Wednesday, 26 October 2011

Hubungan Abby Abadi dan Zulkifli Ariffin kini berakhir

Ini kisah yang disampaikan sendiri oleh selebriti Abby Abadi melalui blog peribadinya dalam tajuk ~ Zulkifli Ariffin ~ 25 Oktober 2011. Semoga Abby tabah menghadapi semua ujian ini.Sy sgt mghargai khadiran Zul dlm hidup sy. Sgt berterima kasih pdnya kerana sedikit sebyk dia mjadi 'penenang' pd Sy waktu2 Sy sgt2 memerlukan 'seseorg' 3 tahun dulu. Berani Sy katakan, hubungan ni berlaku mmg tanpa dirancang & tak disengajakan. Sy layan jer hati & perasaan Sy 3 tahun tu, smpai mmg nama 'X' Sy out teruslah, kira xde dlm senarai dah, hehe.. smpai tetibe, tak disangka2, jd seriusss giler hubungan yg tak dirancang ni :) Ikutkan sebenarnya dr awal mgenali Zul, hati Sy selalu je berkata2.... Betulkah? ye ke ni? Bia betik? Bole ke gi jauh ni?...

Tuesday, 25 October 2011

AIR MATA MAT REMPIT

Gambar Sekadar Hiasan. Carian GoogleKLANG: Seorang Mat Rempit menangis teresak-esak ketika keterangannya direkodkan polis selepas dipercayai merempuh seorang pegawai trafik yang mengetuai ‘Ops Rempit’ di Persiaran Raja Muda Musa, di sini, awal pagi semalam.Bagaimanapun, remaja berumur 17 tahun itu dilepaskan dengan jaminan polis, selepas keterangannya diambil bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Klang Selatan, Deputi Superintendan Rosli Abd Rahman berkata, remaja itu yang menuntut di sekolah di sini, ditahan kerana dipercayai menunggang kenderaan secara cuai sehingga menyebabkan kecederaan. Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian air kencing...

Saturday, 15 October 2011

PAS Tetap Akan Laksana Hudud

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu tetap akan melaksanakan hukum hudud walaupun mendapat bantahan keras daripada sekutunya dalam Pakatan Rakyat. Menurut beliau, sekutu mereka mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat tetapi ia tidak menyekat niat PAS untuk melaksanakan hudud. "Setiap parti mempunyai pandangan berbeza tetapi kami masih bekerjasama menerusi pelbagai pendekatan," katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis ramah-mesra PAS di Pantai Pandak di sini, Sabtu. Jelas beliau, niat untuk melaksanakan undang-undang Islam termasuk hudud sentiasa menjadi misi PAS sejak ia ditubuhkan. "Pandangan kami terhadap undang-undang itu termasuk hudud sentiasa konsisten. Malah amat memeranjatkan apabila ada segelintir...

Sultan Brunei Mahu Laksana Hukum Islam

BAGINDA Sultan Brunei, juga Yang Dipertuan Agong Brunei di dalam titahnya menyebut "Siapa kita di hadapan Allah, untuk mengatakan tidak atau tunggu dulu? Undang-undang Islam bukan sahaja digubal malah sudah tercatat di dalam Al-Quran dan Hadis lebih 1400 tahun dahulu". Baginda Sultan Brunei mengulangi seruannya mahu Brunei melaksanakan Undang-undang Islam melalui pembentukan satu Akta Jenayah Islam. Tambah Baginda: "Kita tidak ada pilihan melainkan untuk taat kepada segala perintah Allah" Baginda turut bertitah, "tanpa perlaksanaan Hukum Islam, akan menimbulkan persoalan pendirian Brunei terhadap Al-Quran dan Hadis" Sultan Brunei, bersungguh-sungguh mahu melaksanakan Hukum Islam di negaranya. Tetapi pemimpin negara kita bersungguh-sungguh...

Sultan Kedah diisytihar Yang di-Pertuan Agong ke-14

KUALA LUMPUR: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju mengisytihar Sultan Kedah Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baru berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun. Sementara Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan akhbar dari Jabatan Perdana Menteri yang dikeluarkan di sini hari ini. -- BERN...

Keputusan Piala Malaysia 14 Oktober 2011

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Juara Piala FA tahun ini, Terengganu berjaya mara ke peringkat separuh akhir Piala Malaysia selepas mengikat Kelantan 2-2 di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV, menjadikan agregat 5-3, manakala Selangor turut mara selepas menang 1-0 ke atas Perak (agregat 4-1). Turut mara ke separuh akhir sebuah lagi pasukan dari Terengganu, T-Team yang mengenepikan Sabah 2-1 (agregat 4-2), diikuti juara Piala Malaysia 2009, Negeri Sembilan yang menang 3-0 (agregat 3-1) ke atas Felda United. KEPUTUSAN Kelantan 2 (3) Terengganu 2 (5) Perak 0 (1) Selangor 1 (4) T-Team 2 (4) Sabah 1 (2) N. Sembilan 3 (3) Felda United 0 ...

Friday, 14 October 2011

Pencen dibayar awal sempena Deepavali

KUALA LUMPUR - Pesara yang mempunyai waran pencen bertarikh 19 hingga 31 Okt boleh menunaikan waran mereka pada 18 Oktober. Pembayaran awal pencen itu diputuskan kerajaan sempena perayaan Deepavali pada 26 Oktober. Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Perkhidmatan Awam berkata pesara yang dibayar pencen melalui bank boleh menuntut pembayaran itu di bank berkenaan mulai 18 Oktober. - Bern...

Bob Lokman Lebih Rela Ke Penjara

SHAH ALAM - Penulis lirik, pelawak dan pengacara terkenal, Bob Lokman berkeras tidak akan hadir ke Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk memberi keterangan kerana memberi ceramah agama tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selasa lalu. Sebaliknya, Bob atau nama sebenarnya, Muhammad Ha­kim Lokman, 47, lebih rela mendapat waran tangkap oleh mahkamah dan sanggup menerima apa sahaja hukuman yang bakal dikenakan ke atasnya sekiranya tindakan beliau itu dilihat satu kesalahan besar. Bob berkata, pendirian tegas itu dibuat memandangkan arahan Jais itu dilihat cubaan untuk jabatan agama itu ‘me-nunjukkan’ kuasa mereka dan tidak boleh diterima. “Kalau hendak tangkap saya, tangkaplah. Saya tidak akan menyerah kalah kerana apa yang saya...

SPR Pamerkan 40,000 Nama Pemilih Meragukan

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), mempamer senarai 40,000 nama pemilih tidak dapat disahkan kesahihan maklumatnya. Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, nama itu disiarkan untuk tatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan me-ngunjungi pejabat SPR. “Ada maklumat tidak dapat dipastikan seperti terdapat kes nama pengundi di senarai daftar pemilih dan Jabatan Pendaftaran Negara berlainan dan sebagainya. “Kita juga hendak memastikan status seseorang pengundi itu sama ada hidup ataupun mati,” katanya selepas merasmikan Taklimat Perse-diaan Menghadapi Pilihan Raya ke-13 (PRU13) kepada Pegawai Pengurus dan Penolong Pegawai Pengurus SPR di sini, semalam. Bagaimanapun, Abdul Aziz menyifatkan jumlah...

Nama-nama 10 Artis Yang sertai Umno

Seramai 10 artis hari ini menyerahkan borang keahlian menyertai Pergerakan Pemuda Umno. Mengetuai penyerahan borang keahlian kepada Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin di pejabat Pemuda Umno di ibunegara ialah Timbalan Presiden Seniman, Rozaidi Abdul Jamil atau lebih dikenali sebagai Zed Zaidi. Antara yang menyertai pergerakan itu ialah Rashdan Baba, Ezani Nizarif dan Haris Kool dan penyanyi Adam AF. Zed Zaidi berkata penyertaannya dalam parti itu adalah sebagai menerima pelawaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam program "Jom Masuk Umno". Pelakon itu yakin corak kepimpinan perdana menteri akan melahirkan generasi pelapis yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara termasuk industri hiburan. - Malaysiakini&nb...

Monday, 10 October 2011

Piala Malaysia 2011 | Pusingan Kedua Bermula

KEMPEN Piala Malaysia 2011 memasuki fasa kedua apabila lapan pasukan terbaik musim ini akan berentap pada perlawanan suku akhir pertama malam ini. Sudah pasti, kesemua pasukan akan memburu kemenangan bagi mencari bekalan gol yang selesa sebelum meneruskan saingan pada aksi kedua, Jumaat ini. Selepas berehat selama 12 hari tanpa sebarang perlawanan kompetitif bagi memberikan laluan kepada aksi persahabatan bersama skuad kebangsaan pada Jumaat lalu, saingan bagi merebut piala berprestij itu kembali menemui peminat bola sepak tempatan. Pertemuan yang dijangka menjadi tumpuan adalah antara dua juara musim ini dan musuh tradisi iaitu Kelantan (Liga Super) dan Terengganu (Piala FA) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Begitupun,...

Sedutan Video Seks Terbaru Anwar Di Thailand?

Video ini adalah rakaman tulen dan sahih 100% ketulenannya. Pelaku didalam video ini juga adalah Dato Seri Anwar Bin Ibrahim yang mana beliau tahu dan pasti beliau adalah pelakunya. Pohon tonton rakaman video Paman Anwar From Bangkok dibawah ini. Video diatas ini merupakan sedutan klip rakaman video Seks yang melibatkan Dato Seri Anwar Ibrahim ketua umum Pakatan Rakyat PAS,DAP dan PKR yang mana berlaku pada 13/01/2011. Waktu yang dicatatkan pula adalah pada jam 1.54 am dan jam 8.30 am. Untuk makluman pada tarikh 12 dan 13 hb Januari 2011 Anwar Ibrahim berada di Bangkok dan hanya kembali ke Kuala Lumpur pada sebelah petang yang mana beliau Anwar Ibrahim tiba pada jam 2.15 pm dan kemudiannya ke Ibu Pejabat PAS pada jam 5.30 pm. Pada tarikh...

Sunday, 9 October 2011

Video Klip Seks Anwar Di Thailand | Inikah Katilnya?

 Malam tadi saya menerima satu e mel dari seseorang yang tidak dikenali yang menghantar gambar di atas. Kata si penghantarnya, mohon tanya kepada Anwar Ibrahim samada dia kenal atau tidak gambar katil diatas ? Si penghantar juga meminta saya meneliti betul-betul tarikh dan masa yang dicatatkan di bahagian atas sebelah kanan. Jika dilihat pada tarikh tersebut ianya mencatatkan tarikh 13.01.2011 jam 8.30. Jika kita imbas kembali tarikh berkenaan ianya sama dengan tarikh yang dipersoalkan di blog-blog sejak 3 minggu yang lepas, dimana Anwar pada 12 dan 13 Januari 2011 ? Walaupun e mel yang dihantar kepada saya menggunakan id hantu , tetapi saya rasa saya boleh hidu siapa penghantarnya. Saya syak antara Papa Gomo atau Parpukari. Sebab...

Ronney Terima Kad Merah Gara-gara Tindakan Bodoh

PODGORICA, Montenegro - England melangkah bergaya ke pusingan akhir Euro 2012, tetapi kejayaan mereka itu tercemar gara-gara tindakan bodoh penyerang utamanya, Wayne Rooney. Rooney dilayangkan kad merah pada aksi menentang Montenegro itu yang berkesudahan seri 2-2. Tanpa Rooney, pengurus England, Fabio Capello kini memikirkan bagaimana dia akan memulakan saingan pusingan akhir kelak tanpa kelibat penyerang utamanya itu. Pada perlawanan tersebut Rooney terus dilayangkan merah selepas berkelakuan tidak senonoh ke atas pemain lawan Miodrag Dzudovic sambil cuba untuk menyerang pemain terbabit. Insiden yang menimpa Rooney pada perlawanan tersebut menambahkan lagi kekusutan bintang England itu selepas bapanya ditahan polis Khamis lalu atas dakwaan...

Saturday, 8 October 2011

Bajet 2012 | Ibarat Bunuh Diri Jika Kerajaan Tak Dapat Laksanakan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ia ibarat bunuh diri di segi politik sekiranya kerajaan tidak dapat melaksanakan Bajet 2012 yang dibentangkannya semalam. "Adakah kita mempunyai wang untuk melaksanakan? Ada. Kalau tak ada wang, saya takkan bentangkan semalam. "Saya akan melakukan perbuatan bunuh diri dari segi politik kalau saya membentangkan bajet yang kerajaan tidak boleh tunaikan," katanya kepada pemberita selepas majlis lawatan mesra rakyat di Kundang, Kuang di Kuala Selangor hari ini. Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab kritikan pembangkang bahawa kerajaan tidak mempunyai dana untuk menunaikan janji-janji dalam bajet 2012. "Bajet kita adalah telus. Jadi, apa yang kami lakukan pun dalam lingkungan kemampuan...

Ceramah Mat Sabu Diganggu Samseng Bermotor

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) kesal dengan insiden gangguan pada program anjurannya di Dataran Cikgu Mala, Tenang, malam tadi meskipun ianya mendapat permit. Kemeriahan Program Pelancaran Kempen Mansuh Hutang Peneroka dan NGO baru di bawah Anak, Gerakan Kebangkitan Peneroka Felda (Bangkit) itu dicemari gangguan melampau sekumpulan remaja bermotosikal sehingga menyebabkan kecederaan di muka seorang anggota Jabatan Amal Johor. Difahamkan, kira-kira 50 penunggang motosikal itu muncul secara-cara tiba dan berlegar-legar menganggu orang ramai yang hadir mendengar ceramah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Mereka mengacukan rantai besi dan membaling objek keras ke arah orang ramai di kawasan ceramah. (Gambar:...

Belanjawan 2012 | Yuran sekolah Dimansuhkan Tahun Hadapan

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bayaran yuran persekolahan untuk sesi 2012 bagi sekolah rendah dan menengah melibatkan jumlah RM150 juta, dimansuhkan. Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini berkata, dengan pemansuhan itu bermakna buat pertama kali dalam sejarah negara kemudahan pendidikan sama ada di sekolah rendah mahupun menengah disediakan secara percuma. Beliau berkata, sebelum ini pelajar masih dikenakan bayaran yuran sebanyak RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah. "Bayaran itu digunakan untuk yuran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) dan insurans takaful," katanya. Menurutnya, keputusan kerajaan...

Belanjawan 2012 | 1.2 Juta Penjawat Awam Naik Gaji

KUALA LUMPUR 7 Okt. - Kira-kira 1.2 juta penjawat awam bakal menerima kenaikan gaji antara tujuh hingga 13 peratus mulai tahun depan apabila perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini. Selain itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan juga bersetuju meningkatkan kadar kenaikan gaji tahunan penjawat awam antara RM80 sehingga RM320 setahun mengikut gred ekoran ia tidak pernah disemak sejak 1991. Bagi pesara pula, beliau berkata, lebih 600,000 pesara kerajaan akan menikmati pelarasan pencen melibatkan peruntukan RM600 juta dan mulai tahun 2013 kerajaan akan melaksanakan kenaikan tahunan pencen pesara sebanyak dua peratus setahun tanpa perlu menunggu sebarang semakan...

Friday, 7 October 2011

Keputusan Penuh Australia 5 - 0 Malaysia (7 Oktober 2011)

KUALA LUMPUR: Skuad Socceroos menundukkan Harimau Malaya 5-0 pada perlawanan persahabatan di Stadium Canberra, Australia sebentar tadi. Jaringan sulung Socceroos dijaringkan Wilkshire seawal minit ke-3 sebelum Kennedy menambah parah terhadap pasukan kendalian K Rajagobal pada minit ke-33 dan 45. Pemain Australia, Brosque melengkapkan senarai penjaring perlawanan dengan menyumbat dua gol pada minit ke-39 dan ...

Intipati Belanjawan 2012

BERIKUT adalah intipati Belanjawan 2012: * Kerajaan akan memperuntukkan RM2.5 bilion bagi Dana Mudahcara, di mana RM300juta bagi usahawan Bumiputera. * Kerajaan akan memperuntukkan RM978 juta bagi mempercepatkan pembangunan dilima koridor wilayah. * Pengecualian cukai pendapatan 70 peratus bagi lima tahun dicadangkan bagiSyarikat Multinasional (MNC) untuk menubuhkan perkhidmatan pengurusanperbendaharaan di Malaysia. * Juga dicadangkan kepada MNC, pengecualian cukai pegangan ke atas pembayaranfaedah pinjaman dan pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjianpinjaman dan perjanjian perkhidmatan. * Pengecualian cukai pendapatan 100 peratus bagi tempoh 10 tahun danpengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman dan perjanjianperkhidmatan...

Thursday, 6 October 2011

Peguam Anwar Mohon Sesi Keterangan Tertutup

Breaking News- Peguambela anwar ibrahim mohon sesi keterangan tertutup sebentar tadi. Para wartawan diarahkan keluar kamar. Jelas lah Anwar Ibrahim tidak telus dan takut dengan kebenaran. Malah Wan Azizah juga diarahkan keluar dari kamar Mahkamah. Bini sendiri pun kena keluar. Isy isy isy.... Dulu waktu sesi keterangan Saiful pun Anwar mintak perbicaraan tertutup, sekarang nak bela diri pun minta tertutup. Memang sial lah kau ni Nuar. Rakyat Nak tahu apa yang berlaku dan tidak patut Anwar Ibrahim yg kononya dianiaya minta perbicaraan tertutup. -Blog Taiping M...

Najib & Rosmah Berjaya Ketepi Sapina Kes Liwat Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II. Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu. "Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya. Najib dan Rosmah diwakili oleh peguam Ghazi Ishak, Hisyam Teh Poh Teik, Salehuddin Saidin, M Athimulan dan Affifuddin Mohd Afifi. Pihak...

Malaysia vs Australia | Safee tekad ulangi ledakan Ravindran 19 tahun lalu

PENYERANG sensasi negara, Safee Sali akur dia berada pada tahap prestasi terbaik mengulangi kejayaan P Ravindran untuk menggegar gawang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, esok. Ketika Malaysia menewaskan Australia 1-0 pada final Piala Kemerdekaan Indonesia di Jakarta pada 1992, Ravindran yang digelar ‘Kinta Ekspres’ menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-70 hasil hantaran ketua pasukan, Zainal Abidin Hassan. Ia pertemuan terakhir kedua-dua pasukan dengan Malaysia hanya menang sekali itu tetapi tewas semua lima aksi terdahulu iaitu 0-1 (1965), 0-3 (1965), 0-1 (1967), 0-4 (1967) dan 0-5 (1982). Esok, harapan untuk menggegar gawang Socceroos dikawal Adam Federici atau Nathan Coe pasti diletak di atas bahu Safee,...

Wednesday, 5 October 2011

Video Youtube 'Mahathir vs Yahudi'

Sebuah video yang bertajuk 'Mahathir vs Yahudi' telah dimuat naikkan ke Youtube yang memaparkan Tun Mahathir sedang ditemuramah oleh seorang pengacara yang mengajukan beberapa soalan. Kebanyakkan soalan yang ditujukan kepada Tun lebih kelihatan seperti cuba memprovok Tun. Namun Mantan Perdana Menteri yang memang terkenal di dunia barat sebagai pemimpin yang lantang bersuara kelihatan tenang mematahkan setiap soalan-soalan tersebut. Video di bawah ini berdurasi 7 minit 33 saat...

Joseph Kalang Tie Gantikan Safiq Rahim

Peluang kini terbentang luas buat Joseph Kalang Tie menonjolkan bakat sebenar menggalas tanggungjawab besar mengemudi jentera tengah skuad Harimau Malaya menggantikan tempat Safiq Rahim menjelang pertemuan menentang Australia pada aksi persahabatan antarabangsa di Canberra, Jumaat ini. Pemain kelahiran Miri, Sarawak berusia 24 tahun itu bakal mengambil alih posisi Safiq yang disisihkan Datuk K Rajagobal kali ini - sekali gus diharap mampu memberi impak dalam kemunculan sulung ketika berdepan lawan yang berada pada ranking ke-19 dunia dan nombor dua Asia. “Tugas ini memang berat kerana saya baru setahun jagung jika dibandingkan dengan Safiq yang banyak pengalaman. Apa pun saya akan gunakan peluang ini sebaik mungkin untuk melaksanakan...

Bibir Kilafairy Tak Guna Botox

BERKALI-kali Kilafairy menafikan dia menyuntik botox untuk mencantikkan bibirnya. Namun kata-kata provokasi masih bertebaran mengaitkan kecantikan bibir pelakon filem Karak itu sebagai bukan asli. Bagi pemilik nama sebenar Syakila Nisha Jangir Khan itu, dia hanya memekakkan telinga dengan segala provokasi itu dan terus melangkah sebagai anak seni. Biarpun kehadiran Kilafairy dalam industri hiburan masih hijau, namun jika hatinya tidak nekad sudah pasti anak gadis kepada penyanyi popular dengan lagu Rayuanku, Rohana Jalil sudah berundur. “Macam mana lagi yang hendak saya katakan bahawa bibir saya ini adalah asli dan tiada elemen lain digunakan untuk mendapatkan bibir seperti ini. “Di hati saya terasa penat untuk menongkah segala kata-kata...

Pakatan Janji Potong Gaji PM

KUALA LUMPUR - Pembentangan Bajet 2012 Pakatan Rakyat (PR) akan memperuntukkan RM220 bilion berdasarkan kepada sasaran untuk mengekang defisit pada kadar 4.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jumlah ini membabitkan penjimatan perbelanjaan sebanyak RM14 bilion dari yang dibelanjakan oleh parti pemerintah. “Kita yakin dengan pengurusan wang dengan berhemah, jumlah RM220 bilion ini akan memberi 20 peratus nilai tambah kepada rakyat. “Keseluruhan bajet ini akan digunakan sebaiknya untuk mengimbangi keperluan untuk membaiki ekonomi negara dan membela nasib rakyat,” katanya kepada media selepas taklimat bajet alternatif PR di bangunan Parlimen. Anwar berkata, antara perkara...

Tuesday, 4 October 2011

Rakan seuniversiti sifatkan Saiful tidak layak bekerja dengan Anwar

KUALA LUMPUR 4 Okt – Seorang bekas rakan seuniversiti Mohd Saiful Bukhari Azlan memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa pemuda tersebut tidak layak bekerja dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mohd Najwan Ali berkata, ini kerana Mohd Saiful bukan sahaja tidak pernah menyanjung Anwar, malah membenci Ketua Pembangkang itu. Saksi tersebut yang kini bekerja sebagai pegawai di pejabat penasihat ekonomi di Selangor berkata, demikian sebagai saksi pembelaan kelima semasa disoal balas oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden pada perbicaraan kes liwat Anwar. Terdahulu, Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia Malaysia, Lim Kong Boon dalam keterangannya mengesahkan bahawa jabatan tersebut masih lagi ditauliah mengikut ASCLAB...

PM Tolak Cadangan Pakatan Rakyat Mansuh Ordinan Darurat

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menolak cadangan draf pemansuhan Ordinan Darurat disediakan pembangkang untuk dibentang pada sesi Dewan Rakyat kali ini. Menurutnya, ketika ini kerajaan sedang melakukan kajian terperinci bagi pemansuhan Ordinan Darurat dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, sebelum dibentang pada sesi akan datang. “Ada beberapa perkara kita perlu lakukan, oleh itu jadual mengenainya akan diumumkan kemudian. “Ini bertujuan untuk menggubal dua akta baru dan kita dalam proses rundingan pelbagai pihak,” katanya pada sesi soal jawab kepada soalan Nurul Izzah Anwar (PKR-Lembah Pantai) di persidangan Dewan Rakyat di Parlimen semalam. Nurul Izzah mencadangkan kepada Perdana Menteri menggunakan...

Bayi dicampak masuk longkang | Gadis 19 tahun ditahan

 SELAYANG – Bayi sendiri diperlakukan bagaikan sampah apabila seorang gadis berusia 19 tahun tergamak mencampak bayi yang baru dilahirkan ke dalam longkang dari tingkat dua Flat Taman Selayang Segar 2, Selayang Baru di sini semalam. Mayat bayi perempuan malang itu ditemui oleh seorang lelaki pada pukul 7 pagi yang kebetulan melalui kawasan itu. Ibu bayi itu yang mendakwa panik sebaik melahirkan anak di dalam tandas bertindak mencampak bayinya ke dalam longkang menerusi tingkap. Ketika ditemui, bayi yang dalam keadaan bogel dan mempunyai kesan cedera di kepala itu berada dalam keadaan tertiarap di dalam longkang berkenaan. Bayi yang cukup sifat itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat. Ketua Polis Daerah Gombak,...

Bajet 2012 ambil kira kesulitan rakyat

Inisiatif kerajaan yang akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2012 Jumaat ini diyakini dapat menangani kesulitan yang dihadapi oleh golongan berpendapatan rendah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. Beliau memberitahu persidangan Dewan Rakyat semalam bahawa setiap inisiatif yang akan diumumkan adalah berdasarkan kepada komitmen kerajaan untuk mengurangkan defisit fiskal negara. “Langkah-langkah yang kita ambil akan kita terangkan waktu ucapan belanjawan. Apa-apa program yang kita buat adalah dalam lingkungan kemampuan kerajaan dan komitmen kita untuk kurangkan defisit fiskal negara,” katanya ketika menjawab soalan Dr Tan Seng Giew (DAP-Kepong) di Parlimen, di Kuala Lumpur. Dr Tan ingin tahu langkah-langkah kerajaan untuk...

KAUNTER JPN KOTA DAMANSARA DITUTUP MULAI RABU HINGGA 21 OKTOBER

KUALA LUMPUR: Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) cawangan Kota Damansara akan ditutup kepada orang ramai mulai Rabu ini sehingga 21 Oktober bagi beberapa kerja pembaikan.Jabatan itu dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata operasi cawangan itu akan dibuka semula pada 24 Oktober ini. Orang ramai di kawasan sekitar yang ingin berurusan dengan JPN diminta berbuat demikian di cawangan lain seperti JPN Selangor di Shah Alam, JPN daerah Kepong atau JPN daerah Petaling Jaya, kata kenyataan itu. Pelanggan juga boleh hubungi talian 03-88808203/7077/7071/7067 untuk maklumat lanjut. - Bern...

Monday, 3 October 2011

HUDUD: BERSEDIAKAH MALAYSIA?

Hudud ertinya hukuman yang ditetapkan ALLAH SWT sebagaimana dalam al-Quran dan hadis serta kadar hukumannya (seksaannya) ke atas kesalahan jenayah tertentu, yang tidak dibolehkan manusia mengubah, menokok atau mengurangkannya.Di Kelantan, Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 (Hudud dan Qisas) telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada November 25, 1993. Manakala Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 pula diwartakan pada 25 September, 2003,Bagaimanapun, sehingga kini ia tidak dapat dilaksanakan kerana dikatakan bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hampir dua dekad, tetapi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mahu memasukkan enakmen hudud dalam hukuman syariah negeri Kelantan untuk diguna pakai Mahkamah Syariah.Tindakan...

PM BENTANG USUL MANSUH DUA AKTA HARI INI

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, usul memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 akan dibentang untuk bacaan kali pertama pada persidangan Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri berkata, pemansuhan dua akta itu menunjukkan kerajaan serius melakukan transformasi demi kemajuan negara. “Esok, saya sendiri akan bawa di Dewan Rakyat usul bacaan kali pertama untuk memansuhkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Buang Negeri 1959 dan bacaan kali kedua, pada Rabu minggu akan datang. “Jadi dengan ini, minggu pertama persidangan kita akan beri gambaran kita serius mengenai pembaharuan politik yang telah kita janjikan untuk negara,” katanya. “Prinsip kerajaan pegang mesti ada perimbangan yang betul, perimbangan antara...

HAMPIR 3,000 GURU KHIDMAT MASYARAKAT TERIMA TUNGGAKAN ELAUN ESOK - YIT

KUALA TERENGGANU - Hampir 3,000 guru khidmat masyarakat akan menerima tunggakan elaun daripada Yayasan Islam Terengganu (YIT) esok membabitkan peruntukan berjumlah RM4.7 juta.Pengarah YIT, Md Kamaru Al-Amin Ismail, berkata tunggakan itu bagi tempoh Januari hingga Oktober tahun ini. Tunggakan itu berikutan kenaikan elaun daripada RM150 sebulan kepada RM300, katanya selepas majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang YIT di sini, hari ini.Mengulas perkembangan lain, Md Kamaru Al-Amin berkata YIT akan membuka tiga lagi tadika tahun depan menjadikan jumlah keseluruhan 21 buah.Tadika terbabit akan dibuka di Kampung Seberang Takir di sini, di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun dan Kampung Mak Nik Kijal, Kemaman.Setiap bangunan Tadika itu bernilai RM3.5...

Pages 251234 »

Ikuti Blog Ini

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Walgreens Printable Coupons