaan mereka itu tercemar gara-gara tindakan bodoh penyerang utamanya, Wayne Rooney. Rooney dilayangkan kad merah pada aksi menentang Montenegro itu yang berkesudahan seri 2-2. Tanpa Rooney, pengurus England, Fabio Capello kini memikirkan bagaimana dia akan memulakan saingan pusingan akhir kelak tanpa kelibat penyerang utamanya itu. Pada perlawanan tersebut Rooney terus dilayangkan merah selepas berkelakuan tidak senonoh ke atas pemain lawan Miodrag Dzudovic sambil cuba untuk menyerang pemain terbabit. Insiden yang menimpa Rooney pada perlawanan tersebut menambahkan lagi kekusutan bintang England itu selepas bapanya ditahan polis Khamis lalu atas dakwaan...

Saturday, 8 October 2011

Bajet 2012 | Ibarat Bunuh Diri Jika Kerajaan Tak Dapat Laksanakan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam. "Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam. "Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini. Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012. "Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons